Terdiam aku sekejap. Segan, gugup, kelu semua ada. Bertuah punya Azreen!
“Sarah?”
Panggilnya.“Wa’alaikumussalam. Ya, ya. Sarah ada ni. Ada sini…” tergugup pula aku menjawab haha!
Kedengaran tawaan kecil Zaril.
Terasa berpeluh pula aku.
Ya Allah… apa teruk sangat aku rasa ni?“Sarah apa khabar?”
Tanya Zaril.“Alhamdulillah, sihat. Azreen mana?”
Soalku.“Azreen dah masuk bilik dia dah. Sarah tak nak cakap dengan saya?” tanya Zaril.
Azreen oiii. Lepas macam tu je telefon dekat abang dia. Terkelu lidah aku dengar soalan Zaril macam itu. Tak tahulah sama ada Zaril sengaja bergurau nak mengusik aku atau dia benar-benar nak bercakap dengan aku.
“Aqeela mana?”
Saja aku tukar soalan.
Malas nak jawab soalan Zaril.“Aqeela dalam bilik dengan Azreen. Hurmm… Sarah tinggal dengan Auntie Lina lagi, kan? Tak pernah pula saya terserempak dengan Sarah.” kata Zaril.
“Sarah jarang keluar rumah kalau tak ada apa-apa urusan.” balasku.
“Haaa… baguslah macam itu. Sarah duduk saja di rumah. Dalam Islam pun dah pesan, tempat terbaik untuk seorang perempuan adalah di rumah. Syaitan akan personakan setiap kali perempuan keluar rumah. Sebab tu perempuan senang jadi punca fitnah." katanya terus masuk ke dalam kepala otak aku.
"Susahnya jadi perempuan. Kalau orang jahil dengar perbualan kita, diorang akan cakap kita ini kolot. Silap-silap diorang kata Islam yang kolot sebab dikatakan perempuan tak boleh keluar rumah." Kataku.
Zaril ketawa.
"Betul. Dah nama pun 'orang jahil'. Sarah tahu apa maksud orang jahil? Orang jahil itu bukan selamanya tak pandai. Tidak. Orang jahil itu hanya belum berpengetahuan sedalamnya tentang Islam. Maknanya disini orang jahil belum cukup ilmu. Dia kena banyak belajar tentang Islam lagi. Sebab itu Imam Syafie berkata : Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”
kataya sambil tersenyum."Ya, Allah belum beri kefahaman agama padanya. Sebab itu sesetengah orang hanya nampak pada zahirnya saja. Belum sampai kemampuan untuk berfikir kenapa Islam meletakkan perempuan itu sepatutnya berada di rumah. Islam bukan kolot tapi Islam itu benar, dimana setiap kali perempuan keluar rumah, sememangnya syaitan mempersonakan perempuan itu. Perempuan itu nampak cantik, ia mempersonakan setiap mata-mata yang memandang, lalu ia mudah menjadi punca fitnah. Itu benar. Sebab itu Islam meletakkan perempuan itu tempatnya di rumah. Allah Maha Mengetahui." ujarku.
Dia senyum lagi.
Mungkin dia seronok sebab aku mudah faham."Islam tidak kolot. Perempuan bukannya haram keluar rumah. Boleh keluar. Keluarlah bila ada urusan saja. Islam meletakkan perempuan di rumah bukan saja kerana takut jadi punca fitnah, tapi juga perempuan perlu perbanyakkan ibadahnya di rumah. Tak ramai orang yang faham tentang ini. Bila seorang perempuan keluar rumah kerana bekerja atas niat ingin bantu suami dan keluarga, pekerjaan itu jadi ibadah dan besar pahala untuknya. Inilah dinamakan keluar rumah atas urusan." Jelas Zaril.
Aku terdiam sekejap.
Memikirkan masalah ummah, betapa ramainya dikalangan kita yang kurang didikan agama, termasuklah aku sendiri."Duduklah di rumah. Jangan ikut nafsu. Allah jaga kita. Allah sayang kita. Allah penyelamat kita di dunia dan di akhirat." pesannya.
Aku angguk.
Terima kasih atas nasihat dikala aku kurang waras.Allah.....
Apa yang aku belajar, JAHIL ini terbahagi kepada dua :
![](https://img.wattpad.com/cover/129864782-288-k596473.jpg)
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...