... dan ayat aku itu habis setakat itu.
Tak tahu kenapa aku baca dengan linangan air mata yang mengalir laju, susah nak berhenti.Aku menghela nafas panjang.
Masih setia dengan sedu² yang masih bersisa. Aku meletakkan kepalaku beralaskan lengan kanan di atas meja laptop.Sambung nangis.
Jangan ditanya sebab menangis.
Perasaan aku bercampur-baur.
Aku tak ingat apa yang jadi.
Aku hanya baca pengalaman lampau diri yang pernah aku lalui.Sambil membaca apa yang pernah aku tulis tu, sambil aku cuba ingat apa yang pernah jadi antara aku, Wafi dan Uwais. Aku gagal untuk ingat kembali. Mungkin belum sampai waktunya lagi untuk aku ingat. Mungkin Allah tak izinkan lagi aku untuk ingat. Mungkin sebab Allah nak selamatkan aku dari sesuatu. Aku redha. Aku tahu Allah tu tak kejam. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.
Untuk sekian kalinya, tanpa disedari aku terlelap di atas meja laptop dengan air mata yang membasahi lengan kanan.
Aku terjaga lepas Mama membelai rambutku. Aku celik mata, tengok Mama senyum disisiku
Dah siang rupanya.
"Kesian anak Mama. Kenapa tidur depan skrin laptop ni?" tanya Mama.
Aku mengeliat perlahan.
Aku senyum macam nak, tak nak.
Aku pandang Mama, lama.Inilah perempuan yang melahirkan aku, mendidik aku, menjaga aku, memberi belanja aku, menguruskan makan, minum, pakai aku selama ini. Inilah perempuan yang hebat, yang cekal hatinya, yang kuat jiwanya kerana aku. Inilah perempuan yang masih bertahan kerana kedegilan aku, derhaka aku, tinggi suara aku, melawan dan memberontak aku. Inilah perempuan yang terbaik dalam hidup aku.
"Kenapa ni, sayang?"
tanya Mama bila aku pandang lama macam tu.Aku senyum.
"Sarah ada apa² nak cakap dengan Mama?" soal Mama.
Aku geleng.
"Jom kita beli baju nikah Sarah."
ajak Mama.Aku tersentak kembali.
Aku tak mampu nak buat apa.
Aku tak berdaya untuk menolak.
Mungkin inilah jalan hidup yang terbaik buat aku."Bila, Mama?" soalku.
"Sarah mandi dulu, bersiap, makan, then kita pergilah tengok baju mana yang Sarah berkenan. Simple. Color putih. Beli yang dah siap je. Then kalau labuh ke, kita alter." jawab Mama, senyum.
Aku tahu Mama excited.
Over excited."Kawen hujung bulan ni?"
soalku dalam keadaan mamai.Mama angguk, senyum.
"Dah tak lama dah hujung bulan ni. Lagi dua minggu!" jawab Mama penuh semangat.
Bermakna lagi 14 hari lagi aku nak bergelar seorang isteri. Isteri kepada Uwais. Aku tak boleh nak menolak. Aku dah janji dengan Mama, nak dengar cakap Mama, nak ikut cakap Mama. Setiap kali aku cuba memberontak, setiap kali itulah aku sakitkan hati Mama. Aku pernah mengandung, itu yang membuatkan hati Mama sakit, Mama malu sebab aku. Aku kena tangkap khalwat dengan Dr. Haziq, sekali lagi aku sakitkan hati Mama. Cukup. Aku tak mahu jadi anak derhaka lagi yang terus memalukan Mama. Aku sayang Mama tapi untuk berkahwin dengan lelaki yang aku tak pasti ini, aku berat hati. Uwais pilihan Mama untuk dijadikan menantu. Still buntu. Antara kehendak ibu dengan pilihan hati aku.
Kejamnya dunia kerana tidak memberi peluang untuk aku memilih.
"Sarah, jom!" ajak Mama.
"Mama, Sarah tak nak pergi. Sarah nak rehat. Sarah penat." ujarku.
"Sarah, bila lagi kita nak pergi ni? Masa dah suntuk." balas Mama.
Aku menghela nafas panjang.
