"Tapi Kak Sarah....""Syyhhhh...!"
cepat-cepat aku memintas ayat Azreen."Tolong rahsiakan."
pintaku.Azreen nampak cemas.
Panik barangkali."Kak Sarah pergi dulu. Tolong rahsiakan."
pintaku lagi."Kalau orang tanya Azreen macam mana? Azreen nak jawab apa?" soalnya.
"Cakap je Azreen tak tahu."
pintaku."Ya Allah. Kak Sarah, itu namanya Azreen dah cakap bohong, Kak Sarah. Allah SWT dah berfirman dalam Surah Al-'Aĥzāb, ayat 70 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat - benar dalam segala perkara." Azreen bagaikan tak sanggup untuk berbohong.
"Kak Sarah, janganlah macam ni..."
pujuk Azreen.Aku menarik nafas panjang dan menghela perlahan. Aku senyum.
Masa dah terlalu suntuk.
Aku tak boleh berlengah lagi.
Kena bertindak sekarang."Baiklah. Azreen jawablah apa-apa saja. Kak Sarah pergi dulu." aku nekad.
"Kak Sarah..."
panggil Azreen.Aku pandang Azreen.
Aku senyum, kelat."Azreen macam tak percayalah dengan tindakan Kak Sarah ni. Bahaya tau. Ini melibatkan maruah famili. Kak Sarah tak kesian ke dekat Auntie Lina? Malulah Auntie Lina nanti. Mana Auntie Lina nak letak muka mengadap semua orang?" tanya Azreen cuba untuk menyedarkan aku.
Aku terkedu bila Azreen sebut nama Mama. Betul, sampai bila aku nak lukakan hati Mama lagi? Sedangkan aku dah berniat tak nak sakitkan hati Mama. Aku nak Mama happy, bahagia tapi nampaknya tindakan aku kali ini lebih memalukan Mama.
Aku keliru nak ikut kehendak hati atau kehendak Mama.
Aku peluk Azreen.
"Jaga diri baik-baik."
pesanku.Azreen pegang lenganku, bagaikan tidak mahu melepaskan aku pergi. Aku senyum. Perlahan tangan aku dilepaskan.
Aku capai Tafsir Quran tadi.
Perlahan-lahan aku menyusup keluar dari Bilik Solat sehelai sepinggang dengan Tafsir Quran di tangan kanan menuju ke pintu belakang. Aku perhatikan sekeliling. Tak ada orang yang perasan aku, mungkin kerana masing-masing sibuk dengan kerja yang telah diaturkan.Aku pandang sekeliling, takut-takut kalau ada yang nampak aku. Aku terpandang sehelai selendang lama Mama di ampaian. Aku capai, terus aku sarungkan di kepala. Cepat-cepat aku keluar menghala ke pintu pagar belakang rumah. Memang ramai saudara mara disini tapi selamatnya tiada siapa yang perasan aku. Aku pula jalan tunduk sambil mencari selipar mana yang boleh aku sarungkan.
Ya Allah... maafkanlah aku tuan selipar.
Aku main rembat je selipar siapa.Dapat sarung selipar, cepat-cepat aku menyusup keluar dari kawasan rumah.
Jalan dengan pantas.
Jangan toleh belakang.
Aku ikut jalan belakang rumah.
Gelap. Cahaya samar-samar.
Lampu jalan pun tak ada.
Sesekali ada juga motor dan kereta lalu lalang di kawasan ini. Aku jalan tunduk macam biasa. Semoga perjalanan aku selamat tanpa ada sesiapa yang perasan aku ada di mana-mana.Aku tak tahu apa yang bakal jadi di rumah Mama tu. Ya Allah...
Aku sedar, aku suka buat keputusan yang entah apa-apa. Nekad aku memang gila. Tak pernah fikir baik dan buruk. Main langgar. Suka buat keputusan melulu tanpa berfikir panjang. Patutlah Dr. Haziq cakap aku ni macam budak-budak.
Aku takut sebenarnya dengan apa yang aku buat ni. Tapi aku tetap teruskan juga.
Tiba-tiba aku terigatkan Mama.
Ya Allah... maafkan Sarah, Mama.
Sarah malukan Mama lagi.Aku sedar aku buat salah, buat dosa, melampaui segalanya tapi aku buat juga tanpa memikirkan akibatnya akan datang.
Otak aku dah mula fikir macam-macam.
Aargh!Aku tetap teruskan perjalanan.
Hujan renyai.
Telefon aku lupa nak bawa.
Silap aku, lupa nak bawa telefon.
Kalau bawa telefon, ada jugalah nombor-nombor telefon yang boleh aku hubungi. Nasib baik duit dan kad pengenalan sempat aku masukkan dalam poket seluar. Itu jelah harta yang aku ada. Dalam tangan aku ada Tafsir Quran. Nasib baik Tafsir Quran ni saiznya kecil.Aku teruskan perjalanan lagi.
Hujan masih belum berhenti.
Aku berjalan entah ke mana hala.
Jalan terus saja tanpa menoleh ke belakang. Tak kisahlah aku nak jalan ke mana, asalkan aku dapat lari jauh dari rumah Mama.Semakin jauh aku berjalan, semakin sejuk aku rasa. Hujan nampaknya semakin lebat. Pakaianku basah tapi tidaklah kuyup.
Sedang berjalan, aku nampak sebuah pondok disisi sebelah kiri jalan. Aku terfikir sejenak. Sama ada aku nak berhenti sekejap di pondok tu atau aku nak teruskan perjalanan. Kalau aku teruskan perjalanan, mungkin perjalananku lagi cepat sampai. Dapatlah aku keluar dari tempat ni tapi basah kuyuplah aku.
Aku buntu.
Tak dapat nak buat keputusan.
Pondok semakin hampir.Aku pandang sekeliling. Perhatikan kalau-kalau ada orang yang nampak aku. Iyalah, orang buat salah macam aku ni memang sentiasa kena berjaga-jaga.
Kakiku mula melangkah ke pondok kecil tu. Aku pun tak tahu pondok apa. Aku jengah keadaan dalam pondok itu dari luar. Gelap, sunyi, sepi, tak ada orang. Kosong. Pondok ni ke dalam sikit dari tepi jalan. Tak ada cahaya langsung tapi aku perasaan ada sisa-sisa beberapa batang lilin yang pernah dipakai sebelum ini. Ada sudu besi dan picagari. Hidungku dapat menangkap bauan yang kurang enak. Macam ada bau rokok ke, tembakau ke, macam itulah. Sakit hidung aku bau.
"Ehh... ada perempuanlah!"
terdengar suara dibelakangku.Nafasku kencang tiba-tiba. Terus aku menoleh ke belakang. Ada tiga orang lelaki yang sedang tersenyum ke arah aku dengan pakaian lusuh dan kotor.
Aku panik. Betul-betul panik.
Terasa dadaku turun naik.Seorang lelaki dari mereka menarik kasar selendang dikepalaku. Ketiga-tiga dari mereka ketawa.
(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...