Zaril duduk disebelahku dalam kereta.
Dia pandang depan sambil membetulkan tempat duduknya. Aku nampak bibir Zaril terkumat-kamit membaca sesuatu.Zaril pandang aku, senyum.
“Sarah, okey?”
soalnya.Aku angguk.
“Awak baca apa tu?”
soalku.Zaril senyum.
“Doa sebelum memulakan perjalanan. Subhanallazi shahorolana hazaa wamakunna lahu muqrininna wainnaila robbanaa lamunkholibun. Maksudnya, Maha Suci Allah yang memudahkan ini bagi kami dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tidak kerana kurnia-Mu. Sesungguhnya kami akan kembali kepada kepada Tuhan kami.” jawabnya.
Aku diam, pandang depan.
Aku tak tahu apa yang aku fikirkan.
Semuanya bercelaru dalam kepala.
Zaril pandang aku.“Sarah...”
panggil Zaril.
Aku pandang dia.“Betul tak nak buat medical check up ni?” soalnya lagi.
Aku angguk.
“Kita balik rumah Sarah, ya?”
ajak Zaril.“Tak nak.”
balasku.“So Sarah nak makan dekat kedai makan?” soal Zaril.
Aku angguk.
Zaril menghela nafas panjang.
Zaril tak pandang aku.
Pandangannya ke depan.
Kedua-dua tangannya pegang stering.“Saya kena beritahu Auntie Lina dulu yang saya bawa Sarah keluar makan.” perlahan Zaril bersuara.
“Kenapa kena bagitahu Mama?”
Soalku.“Eh, saya kena beritahu Auntie Lina. Saya tak nak Mama Sarah risaukan Sarah. Saya yang bawa Sarah sekarang ni. Sarah dalam tanggungjawab saya.” jelas Zaril.
Zaril nampak tak selesa bila kami berdua.
Aku diam.
Emosi membangkit.“Tak apalah. Awak baliklah seorang. Sarah boleh pergi cari kedai makan sendiri.” ujarku terus membuka pintu kereta, memulakan langkah.
“Astaghfirullahal'Adzim... Sarah!”
Panggil Zaril.Cepat-cepat Zaril keluar dari kereta dan pergi ke arahku.
“Sarah, janganlah macam ni. Saya ni tersepit dalam kedua-dua belah pihak ni. Saya kena jaga hati Auntie Lina yang dah tugaskan saya cari Sarah.” Luah Zaril.
Haaiih...
Kesian Zaril. Dia tak bersalah tapi penat agaknya dia nak hadap situasi tersepit macam ni. Antara tanggungjawab dengan hadap kerenah aku depan matanya.“Boleh awak biarkan saya pergi seorang diri?” soalku walaupun aku tahu jawapannya.
“Tak boleh, Sarah. Tak boleh. Sarah dalam tanggungjawab dan jagaan saya.” ujarnya.
Aku pandang Zaril.
Zaril tunduk.
Dia tak tahu nak buat apa.
Kami berada di luar kereta.“Macam mana awak boleh kenal dengan arwah Umi Aqeela? Sejak bila?” soalku senyum pandang Zaril. Saja aku nak tukar topik.
Zaril terkedu, terus pandang aku.
“Jom, kita masuk dalam kereta. Nanti saya cerita.” ajak Zaril.
Mungkin Zaril tak selesa bila orang ramai lalu lalang di sekitar hospital memandang ke arah kami.
Aku angguk.
Ikut ajakan Zaril.
Zaril membuka pintu depan untuk aku, aku masuk dan terus duduk.Zaril masuk.
Senyum kelat.“Ceritalah...”
pintaku.“Kenapa Sarah? Cerita lama dah tu...”
ujarnya.“Saja Sarah nak tahu...”
ujarku.Zaril menarik nafas panjang dan menghela perlahan.
Aku pandang Zaril.
“Dimana kita tadi?”
soal Zaril.Aku senyum.
“Macam mana boleh kenal arwah Umi Aqeela? Sejak bila? Tapi Zaril... kalau soalan Sarah ni sensitif, abaikan sajalah.” Aku baru tersedar. Mungkin soalan aku ini sensitif untuk Zaril jawab. Aku minta diabaikan soalan tadi.
“Jomlah gerak.”
ajakku.Zaril macam pelik.
“Kita nak ke mana?”
soalnya. Mungkin dia tahu aku tak nak balik.“Suka hatilah nak ke mana.”
jawabku acuh tak acuh.Zaril diam.
Lama. Mungkin dia blur.“Saya SMS Auntie Lina beritahu yang saya bawa Sarah makan, ya?”
Aku angguk.
Tak senyum.
Mungkin Zaril redha dengan aku kali ini.Lepas Zaril menghantar SMS pada Mama, dia simpan telefon dalam beg. Aku perhatikan Zaril.
“Sarah nak makan apa?”
soalnya.“Nak makan berat-berat ke ringan-ringan?” soalnya.
“Apa-apa pun tak apa. Tak kisah. Asalkan bukan makan di kedai makan berdekatan dengan area rumah Sarah.” ujarku.
Zaril senyum.
“Kenapa Sarah lari?”
soal Zaril mengubah tajuk bualan tadi.Aku pandang Zaril.
Zaril pandang aku tapi tak lama.
Dia segan, aku tahu.“Jom, jalan.”
ajakku.Zaril senyum.
Dia mula memandu.“Tak baca doa?”
soalku.“Dah. Dalam hati.”
jawabnya, senyum.Aku senyum.
“Sarah, awak nak tahu sesuatu?”
soal Zaril.(bersambung.....)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...