PART 1

1K 18 0
                                        

Zaman jahiliyahku cukup jahil. Aku sosial dan tak perlu kuceritakan tingkah sosialku. Boyfriend lain, scandal lain, yang berjinak² untuk menjadikan aku Sugarbabe pun ramai. Aku tolak tepi. Takut tak mampu melayan walau hidup mewah berhartakan dosa.

Satu hari, ditakdirkan aku dan Wafi (boyfriend aku) terlibat dalam kemalangan yang teruk. Wafi patah tangan dan aku cedera parah dikepala. Aku tak ingat apa yang berlaku. Sedar² aku di hospital. Keadaanku nampak baik, normal...

Aku celik mata. Aku pandang sekeliling. Ya, aku sedar aku berada dalam wad hospital. Privasi. Mataku redup tapi ligat pandang sekeliling sambil cuba ingat apa yang jadi. Gagal. Aku tak ingat apa². Aku cuba bangun, duduk atas katil, selak langsir. Bagaikan mata ini baru menerima cahaya, mataku terpejam dek cahaya matahari. Tutup semula langsir dan aku dikejutkan dengan suara seorang perempuan yang masuk ke bilik aku...

"Alhamdulillah... Sarah dah sedar!"
katanya sambil meletakkan beberapa fail dan dokumen di atas meja. Oh... nurse rupanya.

Aku senyum.

"Nurse..." panggilku.

Nurse senyum sambil menyahut panggilanku tapi aku blur. Aku tak tahu soalan mana yang patut aku ajukan.

"Kenapa Sarah? Sarah rasa macam mana lepas sedar ni?" soal nurse.

Aku still blur.
Sebenarnya nama aku sendiri pun aku tak ingat. Bila nurse panggil aku "Sarah", mungkin itulah nama aku.

"Nurse, nama saya Sarah ke?"
itulah soalan pertama aku.

Nurse tu senyum.

"Ya, nama awak Sarah. Sarah Adriana Binti Abdul Rahman." jawab nurse dengan senyuman.

"Kejap lagi Dr. Haziq datang check keadaan Sarah ya." sambung nurse.

Nurse dah keluar dari bilik. Aku terpinga². Aku nak tanya banyak soalan. Aku baru tahu nama aku Sarah. Umur aku berapa? Aku di hospital mana ni? Mana famili aku? Siapa famili aku? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Aku sakit apa? Dah lama ke aku dekat hospital ni? Ishhh!

"Assalamualaikum Sarah?"
Aku lihat seorang lelaki muda masuk ke bilik aku. Aku tengok nametag dia bertulis "Dr. Haziq Abdullah". Aku menjawab salam dengan muka masih berkerut, blur.

"Senyum sikit..." ujar Dr. Haziq.

Aku senyum tapi hambar. Still blur. Penuh tanda tanya.

Dr. Haziq mulakan tugasnya. Aku membiarkan dia melakukan kerjanya. Seorang nurse masuk ke bilik membantunya. Aku menarik nafas panjang, masih tak faham apa yang berlaku.

"Cik Sarah Adriana Binti Abdul Rahman, awak koma selama 72 hari di hospital ni. Awak cedera parah dikepala. Alhamdulillah awak selamat. Awak mungkin mengalami sedikit gangguan ingatan. Mungkin ada yang awak tak ingat, mungkin ada yang awak ingat. Takpe. Yang penting sekarang, awak dah sedar. Awak perlukan rehat yang cukup, then sikit² nanti kita ada rawatan untuk memulihkan semula ingatan awak, Insya'Allah." jelas doktor.

Aku diam.
Otak ligat berfikir.
Aku cuba ingat apa yang berlaku.
Tak ingat² jugak. Stress aku!

Doktor menjelaskan aku terlibat kemalangan dengan Abdullah Wafi Bin Zainal.

Abdullah Wafi? Siapa dia? Macam mana aku boleh eksiden dengan dia? Wafi tu siapa dengan aku? Siapa Wafi pun aku tak ingat. Haihhh...

"Mana Wafi tu sekarang, doktor?"
soalku.

"Ohh Wafi dah balik selepas seminggu menerima rawatan disini." jawab doktor.

Aku diam.
Otakku berfikir lagi.
Ligat cuba untuk ingat.

Dr. Haziq pandang aku. Senyum.
Malu pulak aku.
Dia datang menghampiri aku.

"Jangan stress. Rileks. Semuanya okey. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Insya'Allah nanti ingatan awak semakin pulih. Hari ini awak baru sedar. Awak kena rehat dulu. Kena happy. Jangan terlalu banyak berfikir. Jangan paksa otak kita untuk ingat. Rileks dulu. Rehat dulu. Jangan push diri. Saya tahu awak kuat. Kejap lagi famili awak sampai..." ujar doktor panjang lebar seakan memujuk. Dia tahu aku stress rupanya.

Sebaik doktor keluar dari bilik aku, datang seorang perempuan dengan air mata yang masih bersisa. Memanggilku dengan nama Sarah dan terus memelukku. Aku terpinga² namun masih mampu tersenyum. Aku membalas pelukannya. Entah kenapa, aku pun turut sama menangis. Merasa rindu.

"Ini Mama, Sarah..." ujarnya memperkenalkan diri dengan tangisan syahdu. Cukup aku merasakan ia. Rindu!

"Mama!" panggilku.
Aku menangis teresak² bersama Mama.

"Mama, maafkan Sarah. Sarah tak ingat..." bertambah kuat tangisanku. Mama peluk aku erat. Kami sama² menangis.

"Takpe, sayang. Asalkan Sarah sihat, Sarah dah sedar... Mama dah cukup happy. Sarah tak boleh balik lagi. Sarah ada rawatan susulan lagi disini, sayang. Sarah kuat kan? Bila Sarah dah sihat sikit nanti, kita balik ye nak..." pujuk Mama.

Tak lama lepas tu, aku tengok bilik aku semakin ramai yang datang melawat. Aku memang dah tak ingat siapa². Sorang² yang masuk ke bilikku terpaksa memperkenalkan diri atau aku terpaksa senyum sambil bertanya "Ini siapa?"

Semua yang hadir dah sedia maklum yang aku mengalami gangguan ingatan. Maka, tiada yang terasa hati bila setiap kali mereka masuk ke bilik aku, aku akan tanya "Ini siapa?"

Cuma... ada sesetengah dari mereka menangis bila aku tanya "Ini siapa?"

Mungkin keadaanku nampak terlalu naif sehingga teman² rapat pun aku tak ingat.

(bersambung.......)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang