Wafi tak perasan pun aku dalam kereta Zaril yang dipintasnya itu dan kami berhenti di lampu isyarat simpang empat jalan. Hati aku berbelah bahagi bila nampak Wafi. Sama ada aku nak biarkan Wafi berlalu pergi macam tu saja atau aku nak turun dari kereta Zaril, terus pergi pada Wafi. Ya Allah! Kenapa teruk sangat aku rasa ni…Aku pandang kereta Wafi di depan. Aku masih fikir, nak teruskan perkahwinan dengan Uwais atau aku nak ikut Wafi sekarang?!
“Zaril, Wafi di depan.”
Kataku perlahan.Zaril lantas pandang aku.
“Hah?”
Terkejut barangkali.“Depan kita ni… Wafi.”
Dan terus aku menangis!
Seakan meraung tiba-tiba.“Ya Allah… Sarah…”
Panggil Zaril.Mungkin Zaril panik dengan raunganku yang secara tiba-tiba itu.
Lampu Merah pada lampu isyarat dah bertukar Hijau. Bertambah kuat tangisanku. Semakin paniklah Zaril.
“Sarah, saya tak tahu sekarang ni macam mana? Sarah nak saya hantar Sarah balik ke rumah terus atau Sarah nak jumpa Wafi?” soalnya. Aku tahu Zaril dalam keadaan serba salah.
“Sarah tak tahu…”
Tangisanku bagai diasak-asak.
Aku tak tahu nak buat keputusan.Kereta Wafi di depan. Laju. Di depan sana ada dua cabang jalan. Wafi bagi signal masuk ke kiri dan jalan ke kanan adalah jalan menghala ke rumah Mama. Kereta Zaril di tengah-tengah. Lantas Zaril bersuara.
“Sekarang ni Sarah nak saya menghala ke mana? Ke kiri ikut Wafi atau ikut ke kanan jalan nak balik?” tanya Zaril.
“Sarah tak tahu.”
Jawabku dengan esakan tangisan yang masih bersisa.“… atau kita nak langgar lampu isyarat di tengah-tengah ni?” soalnya.
Aku tak tahu sama ada Zaril sedang bergurau atau sebaliknya sebab air muka Zaril betul-betul serius. Entah kenapa aku boleh ketawa tiba-tiba.
“Cepat Sarah. You have three options!”
Kata Zaril penuh semangat memandangkan cabang jalan di depan dah nak dekat.Aku buntu.
Zaril ni biar betul!“I have no idea! Sarah tak tahu sama ada nak ke kiri ke kanan sekarang ni.” Ujarku separuh menjerit.
Aku tengok Zaril pun macam aku. Tak tahu nak buat keputusan. Tak tahu nak ke mana. Aku tengok Zaril pandu kereta ikut jalan terus. Tak beri signal petanda nak ke kiri atau ke kanan. Aku pula yang cemas! Simpang dua dah nak dekat. Zaril tetap pandu terus ke hadapan. Zaril kelihatan sangat tenang pandang depan. Dadaku berdegup kencang!
“Zaril!”
Panggilku.Zaril tetap tenang pandang depan tanpa menoleh sedikit pun padaku.
“Zaril!!!!”
Jeritku separuh mati, kuat.
Aku tarik stering kereta menghadap aku dengan cepat. Zaril berjaya mengawal stering yang aku tarik ke kiri dengan tenang. Cemas aku.Zaril senyum pandang aku.
“Saya tahu Sarah nak pergi dekat Wafi tapi Sarah tak berani nak cakap sebab Sarah kesian dekat saya, masa pun dah suntuk, nak kena jaga hati Mama Sarah lagi, tak nak Mama Sarah kecewa lagi, tak nak Mama Sarah malu lagi dengan perbuatan Sarah. Saya tahu Sarah tak nak balik. Saya tahu Sarah tak nak kahwin dengan Uwais.” Satu persatu dia ungkapkan. Dia tahu aku, dia kenal aku, dia faham aku.
Aku diam.
“Sekarang macam mana ni Sarah? Nak tahan kereta Wafi di depan ni atau terus nak ekori dia?” soalnya.
Aku tak tahu.
Buntu.Aku menarik nafas panjang, menghela perlahan.
“Tak apalah. Kita balik.”
Jawabku perlahan.Mungkin ini keputusan yang terbaik. Aku dah penat. Aku tak nak memaksa. Untuk apa aku terus kejar sesuatu yang pernah aku ‘tendang’? Wafi bukan bola. Aku pernah curangi dia kerana kehadiran Uwais. Aku pernah tak hiraukan Wafi kerana terlalu gila-gilakan Uwais. Aku pernah menodai cinta Wafi, pernah halau Wafi. Kesian Wafi. Sampai bila dia nak bersabar dengan aku kerana Uwais?
