“Ehh… Islam ke dia?
Monologku.Terkebil-kebil mataku memandang lelaki bertatu itu di ruang solat muslimin di bahagian bawah. Aku pun berundur ke saf belakang sedikit dan mulakan dengan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Teringat dulu… Mira lah yang mengajar aku Solat Sunat Tahiyatul Masjid ini selepas aku kemalangan. Ketika itu aku bagaikan baru mengenal Islam semula. Huruf ‘Alif, Ba, Ta’ pun aku lupa. Setiap kali belajar, aku mudah lupa kalau tak amalkan. Ingatan aku tak kuat. Seringkali lupa kalau tak diulang baca. Kata Doktor Haziq, bahagian hadapan otak Serebrum yang mengawal ingatanku sedikit terganggu sejak kemalangan itu.
“Sarah tahu apa itu Solat Sunat Tahiyatul Masjid?” tanya Mira di suatu petang.
Aku senyum menggeleng perlahan.
“Dah lupa.”
Jawabku.Mira senyum pandang aku.
Dia tak pernah marah. Dia tak pernah memaksa. Lembut tutur katanya.“Apa yang Mira belajar, Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.” Jelas Mira.
“Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis sohih Imam Bukhari dan Iman Muslim : “Apabila salah seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” Kata Mira.
“Dalam sebuah riwayat yang lain juga disebutkan : “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” Kata Mira.
Dari sinilah aku belajar semula beberapa jenis Solat Sunat seperti Solat Tahiyatul Masjid, Solat Taubat, Solat Tahajjud, Solat Istikharah dan Solat Hajat untuk permulaan pelajaran Solat Sunat pertama aku dulu. Memang tak boleh lupa jasa Mira yang bukan saja sebagai seorang sahabat tapi juga sebagai seorang tenaga pengajar.
Usai Solat Sunat Tahiyatul Masjid, diikuti dengan Solat Maghrib. Setiap kali nak mulakan solat fardhu, hati ini memang mudah sangat sebak. Kali ini lain macam sebaknya…
Allah… teringat hari ini Allah perlihatkan kuasa-Nya lagi. Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab Allah SWT dah tunjukkan selama tujuh tahun perkenalan aku dengan Wafi, segalanya dah terbongkar. Banyak pembohongan dia sebenarnya tapi biarlah aku simpan dan pendam. Yang selama ini dia nampak baik, nampak bertanggungjawab menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh, nampak macam hero dalam hidup aku ini, rupanya lagi dahsyat, lagi menjahanamkan. Sia-sia aku ditipu selama tujuh tahun. Mengambil kesempatan atas kelembutan aku selama ini. Mengambil kesempatan atas kebaikan, wang ringgit, famili, nafsu. Mengambil kesempatan atas kepercayaan aku terhadapnya dan mengambil kesempatan atas kasih dan cinta yang pernah aku hamburkan. Perbuatan engkau adalah satu penganiayaan yang sangat kejam, Wafi.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas pembongkaran yang telah Engkau perlihatkan kepadaku. Semuanya adalah Laa hawla wala quwwata illa billah. Tanpa bantuan dan pertolongan Allah SWT, tak mungkin aku dapat jawapan ditipu dan diperdaya selama tujuh tahun begini.
Terima kasih, Allah.
Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Al-'Isrā', ayat 81 yang bermaksud :
"Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".Allahuakbar.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Inilah bukti Allah Maha Besar.
Allah Maha Berkuasa Atas Tiap-Tiap Sesuatu.Malu dengan Allah SWT dengan dosa-dosa yang banyak. Hati kerap tersentuh dengan setiap bacaan Al-Quran namun dosa semakin tinggi menggunung, payah untuk berhenti.
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...