Dr. Haziq terkedu, memandang tepat ke arahku. Kemudian dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. Tunduk. Dia membetulkan tempat duduknya. Paniklah tu haha! Aku senyum. Nak tergelak pun iya juga.
"Sorry, sorry, sorry. Hehe! Sarah gurau je, Doktor." ujarku. Terasa benar Dr. Haziq kena buli.
Dr. Haziq senyum. Mungkin dia perasan yang aku sengaja mengusiknya.
"Saya keluar dulu ya, Sarah." pinta Dr. Haziq.
"Dr. Haziq... wait!"
Aku nekad tetap nak tanya Dr. Haziq.
"Masa mula-mula Sarah dihantar ke hospital ni, Dr. Haziq yang merawat Sarah kan?" soalku.
"Ya. Kenapa Sarah?" balas Dr. Haziq.
"Sarah pregnant?" soalku.
"Gugur..."
Perlahan Dr. Haziq jawab.
"Sarah ada ingat apa²?" soal Dr. Haziq.
Aku geleng.
Terasa hinanya!
Tiba-tiba aku teringat Wafi.
Aku jadi benci!
Dr. Haziq minta aku berehat. Dia tahu banyak benda yang aku nak tahu. Dia tahu aku runsing. Dia tahu emosi aku tak berapa nak cun tika ni.
"Sarah marah Wafi?" soalnya.
Aku menghela nafas panjang.
Melepaskan tekanan.
"Sarah yakin itu perbuatan Wafi sedangkan Sarah tak ingat apa yang berlaku sebenarnya?" Dr. Haziq bagaikan ingin aku berfikir, bukan menuduh secara melulu.
Aku diam.
Pandangan kami bersatu.
"Sarah rehat dulu ya."
ujar Dr. Haziq. Dia tak mahu aku terus melayan emosi.
Betul. Aku stress sangat malam tu. Aku capai ubat yang Dr. Haziq minta aku makan setiap kali sebelum tidur dan tak sedar entah bila masa aku terlelap entah.
Sebaik saja aku bangun dari tidur, aku nampak Mama di kerusi sebelah katilku. Dah siang rupanya. Aku panggil Mama, Mama senyum.
"Sarah okey?" tanya Mama.
Aku bangun. Duduk atas katil. Genggam tangan Mama. Mama bangun dari kerusi dan beralih duduk disebelahku. Aku paut lengan Mama, lentokkan kepalaku dibahu Mama.
Diam.
"Mama, maafkan Sarah atas apa yang berlaku sebelum ni..." pintaku.
"Mama sayang Sarah. Mama ada Sarah jer..."
"Mulai saat ni, Sarah nak ikut cakap Mama." luahku.
"Sarah...." panggil Mama perlahan. Lembut dan ada getar dihujung suara Mama.
Aku peluk Mama.
"Sarah kawen dengan Uwais ya..."
Tersentak.
Aku pandang Mama.
"Mama yakin Uwais boleh jadi suami yang baik untuk Sarah." ujar Mama.
"Mama berkenan dengan Uwais sebab dia nampak baik? Berjubah, berkopiah?" soalku.
Mama senyum.
"Dia pandai hormat orang tua. Mama suka akhlak dia. Macam mana dia didik Sarah dengan agama, famili dia dikalangan orang yang baik-baik. Mama harap anak Mama ni hidup dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mampu membimbing Sarah ke jalan Allah SWT." jelas Mama.
"Sarah liar sebelum ni kan, Mama?" soalku.
"Yang lepas tu biarlah lepas, sayang. Sarah kawen dengan Uwais ya?"
Aku diam.
"Mama dah bagitahu Uwais tentang ni. Mama yang melamar Uwais untuk Sarah."
jelas Mama.
Aku diam.
Lama.
Macam dah tak tahu nak cakap apa.
Uwais pilihan Mama.
"Uwais setuju nak kahwin dengan Sarah?" soalku.
Mama senyum.
"Siapa yang tak nak anak Mama ni?"
seloroh Mama.
Aku diam.
Otak aku still berputar.
Macam-macam aku fikir.
"Macam mana dengan dia, Mama? Uwais boleh terima baik buruk Sarah? Dia tahu tak siapa Sarah sebelum ni?"
