Baiknya hati aku ini. Kenapalah dari awal lagi aku tak terfikir yang Zura ini isteri kepada Ustaz Faiz. Oh! Baru aku ingat, Allah jualah yang menjaga hati aku supaya bersangka baik. Terima kasih, Allah.“Saya nak tahu apa Ustaz Faiz buat pada awak sebab saya isteri dia. Saya berhak tahu.” Kata Zura.
Sungguh! Aku kasihan pada Zura atas apa yang terjadi. Ya Allah! Zura tak bersalah dalam hal ini. Allah membolak-balikkan hati suaminya. Allah menguji suaminya dengan nafsu. Ternyata suaminya tewas dengan nafsu. Nafsu itu ditutup, dijaga, dilindungi namun ‘dibuka’ pada pandangan zahir suaminya.
Aku terdiam sebentar.
Aku cuba meletakkan diri aku ditempat Zura. Demi Allah, sakitnya aku rasa dikala suami yang aku sayang, suami yang aku percaya mengkhianati cinta. Berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram. Kalah dengan nafsu serakah. Suami yang dilihat suci, sebaliknya mengotori diri sendiri. Sebak, pejam mata, aku kalah dengan perasaan sendiri. Aku gagal bertahan, lantas itu aku menangis lagi.“Sarah, tolong beritahu saya apa yang suami saya dah buat pada awak? Kenapa ada aib suami saya yang awak simpan? Kenapa Sarah? Tolong beritahu saya apa yang suami saya dah buat?” pinta Zura.
Ya Allah. Masakan aku nak beritahu Zura apa yang dah berlaku? Aku tak sanggup. Aku tak nak Zura sakit. Aku tak nak Zura terluka dengan apa yang dah terjadi. Aku tak kejam nak buat Zura macam itu. Biarlah aku yang rasa sakit. Biar aku yang tanggung. Cukup aku. Jangan ada orang lain yang merasa bebanan yang aku tanggung.
“Saya nak tahu, apa aib suami saya yang awak simpan?”
“Sepatutnya semua aib suami saya, saya yang simpan tapi kenapa aib suami saya ada pada awak?”
“Tolong beritahu saya. Saya nak tahu.”
“Tolong.”
“Saya merayu.”
Mesej Zura masuk tak henti-henti.Demi Allah, sungguh aku terlalu kasihankan Zura. Sesungguhnya Allah jualah yang menjaga hati Zura. Allah jualah yang menjaga hati aku. Kalau Allah tak jaga hati aku ini, sekarang jugalah aku bagi Zura baca segala mesej-mesej suaminya dalam WhatsApp aku ini. Allah tenangkan aku. Allah sayang Zura. Allah sayang aku, sebab itu Allah pelihara aku dari bersikap kejam melukakan hati Zura. Allah jualah yang melembutkan hati ini dari tidak meradang bilamana si isteri menuduh aku mengganggu suaminya. Allah lembutkan hati aku. Zura tak tahu apa yang dah suaminya lakukan padaku. Lebih baik aku ‘simpan’. Biarlah rahsia ini aku pendam. Aku harap Ustaz Faiz tak ulang dosa ini pada perempuan lain.
“Zura sayang… jaga diri.”
“Tak ada apa-apa yang berlaku.”
“Suami Zura baik sangat.”
Aku balas dengan linangan air mata yang tak henti-henti. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Aku menanggung sesuatu yang sangat berat namun masih mampu menyimpan segalanya. Aku kuat kerana Allah. Hatiku lembut kerana Allah.“La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…” monologku cuba untuk memujuk diri.
“Sarah, tolonglah beritahu saya apa yang suami saya dah buat?”
“Demi Allah saya nak tahu…”
“Beritahu saya apa yang Sarah sembunyikan dari saya?”
Berkali-kali Zura merayu.“Dimana suami Zura?”
Tanyaku.“Dia tak ada. Dia keluar. Saya tak tahu dia ke mana. Ada urusan, katanya.”
Jawab Zura.“Sarah, beritahulah saya apa suami saya dah buat?”
“Demi Allah saya nak tahu.”
Rayuan Zura tak henti-henti.
Ya Allah…“Zura, saya cuma nak cakap, demi Allah saya tak pernah ganggu suami Zura.” Jelasku.
“Saya tahu tapi saya nak tahu aib suami saya apa yang Sarah simpan?”
“Tolong beritahu saya.”
“Tolonglah…”
“Janganlah seksa hati saya…”
“Saya nak tahu juga…”
“Tolonglah, Sarah. Saya merayu sangat…”
Ya Allah… luluhlah hati aku baca rayuan Zura banyak kali, tanpa henti dalam WhatsApp ini. Allah lembutkan hati aku dengan meletakkan aku ditempat Zura. Sungguh! Isteri mana yang tak sayang suaminya? Isteri mana yang sanggup aib suaminya disimpan oleh perempuan lain? Isteri mana? Isteri mana?!
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...