Kami "like... what??!"
Haaa macam tu lah sebab masing² blur.
Kami terpinga² tak faham apa².Aku rasa nak pitam sekejap.
Lain yang aku harapkan, lain pula yang sampai. Aku teringat Mama. Nak undur masa, tak boleh. Aku tak tahu nak jawab apa dengan Mama. Dada aku sesak. Maafkan Sarah, Mama.Aku dan Dr. Haziq ditahan. Terpaksa menyerah dalam keadaan terpinga². Seluruh isi rumah Dr. Haziq digeledah.
Kotak² aku pun Pegawai Operasi geledah.
Banyak pertanyaan berkenaan kotak² tu yang terpaksa aku jawab. Paling tak masuk akal, berkenaan dengan KOTAK KUNING, aku dituduh mencuri tiga set barangan kemas milik Dato' Zahari.Nak pengsan aku dengan tuduhan tu!
Aku diminta untuk menceritakan siapa Dato' Zahari. Macam mana aku nak jawab sedangkan aku tak ingat siapa Dato' Zahari tu. Dr. Haziq cuba menerangkan semuanya tentang aku tapi macam tak diendahkan.Aku kesian dengan Dr. Haziq. Ini melibatkan kerjayanya sebagai seorang doktor. Kalau dia cuba bawa bukti dari hospital dalam keadaan dia ditahan polis, dan pihak hospital tahu yang Dr. Haziq ditahan atas kesalahan ini, reputasinya terjejas teruk.
Buntu.
Pihak Pengawai Operasi berjaya menghubungi Dato' Zahari melalui nombor telefon bimbit yang tertera dalam buku catatan. Selain nombor telefon bimbit Dato' Zahari, terdapat juga nombor telefon dan nombor faksimili rumah, nombor telefon dan nombor faksimili pejabat, email persendirian dan email pejabat. Rupanya Dato' Zahari masih kekal menggunakan nombor² tu.
Aku rasa keliling rumah Dr. Haziq dah dikepung. Dalam kekalutan tu, aku nampak Mira dan Hakim dalam keadaan terkejut. Membulat mata Mira tengok aku dan Dr. Haziq ditahan. Mira dan Hakim dilarang untuk mendekati kami yang ditahan. Apa² pun semuanya perlu diselesaikan di balai. Segala butiran diri aku dan Dr. Haziq diambil. Aku dengar salah seorang pegawai operasi menghubungi Mama. Aku rasa bersalah melukakan hati Mama untuk sekian kalinya. Mama diminta hadir ke balai, begitu juga dengan Dato' Zahari dan famili Dr. Haziq.
Kami dibawa ke balas polis. Mira dan Hakim turut sama ikut ke balai. Kelihatan seorang lelaki dalam pertengahan usia telah pun menanti kami di balai. Aku cuba amati wajahnya, sememangnya aku tak ingat, tak kenal.
Aku berdebar tunggu Mama. Aku takut Mama tak mampu kawal emosi. Kotak² tu aku paling risau. Tolonglah jangan di apa²kan kotak² tu. Mohon jangan ada barang² yang hilang dalam setiap kotak tu.
Aku nampak pihak polis menyerahkan KOTAK KUNING itu pada lelaki pertengahan usia tadi. Aku mula berdebar. Dato' Zahari?
Aku melihat dari jauh perbualan yang singkat antara lelaki itu dengan beberapa orang pegawai operasi dan pegawai polis. Butiran perbualan tak jelas, hanya boleh lihat reaksi senyum, pergerakan tangan dan anggukkan saja. Aku lihat lelaki tu pandang aku, senyum.
Aku cepat² pandang tempat lain.
Seorang pegawai memberitahu aku dan Dr. Haziq telah dibebaskan dengan ikat jamin oleh Dato' Zahari. Aku diam. Tak bercakap walau sepatah. Aku still blur. Banyak perkara yang aku masih belum faham dalam dunia ni lepas aku sedar dari koma.
"Sarah, Sarah okey?"
tanya Dr. Haziq perlahan.Aku angguk tapi dalam hati ni Tuhan saja yang tahu.
Dr. Haziq bagaikan dah tahu siapa Dato' Zahari. Aku nampak Dr. Haziq melangkah ke arah lelaki pertengahan usia tu. Aku lihat dari jauh Dr. Haziq berbual dengan lelaki tu.
Mira datang peluk aku. Entah kenapa aku dan Mira menangis sambil berpelukan. Mira menenangkan aku.
"Kejap lagi Auntie Lina sampai. Sarah jangan risau, semuanya dah selesai dengan ikat jamin. Tapi Sarah, siapa Dato' Zahari tu?" tanya Mira sambil menunjukkan ke arah lelaki pertengahan usia tu.
Sekali lagi aku cuba ingat tapi memang aku tak ingat langsung pasal lelaki tu. Cuma nama dia ada tertera pada penutup KOTAK KUNING tu, beserta tahun 2005, gambar² dan segala butiran peribadi dia ada dalam buku catatan dan dalam segala isi kotak tu.
Aku geleng pada Mira.
"Sarah tak ingat siapa Dato' Zahari."
jawabku.Tak lama lepas tu, aku nampak sepasang suami isteri mungkin, berpelukan dengan Dr. Haziq dan berjabat tangan dengan lelaki pertengahan usia tu. Mungkin itu ibubapa Dr. Haziq.
Tak lama lepas tu juga, aku nampak Mama. Jantung aku berdegup kencang. Tak tahu apa yang jadi lepas ni. Sama ada Mama mengamuk atau menangis meraung dalam balai ni.
Aku pandang Mama dari jauh.
Mama nampak aku.
Mama diam.Dari jauh aku nampak Mama berbual dengan famili Dr. Haziq dan lelaki pertengahan usia tu. Aku tak nak ke sana. Aku rasa lebih selesa berseorangan disini jadi pemerhati. Mama melangkah ke arah aku, Mama senyum dan ajak aku balik. Aku menurut kata Mama sebulat²nya. Kotak² tu dah dibawa ke dalam kereta Mama dengan selamat.
Dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang, aku dan Mama diam. Tak bercakap walau sepatah. Masing² layan perasaan mungkin. Sampai dirumah, Mama tolong aku angkat semua kotak² tu naik masuk ke bilik. Aku suka kami tak bercakap. Rasa tenang. Aku tahu Mama marah sampai tak mampu nak kata apa dah.
Mama ajak aku makan. Nak menolak kang takut Mama terasa hati. Lama aku diam termenung. Aku tarik kerusi, aku duduk, Mama pun duduk didepan aku. Harap tiada perbualan masa kami tengah makan. Nasi disenduk macam biasa. Tak nak dilihat ganjil bila aku makan sikit. Takut² Mama banyak tanya. Aku ambil lauk macam biasa, habiskan makanan macam biasa dan minum air macam biasa. Kami makan macam biasa cuma kemesraan tu macam dah tak biasa.
Aku basuh pinggan macam biasa, makan ubat macam biasa. Aku nak kelihatan semuanya macam biasa.
"Majlis pernikahan Sarah dengan Uwais berlangsung hujung bulan ni." ujar Mama memenuhi kesepian ruang malam.
Aku terkedu. Tersentak.
Rasa nak luruh jantung!
Seriously, aku langsung tak berdaya.Aku diam, tunduk.
Geleng tak, angguk pun tak.
Aku pendam. Ya, pendam.
Kata² Mama itu bagaikan arahan.
Arahan yang perlu aku turutkan.
Aku tak ada pilihan.
Aku terpaksa.
Terpaksa semata² untuk menjaga hati Mama yang dah banyak kali sakit sebab segala perbuatan aku selama ni dan ini ibarat hukuman buat aku."Baik, Mama."
Mama pandang aku.
Aku tak dapat baca fikiran Mama.
Yang aku tahu, aku nak puaskan hati Mama.Aku minta izin dari Mama untuk berehat. Aku naik ke bilik. Langkahku longlai ke katil. Duduk dan terus baring. Pandang siling. Pandanganku jauh entah ke mana. Menghela nafas panjang. Cuba untuk "hidup", cuba untuk bernafas riang. Aku cari bahagia, belum jumpa. Inilah hidup aku.
Aku bangun, tengok jam dah hampir ke pukul 2.00 pagi. Aku teringat laptop. Aku duduk atas kerusi menghadap laptop, on laptop, then aku mati akal. Tak tahu nak klik mana, aku klik random. Aku klik Libraries, buka Documents. Ada banyak folder dan aku rasa aku dah jumpa sesuatu.....
(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
ДуховныеAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...