PART 40

277 4 0
                                    


Dari jauh aku lihat Aqeela berlari pantas menuju ke arah Zaril sambil menangis.

“Abi!!!”
Raung Aqeela.

Aku sebak lihat Aqeela memeluk erat bapanya selepas ditampar Mama. Aku benci Mama! Mama kejam! Perlakuan Mama itu tak sepatutnya berlaku di depan mata si anak gadis seperti itu.

Mama lantas menghampiriku dan menarik kasar tanganku. Perlakuan Mama seolah-olah sudah lama bersabar. Aku hanya membiarkan tindakan Mama menarik tanganku sehingga masuk ke rumah. Semua mata tertumpu pada kami. Para hadirin dah tak ramai. Hanya tinggal saudara-mara yang terdekat.

Mama menarik tanganku sehingga ke dalam bilikku. Mama lepaskan tanganku, Mama tutup pintu bilik dan sejurus itu, Mama menangis. Semakin lama semakin kuat tangisan Mama. Aku membiarkan Mama tanpa memujuk.

Blur.
Aku tak tahu apa emosi Mama tika ini.
Mahu dipujuk, dipeluk atau dibiarkan?
Aku takut tersilap pujuk karang, habis!
Lebih baik aku mendiamkan diri.

Lama Mama menangis.
Aku faham makna tangisan itu.
Tangisan meluah rasa.

Luahan yang tak mampu diungkap.
Luahan yang tak mampu diucap.
Luahan yang tak mampu diluah dengan kata-kata.

Aku terpandang smartphone ku di atas meja laptop. Dengan pantas aku mencapainya. Aku lihat di skrin telefon, on data internet dan hasilnya tujuh puluh tiga panggilan tak berjawab, tiga puluh dua SMS dan sebelas mesej dari WhatsApp.

WhatsApp dari Uwais paling menarik minatku. Aku senyum sambil membuka mesej WhatsApp dari Uwais.

“Pengantin Lelaki” monologku.

Tangisan Mama semakin reda. Aku pandang Mama. Mama duduk di atas katilku sambil melayan perasaan. Mama diam. Dari meja laptop, aku datang menghampiri Mama. Aku duduk disebelah Mama. Mama tetap mendiamkan diri.

“Mama dah beritahu keluarga sebelah pengantin lelaki yang Sarah dah lari.” Ujar Mama perlahan.

Aku diam.
Tak tahu nak balas apa.
Salah aku.

“Mama tak tahu apa yang akan jadi lepas ni.” Ujar Mama lagi.

Aku diam lagi.
Tak bersuara walau sepatah.
Aku hanya mampu mendengar bait-bait yang keluar dari bibir Mama.

Hati aku berbelah bagi. Tapi keputusan aku sekarang nampaknya aku terpaksa beralah. Aku tahu aku dah banyak kali malukan Mama dan Mama tetap bersabar. Aku tahu Mama emosi.

Mama diam.
Aku pun diam.
Kami masing-masing duduk dalam bilik yang sama dan duduk atas katil yang sama. Sebelah menyebelah tapi kedua-duanya kaku melayan emosi sendiri.

Aku tengok jam. Hampir ke pukul lima pagi. Aku terus dial nombor telefon Uwais depan Mama. Panggilan tak berjawab. Mungkin Uwais dah benci aku. Ada mungkin Uwais sedang berehat dari terus diganggu aku atau dia sedang berbincang dengan keluarganya, atau sedang mandi, atau dia sedang nyenyak tidur, atau dia sedang keluar berjumpa kawan-kawannya, atau…… ah! Banyak sangat kemungkinan.

Tiba-tiba Uwais hubungi aku semula.
Aku senyum pandang skrin smartphone.
Mama memerhatikan tingkahku.

“Assalamualaikum…”
Kedengaran suara lembut Uwais dihujung talian. Aku senyum. Mama pandang aku.

Tiba-tiba aku teringat suara Uwais suatu ketika dahulu masa kami sedang dilamun cinta.

“Wa’alaikumussalam.”
Jawabku. Aku senyum lagi.
Ada mungkin aku rindukan suara ini.

“Sarah ada dekat mana ni?”
Lembut suaranya dihujung talian.
Tiba-tiba aku jadi sebak.
Emosi merapuh!

Mama pandang aku.
Aku mula sebak, menangis…

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now