Aku menjawab panggilan telefon sambil mataku mencari nombor plat kenderaan Uber yang aku ‘order’ tadi.Pemandu itu memberhentikan kereta ditempat aku berdiri. Tanpa berlengah, aku terus buka pintu kereta, beri salam, perkenalkan diri dan terus masuk ke dalam kereta selepas dipelawa masuk. Sedikit pun aku tak pandang lelaki bertatu itu di luar perkarangan masjid.
Aku tinggalkan dia begitu saja.
Beberapa minit aku berada dalam kereta, pemandu Uber itu memperkenalkan dirinya dan memulakan perbualan.
Mungkin dia teruja dengan seorang Niqabis yang menjadi tetamunya kali ini, dia mula bertanyakan pendapat aku berkenaan sistem penghambaan di zaman Nabi… fuhh! Topik ini betul-betul di luar bidang aku. Dari penceritaannya, dia ini suka mengkaji perihal sistem penghambaan sejarah Islam dari zaman Nabi sehinggalah di zaman pemerintahan Uthmaniyyah.
“Sarah, saya nak tanya Sarah lah ye. Apa pendapat Sarah dengan sistem penghambaan dalam Islam? Sebab saya belum jumpa mana-mana Surah dalam Al-Quran yang mengharamkan penghambaan.”
Dia tanya.“HAMBA itu tidak haram dalam Islam.”
Aku jawab.“Pada pendapat Sarah, kenapa Islam membenarkan penghambaan?
Dia tanya.Fuhh!
Terkebil-kebil aku nak menjawab.
Harap-harap tak adalah orang yang beranggapan bahawa seorang perempuan yang memakai niqab ini adalah orang yang arif bab segala selok belok agama. Mampus aku nak perah otak menjawab semua soalan ni haha!“Apa yang saya tahu, pada zaman dahulu sistem perluasan kuasa adalah melalui peperangan. Dah jadi tradisi dan adat semua masyarakat tak kira barat atau timur, peperangan adalah satu cara untuk memperluaskan kuasa dan tamadun. Sebab itulah Islam juga menyarankan peperangan untuk membuka wilayah dan menyebarkan sistem pentadbiran Islam.”
Jelasku.“Setiap kali peperangan, ramai kaum lelaki akan mati. Wanita dan kanak-kanak dilarang untuk dibunuh. Islam membenarkan GHANIMAH iaitu harta rampasan perang dalam bentuk manusia iaitu menawan dan menyimpan hamba-hamba untuk dijaga dengan baik dan bukannya diabdikan seperti haiwan. Islam pun meraikan pahlawan Islam yang berjuang membela agama, maka dibenarkan taraf tawanan ini menjadi hamba. Oh ya! Islam juga menggalakkan umatnya membebaskan hamba melalui :
▶ tebusan
▶ wang
▶ atau melalui salah laku dalam agama seperti kiffarat dan dam (ibadat Haji).”
Sambungku panjang lebar.Pemandu Uber itu mengangguk tanda faham. Yang pasti, dia mungkin lebih arif tentang ini.
“Sarah tahu tak seorang tuan boleh melakukan hubungan seks bersama hambanya?”
Soalnya.
Membulat mata sepetku kahkah!“Dalam Islam seorang tuan dibenarkan bersetubuh dengan hambanya untuk menghasilkan anak dan anak hasil persetubuhan seorang hamba dengan Tuannya pula dikira sebagai seorang yang MERDEKA. Jika hamba perempuan itu melahirkan anak, hamba perempuan itu dipanggil sebagai Ummu Walad, yakni dia telah dijamin kebebasannya setelah kematian Tuannya. Sebab tu Islam menggalakkan tuan berkahwin dengan hamba wanita dan diberi mahar walaupun tidak diwajibkan.”
Jelasku lagi.“Yes! Sarah tahu kan seorang lelaki Islam hanya boleh kahwin sampai 4 orang isteri saja tapi bila berkahwin dengan hamba ianya tiada had?”
Aku senyum.
“Ya, benar. Sebab itulah ramai dikalangan raja-raja terdahulu berkahwin dengan ramai gundik dan dayang-dayang di Istana. Kesemua isteri ini sah dan melebihi empat orang dan anak mereka hasil hubungan seorang hamba wanita dan Tuannya itu adalah bebas dan merdeka tidak seperti ibu mereka (Ummu Walad).”
Jelasku.Tiba-tiba aku teringat kisah Safiah Binti Huyai dan Mariah Qibtiyyah. Kedua-duanya adalah HAMBA Rasulullah SAW.
Safiah Binti Huyai seorang hamba Rasulullah daripada tawanan Khaibar, akhirnya menjadi ummaha Mukminin sebab baginda memerdekakan Safiah sebagai maskahwin mereka dan beliau layak menjadi ibu-ibu mukminin.

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...