"Sayang, lelaki yang baik adalah lelaki yang sanggup menerima apa pun diri kita. Baik buruk kita sebab dia tahu perkahwinan itu satu pelengkap hidup dimana buruk pasangan itu akan dilengkapi dengan kebaikan pasangannya. Uwais terima diri Sarah. Dia sendiri yang cakap dia nak jaga Sarah dan sedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Mama dah cakap, Mama suka sikap Uwais tu..." jelas Mama dengan senyuman yang jelas menggambarkan harapan dan kebahagiaan Mama.
"Sarah pernah mengandung. Uwais tahu ke Mama?" soalku.
Mama senyum.
Tanganku dipaut lembut.
"Semuanya dah selesai, Sarah. Uwais terima Sarah walau apa." ujar Mama.
Aku tak tahu nak cakap apa. Aku blur. Jiwa aku kosong. Demi Mama, aku turutkan. Rela, redha, kalau itu yang terbaik bagi Mama, kalau itu yang mampu membuatkan Mama bahagia.
Mama mengemas segala barangku. Aku bersiap untuk pulang ke rumah hari ini. Nasib baik aku sempat bagitahu Mira yang aku dah nak balik. Dr. Haziq berbual sebentar dengan Mama. Sayangnya aku nak tinggalkan wad ni. Mesti aku rindu nanti.
"Sarah..." panggil Dr. Haziq.
Aku menjawab perlahan. Sebak tiba-tiba.
"Ada rezeki, Insya'Allah kita jumpa lagi. Saya doakan Sarah cepat sembuh." ujarnya.
Aku diam.
Tak nak cakap.
Dr. Haziq senyum.
"Merajuk ke ni?" tanya Dr. Haziq.
Aku mengalihkan pandangan ke tirai. Aku tengok Mama tengah kusyuk mengemas barang-barang aku. Tiba-tiba Dr. Haziq menghulurkan satu bekas berisi Spaghetti Bolognise. Aku ketawa. Mama toleh pada aku dan Dr. Haziq.
"Apa tu?!" soal Mama seolah meninggi suara.
Aku ketawa pandang Mama.
Mama nak marahlah tu. Mesti Mama ingat aku yang minta Dr. Haziq bawakan bekal Spaghetti.
"Last! Last! Last! Ni last saya bawa Spaghetti."
jawab Dr. Haziq.
Hahahahaha!
Dr. Haziq gabra. Mama pun turut sama ketawa. Bergelak ketawalah kami. Dr. Haziq mengeluarkan satu lagi bekas yang berisi Spaghetti dari paper bag yang dipegangnya, lalu diberikan pada Mama. Mama terkejut.
"Eh, apa ni doktor? Doktor makanlah."
Mama menolak.
"Tak apa. Kita makan sama-sama. Yang ini untuk Auntie. Yang itu untuk Sarah. Yang ini saya punya." katanya sambil mengeluarkan sebekas lagi Spaghetti Bolognise.
Aku senyum.
Mama senyum sambil menggelengkan kepala.
Pagi tu, aku, Mama dan Dr. Haziq dengan selamba makan Spaghetti sama-sama dalam wad. Haha! Sedap! Berselera betul aku makan. Dah macam makan kenduri dah kami bertiga ni. Habis makan, Mama sediakan air untuk kami. Selesai makan, kami berbual sebentar. Mama minta izin untuk ke bilik air. Tinggal aku dengan Dr. Haziq.
"Dr. Haziq suka masak?" soalku.
Dia senyum.
"Suka masak kalau masakan kita tu dapat membahagiakan orang yang makan." then Dr. Haziq ketawa.
"Confident ke doktor masak tu boleh membahagiakan orang yang makan?" sakatku. Bertambah ketawalah kami. Saja mengusik. Seronok heeeee
Mama tiba-tiba datang pada kami lalu terus menjemput Dr. Haziq :
"Dr. Haziq, nanti Sarah nak kahwin. Jangan lupa datang, ya. Tempat doktor nanti, Auntie letakkan ditempat VVIP."
Dr. Haziq terkedu.
Aku nampak jelas air muka Dr. Haziq berubah.
(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...
