PART 50

286 5 0
                                        


Aku tergamam, terkejut!
Aku capai sehelai tudung, terus sarung. Lintang-pukang aku turun ke bawah. Mama ikut aku dari belakang. Cemas pula aku tengok muka Mama.

Aku turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Berlari aku ke sliding door, nak tengok siapa yang ada di luar rumah. Aku toleh belakang pandang Mama. Mama berdiri di tepi sofa. Dari jauh Mama perhatikan aku, siap Mama mengintai-ngintai aku lagi. Aku semakin cemas.

Aku pandang di luar sliding door, mataku terpaku pada seorang lelaki berpakaian uniform lengkap. Ditangannya ada satu bungkusan yang tidak dapat aku pastikan. Aku toleh belakang cari Mama, Mama ketawa.

“Lelaki ini?”
Aku tanya Mama dari jauh.
Mama angguk, ketawa.

“Ini Posmen lah, Mama! Hahahahahahaha!!!” berdekah aku dekat tepi sliding door hahaha!

Ketawa kuat kami anak beranak. Mama kenakan aku. Siot. Patutlah Mama duduk jauh dari kedudukan aku, siap mengintai-ngintai lagi dari jauh hahaha! Terkena aku.

Aku buka pintu dengan tawaan yang masih bersisa. Aku kalau dah ketawa memang payah sikit nak berhenti. Mama mengekori aku dari belakang. Mama pun sama macam aku, tak habis lagi ketawa haha!

“Maaf, lambat.”
Sapaanku pada Posmen.
Dia senyum.

“Tak apa, tak apa. Amboi, seronoknya ketawa. Kalau semua orang senyum sambut Posmen macam ini kan bagus…” katanya.

Aku dan Mama ketawa lagi.
Hanya aku dan Mama saja yang tahu kenapa kami ketawa tadi haha!

“Cik Sarah Adriana Binti Abdul Rahman?” soalnya.

“Ya, saya.”
Jawabku.

“Ini ada parcel untuk Cik Sarah Adriana…” katanya sambil menyerahkan Consigment Note.

“Cik Sarah, sila isi Nombor Kad Pengenalan dan tandatangan disini.” Katanya sambil menunjukkan ruangan pada Consignment Note yang perlu diisi.

“Okey.”
Aku senyum sambil mengambil pen ditangannya.

Selesai. Aku serahkan Consigment Note pada Posmen.

“Ini parcel untuk Cik Sarah.”
Katanya.

“Terima kasih.”
Ucapku.

Mama mendekatiku dengan senyuman yang masih menguntum.

“Parcel apa itu?”
Soal Mama.
Aku tengok parcel, lihat bahagian pengirim.

“Ohh parcel dari syarikat Abang Khairul.” Jawabku.

“Abang Khairul?”
Berkerut dahi Mama.
Aku ketawa. Curious betul haha!

“Ya, abang. Lain mak, lain ayah. Tapi tetap hamba Allah.” Balasku. Mama cuit lenganku haha!

“Abang Khairul ini penulis buku.”
Jelasku.

“Ooo… Sarah baca buku ke?”
Tanya Mama.

“Tak. Hahahaha!”
Aku ketawa.

“Mama kenallah anak Mama ini tak suka baca buku…” ujar Mama.

Aku paut bahu Mama, lentok kepala dekat Mama, jalan beriringan ke dapur bersama. Mama senyum tengok kerenah manjaku.

“Sarah, kita nak keluar lunch pukul berapa ini?” tanya Mama.

Aku melirik pandang ke jam dinding.
10.55 pagi.

“Nak dekat pukul sebelas pagi dah, Mama.” Ujarku.

“Itulah. Tak sedar. Kejap saja masa berlalu.” Ujar Mama.

“Nak siap sekarang?”
Soalku.

“Nak siap apa? Mandi pun belum.”
Seloroh Mama.

“Hahaha! Mama lah sibuk sangat layan video Ustaz 'famous'.” Selorohku sambil tergelak tengok reaksi Mama.

REPOST : AKU GADIS LIARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang