PART 60

194 1 0
                                    

“You never say goodbye
Handong-an monghani
udukoni anja
Dashi saenggakhatjiman
Momchul sun optkesso
Ontong kudae saenggak
hal subakke omnun
Nae jashini miwo
Don't you let me go
Baby don't you let me down.”
Ringtone soundstrack lagu drama Korea ‘My Girl’ pengunjung café sebelah aku ini berbunyi. Mengejutkan lamunanku.

Aku menarik nafas panjang.

“Eh! Hanis!”
Spontan aku terpanggil namanya bila nampak Hanis lalu disebelah Café San Francisco Coffee. Hanis pandang aku. Terkejut agaknya dia haha!

Hanis datang mendekati aku dengan dahi berkerut.

“Excuse me?”
Soal Hanis.

Aku ketawa.
Mana tidaknya, Hanis terkejutlah bila perempuan berpakaian lengkap berniqab menegur dirinya. Kali terakhir kami berjumpa pun ketika kami terserempak di sebuah kafe di Berjaya Times Square dalam keadaan aku masih belum berniqab.

“Sarah Adriana Binti Abdul Rahman.”
Balasku perkenalkan diri.

“What?!”
Tergamam Hanis.

Aku ketawa lagi.
Hahaha!
Hanis blurred.

“What’s going on? Apa dah jadi ni? Biar betul, Sarah?”
Soalnya. Bagaikan tak percaya, dengan mulut yang hampir melopong.

Hahahah!
Tak tahulah kenapa, tapi aku rasa macam payah nak berhenti ketawa tengok reaksi muka Hanis bila nampak aku berniqab.

“Babe, come on. Apa ni?”
Tanya Hanis lagi.

Hahaha!

“What?”
Balasku.

“Apa pasal you pakai macam ni?”
Tanya Hanis lagi.

“Kenapa?”
Soalku.

Hanis bagaikan tak percaya itu aku.
Nampak gaya Hanis masih dalam keadaan terkejut.

“Iyalah. Terkejut I. You dah kenapa pakai macam ni?
Tanya Hanis lagi.

“Kenapa? Tak boleh?”
Soalku pula.

“May I sit here?”
Tanya Hanis.

“Ooh yes, please.”
jawabku.

“I nak order coffee kejap. You nak apa-apa?” tanya Hanis.

Aku senyum sambil menunjukkan isyarat tangan menandakan tidak mahu. Hanis senyum, lalu menuju ke kaunter San Francisco Coffee. Cepat-cepat aku mencapai ‘envelope’ kuning tadi, lalu aku masukkan ke dalam beg. Saja nak sorokkan ‘envelope’ kuning itu dari Hanis, tak nak Hanis tahu apa-apa, malas nak panjangkan cerita lama.

Sekembalinya Hanis dari kaunter sambil membawa dulang berisi coffee, dia duduk di kerusi hadapanku, menggantikan tempat duduk Dato’ Zahari tadi.

Aku senyum pandang Hanis.
Cantik sangat orangnya.
Kulit cantik cerah mulus, rambut ikal keperangan sedikit. Persis seorang model.

“You buat apa dekat sini?”
Serentak kami bertanya.
Aku ketawa, Hanis pula masih blurred.

Ya, Hanis inilah pasangan cinta terlarang aku suatu ketika dahulu di zaman lampau. Cuma aku dah tak ingat apa yang jadi sejak kemalangan itu. Banyak hikmah yang Allah SWT beri. Ada sebab kenapa Allah SWT meluputkan ingatan aku selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan aku dan Wafi dulu. Benarlah firman Allah SWT dalam Al-Quran Surah Ar-Ra'd : Ayat 39 :

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".

Takdir….

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now