PART 37

274 5 0
                                    


Ya Allah… bagaikan nak terlepas telefon ditanganku. Aku tergamam, terkedu, degupan jantungku laju! Rasa terkejut, jadi longlai dan lemah. Terbungkam sejenak. Air mataku mengalir laju tanpa sedar. Ya Allah, apa aku dah buat ni?!

Aku cuai, alpa. Pregnancy Test yang aku test lepas bangun dari tidur awal pagi tadi, aku lupa nak simpan. Aku letak atas meja laptop dan tak beralih pun sampai Mama masuk ke dalam bilik aku tadi. Kalau nak keluar ke mana-mana selalunya aku akan kunci pintu bilik tapi entah kenapa hari ini aku lupa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Ketepukkk sebiji kena batang hidung sendiri! Aku nak kata apa lagi? Nak bohong lagi dengan Mama?

Demi Tuhan, aku rasa nak meraung.
Rasa nak mati masa tu juga.
Aku totally lost cause!

“Sarah?”
panggil Zaril berulang kali.

“Sarah?”
lembut panggilan Zaril tu.
Aku tergamam pandang Zaril.
Mataku meliar pandang sekeliling.
Ya Allah!

Eh, aku dekat mana ni?
Monologku.

“Sarah, Sarah okey?”
Tanya Zaril.
Mungkin dia panik nampak aku macam tak tentu arah.

Aku pandang sekeliling. Ini baru betul alam nyata. Rupanya aku masih lagi berada dalam kereta Zaril. Ya Allah, terima kasih kerana mengembalikan ingatanku sedikit demi sedikit, walaupun ia menyakitkan. Inilah kebenaran. Terima kenyataan walaupun ianya perit menyeksa.

Aku pandang Zaril, senyum kelat.

Aku baru saja teringat satu kepahitan yang sangat menghempedukan Mama selama ini. Allah… maafkan aku, Ya Allah! Apa yang dah aku buat ni? Sakitnya menjadi aku, sakit lagi menjadi Mama. Peritnya menjadi aku kerana perbuatan Uwais, perit lagi menjadi Mama gara-gara perbuatan anaknya sendiri! Aku berdosa, Ya Allah! Sangat berdosa pada Mama.

Ada hikmah kenapa Allah bagi aku ingat kesakitan ini sekarang. Dah sampai masanya. Macam dalam Surah At-Talaq, ayat 3. Itulah firman Allah. Kebenaran yang sungguh pahit untuk ditelan tapi Allah Maha Tahu. Diberinya aku ingatan tepat pada masanya! Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Allah dah meletakkan kadar pada tiap-tiap satu kejadian. Dah tiba masanya kenapa aku kena ikut cakap Mama. Allah dah bagi aku nampak segala dosa-dosa aku pada Mama supaya aku tak derhaka lagi. Ya, aku nampak semua salah aku. Allah dah bagi aku tengok supaya aku sedar, tak lupa diri. Aku dah tak pedulikan hati sendiri. Allah dah bagi aku rasa apa yang Mama rasa. Hati Mama lebih teruk aku ‘lanyak’.

Lama aku mendiamkan diri. Zaril macam tak tenang dan tak selesa bila keadaan aku diam macam tu.

“Sarah rasa Sarah dah mula ingat sikit-sikit apa yang dah jadi sebelum Sarah kemalangan dulu walaupun tak semua...” kataku perlahan.

“Alhamdulillah. Balillaha fa’bud wa kum minasy syakirin.” Lafaz Zaril.

Maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.
(Surah Az-Zumar : Ayat 66)

Aku diam.

Kemudian otak aku kembali ligat berputar cuba untuk ingat. Membungkam lagi, lagi dan lagi. Aku nampak kekalutan Zaril, mungkin dia tak selesa bila kami lama berdua dalam kereta. Tapi aku tak peduli. Aku sedang  melayan ingatan sendiri.

Zaril pandang aku.
Aku diam lagi.

“Sarah, kita balik ya? Dah lambat ni. Semua orang risaukan Sarah.”

Aku diam.
Tak jawab apa.

Memang dah sampai masanya aku ikut kemahuan Mama. Jelas aku bersalah dalam banyak hal sebelum ini. Mama seorang ibu yang tabah. Mama terpaksa ikut kehendak aku semata-mata kerana aku adalah anak tunggalnya. Tiada lain harta baginya selain aku. Mama lalui ujian getir membesarkan aku. Mama terima segalanya tapi kenapa bukan aku? Sekarang dah tiba masanya untuk aku balas segalanya untuk Mama. Mama nak aku nikah dengan Uwais, Mama nak aku jadi isteri Uwais, baiklah. Aku turutkan tanpa sedikit ragu. Semuanya kerana Mama, bukan aku.

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now