PART 5

385 8 0
                                    


Aku terus menoleh pada Uwais.
Ohh! Inilah Uwais tu rupanya!

Uwais senyum pandang aku.
Aku tak tahu apa perasaan aku.
Kosong. Tak ada apa. Aku hanya kenal nama Uwais dari Wafi. Aku tak ingat apa-apa tentang dia. Itupun Wafi belum habis cerita.

"Amboiii Kak Sarah... Abang Uwais Kak Sarah ingat. Kami ni Kak Sarah tak ingat..." seloroh kedua beradik itu sambil ketawa.

Terpinga-pinga aku sekejap.

"Tak, tak. Kak Sarah tak ingat. Tapi Wafi ada sebut nama Uwais." balasku sambil menjeling ke arah Uwais.

Uwais nampak terkejut bila aku sebut nama Wafi. Wajahnya terus berubah reaksi. Nampak jelas!

Usroh dan Usna saling berpandangan.

"Kak Sarah, kami bagi ruang Kak Sarah berbual dulu dengan Abang Uwais ya..."
kata Usroh. Usna mengangguk tanda setuju dengan kakaknya.

Aku diam.
Angguk tak, geleng pun tak.
Mata aku tepat ke wajah Uwais.

Usroh dan Usna dah keluar.
Tinggal aku dan Uwais.

Diam.

"Awak siapa?" soalku tegas.

"Uwais." jawabnya perlahan.

Uwais menanggalkan cermin matanya, lalu diletakkan di atas meja depanku. Sesekali matanya digosok lembut. Ada air mata yang menitis.

"Mana tudung, sayang? Kenapa tak pakai tudung?" lembut tutur katanya. Ada getar dihujung suara.

"Sayang?"
monologku.

Aku pandang tajam ke arah Uwais.
Aku marah ke? Entah. Aku tak dapat kenalpasti emosi sendiri.

"Tak nak pakai." jawabku.

"Kenapa?" soalnya lembut.
Jelas, matanya berkaca.

"Kenapa apa?! Kalau orang dah tak nak pakai tudung, tak naklah! Tak faham-faham bahasa lagi ke?" tiba-tiba suara aku meninggi.

"Baiklah, baiklah." cepat-cepat dia memalingkan wajahnya.

Aku diam.
Uwais mungkin tersentak dengan ketinggian suaraku. Aku dah mula rasa bersalah tapi ego aku tinggi.

"Sejauh mana kita kenal? Macam mana kita boleh kenal?" soalku pada Uwais.

Uwais menoleh ke arahku.
Sekejap je. Then dia pandang tempat lain. Mungkin dia terasa dengan tindakan aku tadi.

"Wafi ada datang jumpa Sarah?"
tanya Uwais.

"Ada. Awak kenal Wafi?" soalku ingin tahu.

"Tak kenal." jawabnya.

Aku diam.
Mula berfikir.
Uwais tak kenal Wafi tapi Wafi bercerita pasal Uwais dari apa yang pernah aku ceritakan pada Wafi sebelum kami terlibat dalam kemalangan.

Macam mana kita boleh kenal?" soalku.

Uwais menghelakan nafas panjang.

"Kita kenal masa di hari konvo Usroh. Awak datang masa hari konvo Usroh. Itulah kali pertama saya jumpa Sarah, itulah kali pertama saya tengok Sarah, itulah kali pertama saya kenal Sarah." jelas Uwais.

"Saya ni kawan adik awak?" soalku lagi.

"Ya, Sarah. Awak kawan Usroh. Awak kawan baik adik saya."

"Then apa jadi?" soalku.
Terus menerus menyoal Uwais.

"Kita berkenalan. Bila ada waktu terluang, kita berhubung. Sampailah kita rapat..." jawab Uwais.

"Masa kita rapat, awak tahu tak saya ni girlfriend Wafi?" soalku.

Aku pandang Uwais.

Diam.

"Ya, saya tahu awak girlfriend Wafi, Sarah..."

"Then kita terus berkawan? Kawan biasa? Atau kita lebih dari kawan?" soalku.

Diam.

Uwais nampak pening. Macam letih nak menjawab. Nampak macam tak tahu nak jawab apa atau dia takut tersalah jawab. Yang aku nampak, reaksi Uwais macam dia dah tak mampu nak bertahan.

"Hubungan kita lebih dari kawan biasa."
jelas Uwais.

Aku diam.
Pandang dia.
Aku pun penat dengar jawapan dari dia.
Aku ni skandal dia ke? Takkan pulak sebab Uwais nampak baik. Tak sosial macam kehidupan aku dengan Wafi dulu. Uwais nampak warak, kuat agama. Wafi cakap yang aku pernah cerita, Uwais ni lah yang ajar aku pasal agama. Aku ambil keputusan untuk berhenti sekejap dari terus bertanya pasal hubungan kami.

"Wafi kata awak ajar saya pasal agama..."

"Wafi cakap macam tu?" tanya Uwais.

Aku angguk.

"Lagi? Wafi cerita apa lagi?" soalnya.

"Itu je. Tak ada apa dah..." jawabku.

"Sarah tak ingat apa-apa pasal kita?" tanya Uwais. Suaranya perlahan dan lembut. Matanya bersinar. Wajahnya bersih. Aarghh! Tolonglah jangan goda aku!

"Saya tak ingat apa-apa pun pasal awak ke, pasal Wafi ke, pasal Usroh ke, pasal Usna ke. Pasal Mama pun saya tak ingat, awak tahu tak? Bukan setakat tu je... nama saya sendiri pun saya tak ingat, umur saya pun saya tak ingat berapa. Semua benda saya tak ingat." balasku bagai melepaskan tekanan.

"Okey, okey. Baik Sarah, baik."
Uwais menghela nafas panjang.

Diam.

"Sarah ingat pasal solat? Macam mana cara nak solat. Sarah ingat?" tanya Uwais.

Aku pandang Uwais.
Aku geleng kepala.
Uwais senyum.

"Nanti kita solat sama-sama, ya?"
pujuk Uwais.

Aku diam mengalihkan pandangan.
Geleng tak. Angguk pun tak.

Aku rasa macam dah nak termakan pujuk si Uwais ni. Aduh...!

"Sarah Adriana..." panggil Uwais.
Lembut panggilan tu.

(bersambung......)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now