“Zee tahu kan apa yang dah jadi pada Sarah?”
berat hati sebenarnya nak meluah…“Allah… banyak sangat yang jadi pada Sarah sampai Zee pun tak tahu kejadian mana yang Sarah maksudkan…” ujar Zee.
Aku diam sekejap, sedang menyusun ayat.
“Zee, niqab yang Sarah pakai ini…”
tiba-tiba lidahku kelu untuk menyambung ayat.“Sarah, niqab Sarah itu tak salah.”
Ujar Zee seakan tahu apa yang ingin aku luahkan.Lembut tutur bicara Zee seakan memujuk hatiku.“Niqab itu melindungi kita, Sarah.”
Sambung Zee.“Sarah dah tak tahu nak buat apa lagi, Zee.”
Luahku.“Sarah ingat lagi masa mula-mula Sarah pakai niqab?”
Soal Zee.“Ingat. Masa itu Sarah seronok sangat. Pertama kali pakai niqab, Sarah rasa selamat. Selesa. Tak ada lagi lelaki yang bersiul-siul bila lihat Sarah berjubah, bertudung labuh dan berniqab.” Balasku.
“Ya, Sarah. Itulah nikmat pertama yang Allah beri pada muslimat yang mengenakan pakaian Sunnah. Rasa selamat, selesa, sesungguhnya Allah lindungi kita dari mata-mata manusia yang nakal. Zee tak paksa Sarah untuk pakai niqab. Sarah pun tahu niqab itu bukan wajib cuma untuk di akhir zaman ini, niqab itu seakan keperluan kita dek kerana dunia sekarang macam-macam boleh jadi. Akhir zaman ini betul-betul banyak kejadian yang berlaku. Zee sayang Sarah. Zee tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada Sarah lagi.” Luah Zee.
Aku diam.
Hati sebak.
Air mata bergenang.
Rasa nak peluk Zee!“Zee faham emosi Sarah terganggu dengan apa yang pernah jadi. Bermula dari mula-mula Sarah kembali berhijrah, Sarah bertudung, Sarah berniqab, masa itu banyak ujian Allah yang Sarah hadap. Sarah kuat sebab adanya Allah. Sarah, Allah itu tak kejam, sayang. Setiap ujian Allah itu ada hikmahnya. Allah Maha Tahu apa yang ada disebalik ujian itu.” Sambung Zee.
“Zee, Sarah faham tapi…”
Aargh!“…tapi apa, Sarah?”
Tanya Zee.“Dulu mungkin Sarah selamat pakai niqab tapi sekarang Zee tengoklah apa yang dah jadi pada Sarah. Niqab yang Sarah pakai seolah-olah jadi penarik perhatian bagi golongan lelaki yang beragama, alim, warak, hatta lelaki bergelaran guru agama sekalipun!” dalam tak sedar aku meluah dengan ‘kejam’ dan aku menangis. Seakan dah tak tertahan lagi apa yang telah terbuku dihati.
“Sarah, sabarlah sayang. Zee faham. Sarah ingat kan La yukallifullahu nafsan illa wus’aha?”
Tanya Zee.“Ingat, Zee. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Perlahan aku jawab. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 itu benar-benar memujuk aku.“Zee nak jumpa Sarah. Insya’Allah minggu depan Jemaah Masthurat ada buat program ta’alim lagi dekat rumah Ummu Iman di Klang. Kita jumpa ye, Sarah?” cadang Zee.
“Baik Zee…”
Balasku.
Rasa rindu pada majlis ta’alim.
Rindu juga pada Jemaah Masthurat.“Haaa… lagi satu. Zee cuba WhatsApp Sarah tapi Zee kena ‘invite’ Sarah dalam WhatsApp pula. Kenapa, Sarah? Mana WhatsApp Sarah?” Tanya Zee.
“Zee, Sarah dah tak ada WhatsApp. Facebook Sarah pun dah tak ada buat masa ini. Kalau boleh Sarah tak nak berhubung dengan sesiapa pun melainkkan hal-hal penting.” Jawabku.
Terdiam sekejap Zee dengar jawapan aku.
Mungkin terkejut dengan apa yang dah aku buat.“Sarah rehatlah dulu. Banyakkan masa bersama Allah. Kalau Sarah nak meluah apa-apa, nak cakap-cakap, nak sembang borak, Zee ada dekat sini, sentiasa mendengar.” Ujar Zee.
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
EspiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...