“Apa dia?”
soalku.Zaril pandang aku sekejap.
Senyum.“Nama arwah Umi Aqeela tu Sumaiyah. Saya kenal arwah selepas pinangan saya ditolak.”
Terus aku toleh pada Zaril.
Terkejut.Zaril pandang depan tapi tetap mengukir senyuman. Mata aku tak berkelip pandang Zaril.
“Pinangan ditolak?”
soalku.Zaril angguk, senyum.
“Tapi ini cerita lama. Awak tak ingat, Sarah?” soalnya.
Eh, ini cerita dia, kenapa pula aku yang kena ingat? Monologku.
Zaril ketawa perlahan.
Kelakar sangat agaknya.Aku diam, blur.
Zaril senyum pandang aku.“Kita kawan rapat sejak dari kecil. Saya, awak dan Azreen. Sampailah ke sekolah menengah, kita still berkawan tapi masa tu, hubungan kita lebih dari seorang kawan. Famili awak dan famili saya tahu pasal kita. Azreen jadi orang tengah. Mak saya cakap, kalau betul saya nak menikah dengan awak, famili saya datang masuk meminang awak.”
Aku terkedu.
Pandangan aku tepat pada Zaril.
Zaril senyum pandang depan.
Aku tak tahu cerita ini.
Aku lupa lepas traumatic.
Langsung aku tak ingat apa-apa.“Then?”
Aku tunggu Zaril sambung cerita.Zaril toleh pandang aku, senyum.
“Tak ingat?”
soal Zaril sambil tersenyum.Aku blur.
Geleng kepala.“Mama Sarah tolak pinangan saya. Mungkin sebab masa tu saya tak ada kerja tetap. Hanya buat kerja-kerja kampung. Tolong Abah bertani di belakang rumah, kadang-kadang tolong Mak meniaga di pasar tani dan pasar malam, ambil upah mesin rumput di sekitar kampung, ambil upah jaga kambing dan lembu di kampung...” Zaril masih senyum. Sekali sekala dia pandang aku disebelahnya.
Aku diam pandang Zaril.
“Sarah suka lelaki macam tu. Rajin. Tak memilih kerja.” ujarku perlahan.
Zaril senyum.
“Okey. Kita dah sampai dekat kedai makan. Jom, turun makan. Sarah lapar, kan?” ajak Zaril. Kereta dipakirkan berdekatan dengan kedai makan.
Cerita pinangan ditolak oleh Mama bagaikan termati di situ. Aku dah tentu terpinga-pinga masa dengar cerita tu. Baru aku tahu. Terasa benar macam aku ini sedang lalui kehidupan baru.
“Apa jadi lepas tu?”
soalku.“Alah... cerita lama. Abaikan je. Sarah tak perlu tahu pun tak apa.” ujarnya sambil tersenyum.
Zaril keluar dari kereta, menuju ke tempatku untuk membuka pintu. Aku keluar. Zaril tetap senyum.
“Kita dekat kedai makan mana ni?”
soalku. Mataku pandang sekeliling.“Kita di kedai makan yang selalu kita pergi makan bersama Azreen suatu ketika dulu. Dua belas tahun jugaklah kita tak pergi makan dekat kedai ni...” jelas Zaril.
“Huiyooo! Lamanya dua belas tahun!”
ujarku.Zaril ketawa.
Aku tengok Zaril pun pandang sekeliling kedai makan tu.Aku masih tak ingat apa-apa yang berlaku antara aku dengan Zaril masa dulu. Aku cuba ingat, tapi gagal. Otak aku ligat berputar untuk cuba ingat macam mana pun, tetap blur.
Tiba-tiba aku teringat kotak-kotak aku yang dulu. Kotak Kuning, Kotak Merah, Kotak Ungu, Kotak Pink, Kotak Hijau dan Kotak Biru. Tapi kenapa tak ada kotak cerita pasal Zaril? Rasa macam ada yang tak kena...
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
EspiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...