TRAVELOG

173 4 0
                                    

Malam Ramadhan ke-24 tahun 1437. Terasa gelapnya hidup. Trauma masih bersisa. Mungkin kerana masih baru, namun bibir ini masih mampu mengukir senyuman yang paling cantik, manis untuk dilakonkan. Aku sedaya upaya memendam namun pendaman ini ternyata merobek rentap tangkai nyawaku sendiri.

SURAT TERBUKA UNTUK SEORANG USTAZ TERNAMA.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Demi Allah, ustaz... saya trauma dengan apa yang dah terjadi. Saya telah pun memaafkan segala perbuatan ustaz namun untuk melupakan apa yang telah terjadi, saya sangat trauma, saya belum mampu untuk meluputkan apa yang ada dalam ingatan. Perkara ini bukan perkara main-main, ustaz.

Malam Ramadhan ke-25 tahun 1437, saya cuba menyedapkan hati sendiri. Saya beri peluang kedua untuk ustaz memperbaiki kesilapan semalam. Rupanya saya silap. Kesilapan saya sangat besar sehingga mengganggu hidup saya sendiri. Saya malu. Sangat malu, sehingga saya terpaksa 'mati'kan akaun Facebook personal dan akaun WhatsApp saya untuk sementara waktu semata-mata kerana apa yang dah berlaku. Saya cuba untuk tidak berhubung dengan sesiapa. Saya cuba untuk menyendiri.

Beberapa hari selepas saya aktifkan semula akaun WhatsApp saya, saya dapat mesej dari seorang perempuan kononnya bernama Zura dari Kulim, Kedah, berusia 23 tahun sebagai prospek untuk membeli Nougat Susu Unta. Saya melayan dia dengan baik sebagai prospek dan customer saya. Rupanya ada sesuatu yang disorokkan dari saya. Zura itu sebenarnya BUKAN ZURA, tapi dia adalah isteri Ustaz yang menyamar sebagai Zura.

Isteri Ustaz mula mendesak saya bertanya apa yang dah berlaku. Saya penat. Sedaya upaya saya mengelak. Ustaz nak saya tutup aib ustaz, tolong selamatkan hubungan ustaz dengan isteri... Ya! Saya turutkan tapi satu Ustaz perlu tahu... apa yang dah terjadi... Demi Allah, saya trauma!

Satu pesan saya pada Ustaz ---
jangan ulangi dosa itu lagi, Ustaz.
jangan ulangi perbuatan itu pada perempuan lain. Ustaz dikenali ramai, berpengaruh besar.

Satu perkara lagi, Ustaz ---
jangan kata saya gaduh dengan ustaz semata-mata nak selamatkan hubungan ustaz dengan isteri. Demi Allah, kita TAK PERNAH BERGADUH dan Demi Allah saya tak pernah ganggu ustaz MELAINKAN saya sendiri yang menjauhkan diri dari ustaz dan block Facebook personal ustaz semata-mata saya tak nak ingat apa yang berlaku.

Saya tahu kita semua diuji. Allah uji saya, Allah uji Ustaz, Allah uji orang-orang disekeliling kita. Allah memperlihatkan betapa lemahnya iman kita walaupun kita bergelar ustaz, ustazah, hatta berpakaian sunnah sekalipun ia tidak menjamin keteguhan iman kita. Manusia ini sangat lemah imannya. Tak kisah apa pangkatnya dalam agama, semua boleh jadi penunggang agama.

Ditulis pada 04 Syawal 1437.
Sembilan hari selepas kejadian.

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now