“U-turn?”
Tanya Zaril ingin kepastian.“Ya.”
Jawabku sepatah.“Confirm?”
Soalnya lagi.“Ya.”
Jawabku.Zaril beri signal kanan dan terus U-turn untuk berpatah balik, jalan terus menghala ke rumah Mama.
Dalam kereta yang dipandu Zaril senyap dan sunyi, aku melayan perasaan. Tiba-tiba aku teringat satu perbualan lampau antara aku dengan Wafi suatu ketika dulu bila dia dapat tahu aku ada hubungan sulit dengan Uwais.
“Saya takkan tinggalkan awak walaupun saya tahu awak curang, Sarah. Kalau saya nak tinggalkan awak, dah lama saya tinggalkan. Saya tak ada dalam Malaysia ni lagi. Awak pun takkan dapat contact saya lagi. Saya sayang awak dunia akhirat, Sarah. Sebab tu saya tak tinggalkan awak walaupun awak buat perkara yang menyakitkan saya sekalipun. Kecurangan itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Lelaki mana yang sanggup bertahan, tetap bersabar walaupun perempuan yang dia sayang ada lelaki lain, bersama dengan lelaki lain? Apa guna kalau kita kahwin semata-mata sebab awak nak lupakan Uwais? Selesaikanlah baik-baik antara awak dengan dia dulu. Nak kahwin macam mana sedangkan ingatan awak sepenuhnya pada Uwais?” inilah persoalan Wafi pada aku dulu. Allah bagi aku ingatan lagi.
Aku diam, tunduk.
Air mata mengalir tanpa sedar.
Sebak dalam hati hanya Allah saja yang tahu,
sebab semuanya salah aku.“Saya tak pernah mengongkong awak, Sarah. Saya beri apa yang awak nak. Saya menurut segala kemahuan dan kehendak awak. Awak nak berkawan, berkawanlah. Saya cuma ingatkan awak tentang batas-batas pergaulan. Bergaullah dengan sesiapa yang awak nak tapi jangan lupa, jangan lebih dari seorang kawan. Tapi lama kelamaan, awak dengan Uwais itu lebih dari seorang kawan. Saya diamkan. Saya sabarkan. Saya tak tahu saya ni apa dalam hati awak lagi. Mungkin saya ni dah tak ada dalam hati awak melainkan Uwais. Saya minta maaf, saya terasa, saya tersinggung tapi tak apalah...” luah Wafi.
Air mata aku bercucuran laju menahan rasa. Aku bersalah dalam semua hal. Aku terima. Aku tak patut bersama Wafi lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Sedang aku melepaskan Wafi, Uwais dengan kejam meninggalkan aku.
Dear Uwais,
Kalaulah engkau tahu betapa sakitnya aku melepaskan orang yang terpaling menyayangi aku kerana dia ingin melihat aku bahagia dengan kau, sayangnya kau tak rasa pun semua ini. Kau nak aku saja yang faham kau walhal dalam banyak hal, kau tak pernah ‘duduk tempat’ aku, rasai apa yang aku rasa dan kau tak pernah faham aku. Hanya aku yang perlu faham kau.Dear Uwais,
Kalaulah engkau tahu betapa sakitnya aku melepaskan orang yang terpaling banyak berkorban hidupnya untuk aku, kau takkan tinggalkan aku macam tu saja sebab kau faham apa itu erti pengorbanan sebenar yang telah aku buat untuk kau.Dear Uwais,
Mana penghargaan engkau buat aku bilamana diakhirnya aku memilih engkau, lalu aku meninggalkan Wafi? Mana? Permulaan kita, engkau yang bersungguh-sungguh mahukan aku, kau bersungguh-sungguh pujuk aku, sekarang kau tinggalkan aku?Sekarang engkau nak macam mana, Uwais? Kau nak aku selesaikan cara baik, atau sebaliknya? Kalau engkau tetap berdiam diri, aku tetap cari engkau di Sungai Petani. Akan aku khabarkan pada familimu nanti. Aku cakap, aku buat. Ini aku, Uwais. Nak aku cari engkau ditempat engkau niaga itu pun aku sanggup. Kau nak aku buat apa? Aku buat.
Ini aku,
perempuan yang takkan pernah lupa apa yang dah engkau buat padaku. Kalau engkau terus mendiamkan diri, aku akan buat seperti apa yang aku cakap.(bersambung.....)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritüelAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...