Bagaikan terhenti degupan jantungku. Aku ambil masa untuk tenangkan diri. Baru aku ingat Dato’ Zahari yang ikat jamin aku dengan Doktor Haziq ketika kami ditahan reman di balai polis atas laporan khalwat dari orang awam, walhal masa itu aku dan Doktor Haziq sedang sibuk memindahkan kotak-kotak yang aku bawa dari rumah Mama. Masa ini jugalah aku terpaksa akur dengan kehendak Mama untuk bernikah dengan Uwais atas sebab tidak mahu melukakan dan mengecewakan hati Mama lagi.
“Adriana, boleh I bercakap dengan you?” pintanya melalui Messenger.
“Dato’ nak apa lagi dari saya?”
Balasku.“I tahu you belum kahwin, Adriana.”
Katanya.“Then, kenapa?”
Balasku.“Come on, Adriana…”
“I kenal you.”
“Let’s meet up, honey.”
“Janganlah sombong sangat. Let me call you. I still ingat suara manja you, gelak tawa you…”
Mesejnya tanpa henti.“ENOUGH!!!”
Aku dah mula meradang!“Dato’ Zahari, tolong jangan ganggu saya lagi. Saya merayu pada Dato’. Saya dah penat hidup macam dulu. Saya pernah terlibat dalam kemalangan dan saya tak ingat apa-apa yang berlaku. Tolong jangan ingatkan saya apa yang dah berlaku. Tolong, Dato’. Tolong” balasku.
Dato’ Zahari balas dengan emoticon senyum sinis. Aku stres.
“Adriana, you jangan lupa I dah tolong ikat jamin you dulu. You ingat ya Adriana… dalam dunia ini tak ada benda yang free pun...” katanya seakan mengugutku.
“Sekarang Dato’ nak apa? Saya bayar balik.”
“Adriana…”
“Betul you nak bayar balik?”
“I lagi berbesar hati.”
Katanya sambil membalas dengan emoticon ciuman. Aku dah rasa meluap-luap meradang.“Bagi nombor akaun bank dan total amount yang perlu saya bayar.” Balasku. Aku dah tak senang duduk. Rasa nak cepat matikan perbualan dengan Dato’ Zahari.
“Adriana…”
“I bukan nak you bayar dengan duit.”
Ujar Dato’ Zahari.“Then what?!”
Tanyaku. Semakin hilang sabar aku dibuatnya.Dato’ Zahari membalas dengan emoticon pelukan.
“Apa ni?!”
Soalku.“Come on, Adriana. Let me call you. Let’s meet up soon…” pujuknya.
“Tolong jangan ganggu saya, Dato’. Saya tak nak berkawan dengan mana-mana lelaki. Tolong hormat saya.” Rayuku.
Tiba-tiba Dato’ Zahari hantar gambar-gambar aku dan dia melalui Messenger. Mata ini bagai terpaku, tergamam dek dosa-dosa silam. Aku sebak, menangis kuat!
“Dato’ cuba nak ugut saya dengan gambar-gambar itu?” balasku. Air mata dah tak terbendung. Hati aku sakit!
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
(Tiada Tuhan selain Allah. Maha Suci Allah. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim)
Siapakah orang yang kita zalimi?
Orang yang kita zalimi itu sebenarnya adalah DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika gelisah resah sempit terhimpit, kita sebenarnya yang menzalimi diri sendiri. Kita adalah orang yang zalim. Kita tidak memohon menjadi zalim tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar kita mampu redha dengan takdir Allah SWT. Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT. Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. Selebihnya kita hanya mengikut kehendak Allah.

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
EspiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...