Ya Allah... kenapalah Mama plan majlis hujung bulan ni kalau dah tahu tak sempat."Esok Insya'Allah, Mama."
ujarku.Mama pandang aku.
Mungkin Mama tak nak paksa aku.
Mungkin Mama redha dapat anak macam ni."Baiklah. Esok kita pergi. Jangan bagi alasan lain pulak esok. Hari ini Sarah rehatlah. Kalau Sarah nak makan, turun bawah. Makanan semua Mama dah siapkan, Mama dah hidangkan atas meja." ujar Mama.
Aku senyum.
Sakit belakang tidur atas kerusi.
Aku beralih duduk atas katil, then baring.
Aku terlelap terus.Bila aku terjaga, aku teringat Mira.
Berdasarkan atas apa yang aku baca semalam, Mira ada masa mula² aku kenal Uwais. Aku bawa Mira temankan aku start dari hari konvo Usroh!Dan otak aku berselang seli teringatkan Mira dengan Wafi. Mana Wafi menghilang? Mana Wafi sekarang?
Aku capai phone. Cepat² aku hubungi Mira. Mira tak jawab. Aku try hubungi Dr. Haziq, tak berjawab juga.
Mama datang ketuk pintu bilik aku.
Terkejut aku."Sarah tak mandi lagi?"
soal Mama."Sarah baru terjaga, Mama."
jawabku.Mama senyum.
"Sarah mandilah, bersiap dan terus turun bawah ya. Jangan lupa makan. Masuk angin perut tu nanti." Mama ingatkan aku.
"Ok, Mama."
Then Mama keluar dari bilik.
Telefon aku berdering. Aku tengok nama Uwais di skrin telefon. Aku jawab."Assalamualaikum, Sarah."
"Waalaikumussalam."
"Sarah apa khabar?"
soal Uwais."Alhamdulillah."
jawabku."Sarah okey?"
soalnya."Ok. Kenapa?"
"Mama dah bagitahu Sarah bila date nikah kita?" soalnya. Dengarnya Uwais ni excited lebih macam Mama.
"Uwais..."
panggilku tanpa menjawab soalan."Ya Sarah."
"Apa yang membuatkan awak suka saya?"
soalku."Bukan setakat suka, saya dah rasa sayangkan awak, Sarah." jawabnya.
Aku dah rasa nak muntah.
Really² stranger dah aku rasa Uwais ni."Jawablah soalan saya."
tegasku."Sarah, kenapa ni?"
soalnya. Mungkin tak selesa dengan pertanyaan aku tu."Jawablah Uwais. Baik awak berterus terang dengan saya, macam mana awak boleh kenal saya. Saya nak tahu dari awak, bukan dari orang lain." tegasku lagi.
Diam.
Dia menarik nafas panjang dan menghela perlahan. Mungkin cuba untuk mengawal diri.Aku tunggu bila dia nak mula bercakap.
"Dua tahun lepas, adik saya Usroh selalu bercerita tentang awak. Selalu sangat bercerita. Oleh kerana Usroh selalu sangat bercakap pasal awak, saya jadi nak tahu. Saya rasa mula tertarik dengan awak dari cerita² Usroh. Masa tu awak belum pakai tudung lagi. Usroh kata dia tak pernah jumpa awak dan teringin nak jumpa awak. Tak lama lepas tu, Usroh cerita yang awak dah mula pakai tudung dan saya bertambah rasa nak kenal awak. Saya yang mencadangkan supaya Usroh pujuk awak datang masa majlis Konvo Usroh. Masa tu awak datang dengan Mira."
"Then?"
aku minta dia sambung cerita lagi."Saya selalu ajak awak kawen sebab saya dah mula sayangkan awak. Tapi awak tolak banyak kali." suara Uwais semakin perlahan.
"Awak tahu saya ada Wafi?"
soalku."Tahu...."
jawabnya sepatah."Then?"
soalku. Hint untuk dia sambung cerita.
Aku nak dia jawab.Aku dengar suara tangisan perlahan.
Mungkin aku terlalu memaksa.Aku dan Uwais masih dalam talian.
Uwais kena jujur jawab semua pertanyaan aku. Dah tiba waktu kemuncak.(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
![](https://img.wattpad.com/cover/129864782-288-k596473.jpg)
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...