PART 63

230 2 0
                                    

Terasa tubuh badanku diangkat naik. Terasa tubuh basah melekit. Lunyai, lesu, kaku, terkulai. Tak mampu bergerak namun telinga mendengar.

Dibaringkan, diangkat ke tempat pembaringan. Satu persatu aku dengar…

“Pesakit Luar pertama, perempuan. Sarah Adriana Binti Abdul Rahman. Ini kad pengenalan, handbag. Pesakit Luar kedua, lelaki. Abdullah Wafi Bin Zainal.” Ujar seorang lelaki bersuara sedikit garau.

“Wafi?”
Monologku.

Kedengaran suara lelaki kedua memberitahu jenis kenderaan yang dipandu oleh Abdullah Wafi beserta nombor pendaftaran kenderaan. Selepas itu terasa lengan kiriku dicucuk oleh sesuatu yang halus dan tajam. Mungkin jarum.

Tak semena-mena terasa mengantuk. Mata pejam. Tak tahu apa jadi. Tak tahu malam atau siang. Tak tahu pukul berapa sekarang…

“Ini Puan Lina?”
Tanya seorang lelaki.
Telingaku masih mendengar.

“Iya. Saya ibu kepada Sarah Adriana.”
Jawabnya.

“Maaf sebab mengganggu puan. Saya Doktor Haziq Bin Abdullah. Boleh saya tahu, adakah status anak puan Sarah Adriana Binti Abdul Rahman ini belum berkahwin?” soalnya.

“Ya, doktor. Dia belum berkahwin.”

“Saya minta maaf ya, puan. Saya nak tanya. Adakah puan tahu yang anak puan hamil atau keguguran?”

“Hah???”
Kedengaran suara Mama dalam keadaan terkejut.

Degupan jantungku semakin laju.
Berderau darah… Ya Allah!

“Puan, mari kita jumpa di luar.”
Ajak Doktor Haziq.

Mati akal.

“Apa aku dah buat? Ke mana Doktor Haziq bawa Mama? Kenapa Doktor Haziq tak cakap depan aku je? Doktor tahu ke yang aku boleh mendengar?”
Monologku.

“Cik! Cik! Bangun cik. Dah sampai.”
Terdengar satu suara.

“Cik Sarah Adriana?”
Panggilnya.

“Cik Sarah?”
Panggilnya lagi.

Aku dah blur.
Mana pula datangnya suara tu?

“Cik? Rumah cik dah sampai.”
Katanya.

Astaghfirullah hal 'adzim.
Astaghfirullah hal 'adzim.
Astaghfirullah hal 'adzim.

Aku pandang kiri dan kanan dalam keadaan yang blurred. Keliru sebenarnya aku dimana?

“Ya Allah… minta maaf, Encik. Saya terlelap! Tak sedar. Astaghfirullah hal 'adzim.”
Ujarku.

Pemandu Uber yang bernama Harith itu pun ketawa. Aduh. Malu aku.

“Alhamdulillah. Nasib baik Cik Sarah dah bangun. Kalau tak, jenuh saya tak tahu macam mana nak bangunkan.”
Ujarnya.

Gelabah leteww…

Hahaha!
Aku dah ketawa.
Malu pun ye.

“Berdengkur tak saya tidur tadi?”
Selamba aku tanya hahaha!

“Tidak, cuma ada bunyi seolah-olah cik sedang menahan sakit. Mungkin Cik Sarah penat sangat ni. Hari pun dah lewat malam.”
Kata Harith.

Alamak!
Jangan ada bunyi bukan-bukan dah lah…

Aku senyum disebalik niqab.
Tidur ni bukan kita sedar pun.
Buatnya aku mengingau dalam kereta dia tadi… mana aku nak letak muka ni? Malu woii!

“Terima kasih, Encik Harith. Saya bayar pakai kad kan?”

“Ya, betul. Cik bayar pakai kad. Terima kasih, Cik Sarah Adriana. Insya’Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi.”
Akhirinya.

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now