“Sarah, saya tak nak anak murid saya tahu pasal ni. Aib saya, Sarah…” pinta Ustaz Faiz.Kasihan Ustaz Faiz tapi dah terlambat. Abang Khairul dah tahu. Abang Khairul tu kawan Ustaz Faiz. Kalau Ustaz Faiz nak marah Sarah, marahlah. Hati ini lagi sakit dari apa yang dah Ustaz Faiz buat. Tapi disebabkan Sarah sedar yang ini semua adalah ujian dari Allah untuk kita, maka kekuatan dalam diri Sarah ini adalah sabar. Berserah diri pada Allah selepas sesuatu ujian melanda itu adalah sebaik-baik jalan terakhir untuk kita.
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 12 :
"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".
“Ustaz baliklah. Sarah tak nak jumpa Ustaz lagi. Sarah dah penat. Sarah dah tak sanggup nak jumpa.” akhirnya aku balas mesej dari WhatsApp Ustaz Faiz.
“Sarah, saya sayang Sarah. Maafkan saya, Sarah. Luruh hati saya tadi dengar tangisan orang yang saya sayang.”
Kata Ustaz Faiz. Kesal agaknya.“Sarah maafkan Ustaz. Ustaz balik…”
Aku pula yang pujuk Ustaz Faiz.Kuat sungguh hati ini untuk memaafkan segala kesilapan orang. Alhamdulillah hati ini Allah jaga. Allah lembutkan hati ini untuk memaafkan dosa kesalahan orang lain dalam sekelip mata.
“Betul Sarah dah maafkan saya?”
Soalnya.“Ya. Sarah dah maafkan Ustaz.”
Jawabku.“Alhamdulillah, terima kasih Sarah.”
Ucapnya.Memaafkan bukan bererti mudah untuk melupakan. Aku mangsa. Mungkin orang lain anggap ini perkara biasa. Bukan perkara biasa bagi mangsa trauma. Aku takkan lupa setiap saat yang berlaku. Aku tak boleh lupa bagaimana aku diperlakukan… haih… panjang ceritanya lagi… Allah Maha Tahu. Firman Allah SWT dalam surah 'Āli 'Imrān, ayat 134 :
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;”
Ini antara ayat Al-Quran yang mampu buat aku jadi baik dengan izin Allah SWT.
“Sarah…”
Mesej dari WhatsApp Ustaz Faiz masuk berkali-kali memanggil aku. Penuh dengan panggilan “Sarah… Sarah… Sarah…” Aku tak tahu nak buat apa. Aku tetap sabarkan. Aku malu dengan Tuhan. Berkali-kali aku Solat Taubat, Allah uji aku lagi, lagi, lagi dan lagi.“Ustaz nak apa lagi? Baliklah Ustaz…”
Balasku.“Jangan halau saya macam ni, Sarah. Saya tahu saya buat salah. Sarah kata Sarah dah maafkan saya…” ujar Ustaz.
“Sarah maafkan Ustaz tapi untuk melupakan apa yang berlaku memang payah. Sarah hormat Ustaz. Sarah tetap panggil Ustaz dengan panggilan Ustaz walaupun Ustaz dah buat macam-macam pada Sarah.” Jelasku.
Ustaz balas dengan icon emoji sedih dalam WhatsApp. Gedik betul.
Aku dah tak peduli apa dengan segala emoji sedih ke, menangis ke, meratap ke, merayu ke, semua dah tak boleh pakai. Hati aku lagi power punya seksa ni dia tak tahu…!
“Sarah jangan marah lagi. Saya minta maaf…” pujuknya entah ke berapa ratus kali agaknya.
“Okey.”
Balasku.“Sarah dah tak marah saya lagi, kan?”
Sambungnya.Ya Allah… Ustaz Faiz ni nak manja-manja pula dengan aku. Memang masa ini aku nampak Ustaz Faiz ini macam budak-budak. Tak nampak ‘matured’ macam posting-posting agama dia dalam Facebook. Jauh beza betullah perangai Ustaz Faiz ni dalam Facebook ke, dalam Youtube ke, dalam radio ke… dengan aku bukan main manja lagi lahaiii….
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...