"Kau tahu apa yang buat engkau nampak lain dari lelaki lain?"
saja aku tanya dia."Apa dia?"
soalnya."Pertama, engkau bertatu tapi solat tak pernah tinggal. Kedua, aku suka dengar engkau mengaji Al-Quran. Pandai mengaji. Boleh gugur jantung aku kahkahkah! Ketiga, dek kerana kesilapan lampau engkau buat tatu, engkau dipandang sinis oleh masyarakat dan orang-orang masjid dan surau, tapi kau tak pernah tewas. Engkau kuat. Engkau masih solat di masjid-masjid atau surau walaupun ramai orang yang cakap macam-macam kat kau. Ternyata engkau lebih kuat meredah ujian Allah SWT dari aku."
Dia senyum.
"Bertahanlah selagi mampu..."
akhirinya.Allah SWT temukan kita dalam dua dimensi yang berbeza dimata masyarakat. Walhal kita semua adalah sama. Yang membezakan kita adalah IMAN dan TAQWA.
Andai kita ditemukan di masa lampau... mungkin hubungan kita tidak bertahan lama. Tika itu kita masing-masing masih jahil mengejar dunia. Masing-masing masih jahil ikut darah muda, masing-masing jahil dengan kehendak nafsu yang tak pernah tua. Kerana itu Allah SWT tidak temukan kita berdua di waktu itu.
Sesungguhnya aturan Allah SWT adalah tepat dan terbaik.
Masa berlalu dengan pantas.
Kita tinggalkan segala kejahatan dan kenakalan. Balik pada Allah SWT namun sayang... tak ramai masyarakat boleh terima kita semula.Melihat kita berdua ---
masyarakat memandang kita seolah-olah kita ini adalah BONNIE and CLYDE pasangan paling jahat dimuka bumi ini.Aku perempuan yang memakai niqab ---
dipandang serong oleh masyarakat dan dipandang sebagai seorang perempuan yang tidak layak memakai niqab dek kerana aku bersama seorang lelaki yang bertatu, bukan lelaki yang berkopiah dan berjubah yang kelihatan soleh.Kalaulah masyarakat tahu cerita disebalik LELAKI ALIM, yang dilihat baik, soleh, berjubah dan berkopiah dalam hidup SARAH ADRIANA BINTI ABDUL RAHMAN...................
masyarakat hanya pandai menilai dan menjatuhkan hukum :)
Firman Allah SWT dalam Al-Quran :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.(Surah Al-Ĥujurāt : Ayat 13)
Yang merasai ujian Tuhan itu sendiri,
Sarah Adriana & Adrian Adam.AUTHOR : Shafeeca Izyan

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...