PART 66

258 3 0
                                    

"Mira!"
jeritku.
Terkejut bila tengok Mira ada di depan rumah Mama.

Mira menyahut sambil melambai tangan. Tengok tubuh Mira pun dah berisi sikit.

"Ya Allah! Lamanya kita tak jumpa!"
kami berpelukan.

"Mana Hakim?"
aku tanya.

"Ituuu... tengah 'smoke' jauh-jauh..."
jawab Mira sambil menoleh ke arah Hakim.

Hakim angkat tangan sambil senyum ke arah kami.

"Mira... 'baby bump' dah? Berapa bulan?"
aku tanya. Sedikit terkejut haha!

"Baru nak masuk 5 bulan."
jawab Mira.

Aku peluk Mira.
Tumpang bahagia.
Kalau tak, aku nikah dulu dari Mira haha!

"Kenapa tak beritahu awal-awal nak datang?"
tanyaku.

"Ooh... Mira ada called  Sarah tadi. Guna nombor telefon Hakim tapi Sarah tak jawab."
jawab Mira.

Baru aku teringat! 'Unkown Number' yang called masa aku nak ambil wudhuk di masjid Asy-Syakirin itu mungkin dari nombor Hakim.

"Mira called sebelum masuk waktu Zohor, ya?"
soalku.

"Haaa... betullah tu. Nombor telefon Hakim. Sarah tak jawab nombor telefon yang tak kenallah tu."
jawab Mira sambil tersenyum.

Kami ketawa.

"Tak sempat nak jawab. Barang banyak dalam beg. Tak jumpa telefon ini ada dekat mana haha!"
sambungku.

"Itu yang ingat kami nak buat surprise je nak datang sebab Sarah tak jawab phone. Sekali datang, betul-betul kami yang kena surprise pula. Tak ada orang pula dekat rumah haha!"
ketawa Mira.

Hakim datang mendekati kami.

"Sorry Sarah. Kami datang je. An attack made without warning haha! Mira ini haaa... rindu sangat dekat Sarah."
kata Hakim.

Ketawa kami.

"Minta maaf banyak-banyak. Tadi Sarah ke masjid Asy-Syakirin, KLCC tu. Saja kaki ni terasa nak menjejak ke masjid tu. Masa Mira call guna nombor telefon Hakim tu, Sarah kalut cari telefon tak jumpa dalam beg haha!"

"Apa banyak sangat dalam beg Leopard ni? Boyfriend ada?"
seloroh Mira.

"Haishh!"

Kami ketawa.
Lama dah tak jumpa.
Rindu nak mengusik. Aku jemput Mira dan Hakim masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah! Rindunya dekat rumah Sarah ni. Lama tak masuk jadi tetamu hahaha!"
kata Mira sambil ketawa.
Hakim senyum.

"Sampai Malaysia hari itu, tak sempat kami nak menyinggah jumpa Sarah dan Auntie Lina sebab terus dapat berita Mak jatuh dalam bilik air. Terentak bahagian kepala. Pengsan sekejap. Alhamdulillah nasib baik dah okey. Itupun kadang-kadang Mak ada yang ingat-ingat lupa."
jelas Hakim.

Berderau darah aku bila dengar terentak dikepala sebab kemalangan aku dengan Wafi dahulu pun melibatkan kepala. Traumatik, pengsan, koma. Boleh jadi amnesia atau hilang ingatan sementara atau kekal, melibatkan peristiwa yang berlaku sebelum atau selepas kecederaan atau kemalangan (trauma).

"Doktor Haziq pernah beritahu Sarah, dalam tengkorak kita ini ada isipadu tetap yang dipanggil isipadu intrakranium. Bila isipadu ini bertambah selepas kecederaan otak, ia boleh buat kita tak sedarkan diri. Kalau kecederaan berlarutan, ia boleh bawa maut. Otak kita ini tak macam anggota tubuh yang lain. Otak takkan sembuh atau pulih atau tumbuh semula sebab otak merupakan suatu kerosakan yang kekal."
jelasku pula.
Dah aku pula yang macam doktor.

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now