TRAVELOG

252 5 0
                                    


Ini dari aku, tentang apa yang aku rasa...

(Abdullah Wafi Bin Zainal)
#AGL
#AkuGadisLiar

Kenapa kita perlu rampas sebiji buah yang manis, ranum, masak, cantik dari tangan orang lain?

Umpama saya ambil benih sebiji buah, saya tanam benih buah tu, saya baja, saya semai, saya jaga sehingga dia menjadi pokok, membesar dengan baik, lalu dia berbuah. Kalau pahit buahnya, saya tak tebang pokok tu. Kalau kelat buahnya, tetap saya biarkan, bagi peluang padanya untuk berbuah lagi. Mungkin bukan musim ini buah itu akan manis. Mungkin buah itu belum masak ketika dipetik. Lalu saya jaga pokok itu dengan baik tanpa sedikit pun rasa putus asa.

Maka, saya biarkan buah-buah yang lainnya itu kekal pada pokok itu. Sampai masa, buah itu akan masak menguning, ranum, cantik. Lalu saya petik dan saya rasai kemanisan buah itu yang tiada tolok bandingannya. Sedap. Sangat enak!

Sayangnya, buah yang sedang saya nikmati itu, telah dirampas kasar oleh orang lain! Sedang saya menikmati keenakkan buah itulah, dia datang lalu merampas buah yang manis itu bukan setakat dalam tangan saya saja, bahkan juga dalam mulut ini. Kejam! Maka, terhentilah segala kenikmatan buah yang saya sedang nikmati itu. Saya terkejut, terpinga-pinga, kebingungan, tergamam dan terkedu, semuanya bercampur-aduk. Kenapa buat saya macam ni?

Kalau benar engkau mahu menikmati kemanisan buah seperti yang aku nikmati, carilah benih lain, bajailah, semailah sendiri. Jangan sesekali merampas kemanisan nikmat orang lain.

Sekarang, aku dah rasa.
Sakit. Terpaling sakit.

Kau pula puas.
Puas merasa kemanisan nikmat buah yang aku sendiri bersusah payah tanam, baja, semai dan kegigihan aku menjaga pokok itu sehingga menghasilkan buah yang paling sedap. Engkau rampas buah itu dari aku. Engkau puas menikmati nikmat buah itu. Engkau puas, engkau seronok, bersenang-lenang!

Kau kejam, Uwais.

Ini dari aku,
WAFI.

#AGL
#AkuGadisLiar

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now