“Mama, Sarah tak ada apa-apa perasaan pada Wafi. Yang dah lepas itu, lepaslah.” Jawabku sedikit mengeluh.Sebenarnya aku masih mengharapkan Uwais. Masih mengharapkan Uwais kembali. Cinta dan kasih sayangku masih mendalam padanya. Tak dapat nak dicantas rasa ini. Larilah ke mana engkau nak pergi, Uwais. Setiap janji-janji engkau itu aku semat dalam hati. Aku ingat sampai mati.
Mama diam pandang aku.
Lama.“Ada apa-apa yang Sarah nak beritahu Mama?” tanya Mama sambil merenung aku.
Aku senyum.
Menggeleng.“Mama ingat Mama nak pergi rumah Wafi. Dia dah jemput ke rumah, tak eloklah kita tak pergi. Ini antara enam hak-hak sesama Muslim.” kata Mama.
Benar kata Mama. Masa aku belajar Hadis 1 Kitabul Jaami' : Hak-Hak Sesama Muslim dulu pun, ada belajar Hadis Riwayat Muslim begini.
Dari Abu Hurairah R.A berkata :
Rasulullah SAW bersabda :
“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu :
(1) jika kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam.
(2) jika ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya.
(3) jika ia meminta nasihat darimu, maka berilah ia nasihat padanya.
(4) jika ia bersin dan mengucapkan : ‘Alhamdulillah’ maka doakanlah ia dengan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepadamu).
(5) jika ia sakit, maka ziarahlah dia.
(6) jika ia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya”.Aku terdiam sekejap.
Sejujurnya aku tak tahu kenapa aku rasa berat hati sangat nak ke rumah keluarga Datin Zawati itu. Bukan sebab Wafi, tapi entah…“Sarah tak nak pergi rumah Auntie Za lah, Mama. Sarah nak rehatkan fikiran. Sarah nak tenangkan diri Sarah.” Balasku.
“Sarah tak nak temankan Mama pergi ke rumah Wafi?” soal Mama.
Aku tak tahu nak jawab apa.
Aku peluk Mama.
Aku harap sangat Mama faham.“Mama, maafkan Sarah. Sarah nak keluar jumpa Mira…” balasku.
Mama menarik nafas panjang.
“Orang lain lagi penting dari Mama?”
Soal Mama. Ya Allah…“Bukan macam tu, Mama…”
Serba salah dibuatnya aku.“Mama tak tahulah nak cakap apa lagi, Sarah…” keluh Mama.
“Mama, Sarah minta maaf. Sarah teringin sangat nak keluar dari kepompong hidup Sarah ini. Sarah nak hidup bebas macam orang lain, Mama. Sarah nak keluar belajar hidup berdikari. Sarah harap sangat Mama faham.” Ujarku memujuk Mama.
“Apa maksud Sarah?”
Berkerut dahi Mama.
Aku tahu Mama terkejut.Aku mendekati Mama, aku peluk Mama lagi.
“Izinkan Sarah keluar bekerja dan tinggal di rumah lain untuk sementara waktu ini, Mama.” Jawabku.
Mama tergamam pandang aku.
Ya, aku pun tak sangka yang aku akan cakap macam ini pada Mama.“Apa yang buatkan Sarah fikir nak keluar dari rumah ni? Sarah nak tinggalkan Mama seorang diri?” soal Mama.
“Bukan macam tu, Mama…”
Pujukku.Perlahan Mama melepaskan pelukanku. Diam sekejap.
Mama bangun dan terus keluar dari bilik. Cepat-cepat aku capai lengan Mama, ekori Mama sampai ke tangga. Perlahan Mama menepis tanganku. Aku dah sebak.
“Mama, Sarah cuma minta Mama faham Sarah. Itu saja.” Pintaku. Hatiku sebak dengan tindakan Mama. Aku tahu hati Mama terluka.
“Mama nak rehat. Sarah pun rehatlah.” Ujar Mama, terus berlalu masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualitéAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...