Aku nampak folder nama "DEAR WAFI".
Aku klik folder tu. Terasa rindu tiba².
Aku mula membaca.*******************************
Dear Wafi,
Maafkan saya atas apa yang berlaku. Semuanya salah saya. Awak baik. Awak perfect. Awak jaga saya seperti menatang minyak yang penuh selama kita bersama. Hubungan kita perfect. Bahagia, seronok. Gelak tawa kita, gurau senda kita berdua, semuanya membahagiakan. Tak ada sikit pun cela. Sungguh! Inilah hubungan yang paling membahagiakan.
Ingat tak kali pertama kita jumpa? Awak kata kita dah banyak kali terserempak dalam club. Macam² club sampai awak rasa kita ni macam berjodoh pula. Masa tu saya gelak kuat bila awak cakap pasal jodoh tu. Kelakar. Masakan saya rasa nak kawen dengan awak? Mungkinlah kita dah terserempak banyak kali dalam macam² club tapi saya tak perasan pun awak.
Yang saya ingat, kita dance di Blanc. Masa tu awak pickup saya dari meja bar sebab that time saya dah stoned giller dance tak ingat dunia. Semua orang usha awak sebab diorang ingat awak boifren saya masa tu. Saya pun pelik, kenapa saya boleh ikut awak hahaha! What the hell, dude?!
Awak ingat lagi masa tu? Saya tak mabuk, saya tak minum cuma keadaan saya tak berapa betul sikit masa tu. Stoned dengan pil² yang saya telan. Saya capai pole depan mata, saya dance lagi sampai puas. Awak tahu, Wafi? Setiap sorakan manusia dalam clubbing tu adalah satu kepuasan bagi saya. Setiap langkah tarian saya itu adalah hiburan untuk semua dan saya suka bila sorakan itu semakin kuat. Thank you Wafi sebab banyak bersabar dengan kerenah saya walaupun awak tak kenal saya lagi waktu tu.
Berapa ramai lelaki yang cuba tarik saya tapi awak lebih berkuasa masa tu. I adored your body, Wafi dan rasa seronok bila awak lebih bersifat pelindung saya. Bila saya dengan awak, tak ada mana² lelaki yang berani dekati saya.
Sober ---
Saya semakin reda.
Nafas semakin okey.
Awak bawa saya naik ke tingkat atas, awak dudukkan saya atas The Black Sofa tu diam², awak minta fellas awak jaga dan tengok²kan saya sekejap, then awak turun ke bawah. That time keluar pula lagu Bailamos. Semua fellas bersorak dalam club. Terasa romantiknyaaaa lagu tu.Dari atas saya nampak awak dance dekat bawah. Saya rasa awak lebih seksi menari tarian genre latin. Girls datang serbu awak. Awak dah leka, tak pandang saya. Entah kenapa saya jealous tiba². Bodohnya saya rasa padahal saya tak kenal awak pun. Saya berlari turun bawah, terus keluar dari pintu depan. Saya dah tak peduli apa² lagi dah. Saya tanggalkan kedua belah boots saya, then saya berjalan kaki macam tu je. Jaket saya buka, hanya tinggal tops tanpa lengan dan mini skirt yang membalut tubuh. Semua yang ada di luar club tengok saya.
Saya dengar ada orang yang cuba kejar saya dari belakang.
"You!!!" panggilnya.
Saya toleh, saya nampak awak kejar saya.
"You! Listen! I tak tahu You siapa and I tak tahu apa nama You. But please, follow me." kata awak penuh harapan. Saya ingat lagi ayat awak masa tu.
"Pergi jahanam."
saya balas.Then awak pujuk saya, awak merayu minta maaf, awak melutut, semua orang kat luar tengok. Saya pula yang segan.
"Ok."
sepatah saya jawab dan awak melompat say "Yes!!!"Semua fellas yang ada dekat situ tengok. Saya ingat saya seorang je yang gila rupanya awak lagi teruk.
Awak ambil jaket dari tangan saya, awak pakaikan semula jaket saya, awak ambil boots dari tangan saya, awak melutut, awak pakaikan boots saya sampailah sekarang.
Betapa romantiknya.
Kita berjalan bersama keluar dari tempat tu jalan kaki. Then saya kata saya penat. Awak dukung. Saya terkejut.
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...