Ramai yang datang melawat aku silih berganti. Seorang demi seorang aku cuba ingat siapa tapi memang aku tak berjaya nak ingat. Tak ada pun muka-muka yang aku nampak familiar.Hari pertama aku tersedar dari koma, aku hanya kenal nurse, Dr. Haziq dan Mama.
Hari kedua ---
aku dah mula tanya Mama pasal famili kami. Papa bercerai dengan Mama. Aku jadi anak tunggal. Hari kedua jugalah, aku kenal sanak saudara dan kawan-kawan tapi tak semualah. Jenuh aku nak ingat semua.Hari ketiga ---
aku mula kenal Mira. Kawan rapat aku dulu sejak sekolah lagi katanya. Aku pun tak ingat siapa Mira ni tapi disebabkan dia dah kenalkan diri dan dia dia rajin berbual dengan aku dan Mama, jadi aku mula rapat dengan dia."Sarah, kawan-kawan kita semua dah tahu pasal Sarah. Diorang doakan Sarah cepat sembuh. Insya'Allah diorang nak datang melawat Sarah jugak nanti..." kata Mira.
Aku senyum.
"Terima kaseh, Mira..."
Mira angguk, senyum.
"Sarah..." panggil Mira perlahan seakan berbisik. Nampak seperti ada perkara yang nak disampaikan.
"Kenapa Mira?" soalku.
"Sarah pakai tudung ya. Kejap lagi ada pelawat lelaki..." ujar Mira.
"Tudung?" soalku.
"Ya, Sarah. Sarah pakai tudung ya?"
pujuk Mira.Aku lihat Mama.
Mama angguk. Seolah meminta aku bertudung juga seperti apa yang Mira cadangkan.Aku geleng kepala.
"Tak nak."
Mama pegang bahu Mira. Mungkin Mama mohon Mira bersabar. Mira senyum pandang Mama.
"Takpelah, sayang. Manalah tahu esok, lusa Sarah terbuka hati nak bertudung kan?" ujar Mama memujuk aku. Aku diam sambil mengalihkan pandangan ke luar jendela.
"Sarah, jom solat Zohor. Dah masuk waktu dah ni..."
ajak Mira. Aku terpinga-pinga."Solat?" soalku.
Mira cepat-cepat menoleh ke arah Mama."Sarah ingat lagi macam mana nak solat, sayang?" soal Mama. Aku nampak Mama panik.
Aku menggelengkan kepala.
Mama tarik nafas panjang. Mama senyum.Mama berbisik sesuatu pada Mira. Mira minta izin untuk bersolat dulu dan terus beredar. Sempat Mira menoleh ke arahku sambil tersenyum.
Selama seminggu tak putus-putus sanak saudara dan kenalan datang berkunjung. Mama cakap, masa aku koma, ramai yang datang bacakan Surah Yasin untuk aku.
"Surah Yasin?" monologku.
Aku cuba ingat...
"Surah Yasin tu apa?"Tak lama selepas itu, Dr. Haziq datang. Masuk seperti biasa dengan tugasnya. Periksa tekanan darah aku, periksa itu ini, entah apa lagi entah. Mama ada sekali bersama aku dalam wad ni. Dr. Haziq beritahu Mama supaya sentiasa buat aku happy. Jangan buat aku stress. Jangan terlalu push aku untuk ingat sesuatu. Mungkin belum sampai waktunya lagi. Nasihat Dr. Haziq pada Mama. Kalau boleh puan, jangan ada sebarang tekanan. Mama angguk.
Lepas Dr. Haziq keluar dari bilik, aku tanya Mama....
"Mama, siapa Abdullah Wafi tu?"
Mama senyum.
"Sarah ingat Wafi? Tapi Sarah tak ingat Mama?"
soal Mama seolah-olah merajuk. Aku peluk Mama erat! Aku senyum."Taklah, Mama. Sarah tak ingat pun siapa Wafi tu tapi hari tu Dr. Haziq ada bagitahu yang Sarah terlibat dalam kemalangan dengan Wafi. Wafi tu siapa, Mama?" soalku pula.
"Wafi tu lelaki yang rapat dengan Sarah. Dah lima tahun Sarah berkawan dengan Wafi. Dia dan Sarah sepatutnya bernikah hujung tahun ni. Tapi bila dah jadi macam ni, Mama tak tahulah macam mana. Sama ada majlis nak diteruskan atau terpaksa ditangguhkan...." jelas Mama.
"Batalkan." ujarku.
Mama terkejut.
"Batalkan?"
berkerut dahi Mama.Telefon bimbit Mama berdering. Mama menjawab. Perlahan. Tak berapa jelas butiran percakapannya. Telefon disimpan semula. Mama datang ke arahku...
"Wafi ada di luar. Dia nak jumpa Sarah."
ujar Mama.Aku angguk. Nak juga aku tengok rupa Wafi tu macam mana. Kot lah aku boleh ingat ke...
(bersambung........)
#AkuGadisLiar
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
EspiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...