Haaihh...
berhentilah memujuk aku!
Semoga hati aku kuat, kental, ego dan tak makan dek pujukan mana-mana lelaki.Masa berlalu silih berganti. Mama dah mula kenal Uwais. Setiap kali ada masa terluang, Uwais akan datang melawat aku seorang diri atau pun dengan Usroh dan Usna bersama kawan-kawan aku yang lain.
Wafi berada di Brunei atas urusan bisnes. Sesekali ada juga kami berhubung melalui telefon. Aku mula mengenali Wafi semula. Ada soulmate nya dengan Wafi ni. Wafi kelakar, banyak buat aku ketawa, kuat berseloroh, bijak buat keputusan, matang pemikiran, penyabar, penyayang, teman sharing aku dan macam-macam lagi. Senang cerita, aku ngam gila dengan Wafi.
Ukhuwah aku dengan Dr. Haziq semakin erat. Dia dah mula kenal aku, selami jiwa aku. Dia dah lama nampak aku ni manja macam budak-budak, mungkin sebab aku ini anak tunggal katanya. Dia kata aku dah mula bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan cuma aku kena berhati-hati. Jangan mudah meletakkan kepercayaan pada seseorang. Dr. Haziq bukan setakat doktor yang merawat aku tapi dia juga seorang yang banyak mengambil berat perihal aku.
"Mama, sebelum Sarah terlibat dalam kemalangan, Mama tahu tak Sarah berkawan dengan siapa?" soalku.
Mama sedang mengemas barang-barang keperluanku di wad hospital, terhenti sebentar.
"Sarah ramai sangat kawan-kawan. Mama tak kenal sangat siapa kawan-kawan Sarah. Yang Mama kenal hanya Wafi."
jawab Mama.Aku terdiam.
Mama datang menghampiriku, membelai rambutku."Uwais ada cerita dengan Mama bila dia kenal Sarah?" soalku.
Mama geleng kepala.
"Sarah nak Mama tanya dia? Mana tahu Uwais dapat bantu kembalikan ingatan Sarah." pujuk Mama.
"Tak, tak Mama. Bukan macam tu."
aku menghelakan nafas panjang.Diam.
Mama peluk aku.
Aku melentokkan kepala ke bahu Mama."Mama suka Uwais berkawan dengan Sarah. Dia nampak baik. Dengan jubah, kopiah, lembut tutur bicara, hormat orang tua..." perlahan suara Mama mengisi ruang petang itu.
"Mama tahu tak macam mana Sarah dan Wafi boleh terlibat dalam kemalangan tu? Sarah nak tahu, Mama..." luahku.
"Tak ada apalah, sayang. Dah ketentuan Ilahi. Kita tak mampu nak halang..." pujuk Mama.
"Ya, Mama. Ketentuan Ilahi. Cuma Sarah rasa macam ada sesuatu yang Sarah tak tahu..." ujarku.
Sekali lagi otakku ligat untuk ingat.
Tetap sama. Tak mampu ingat apa-apa."Sarah dah tanya Wafi apa yang jadi?"
soal Mama.Aku diam.
"Sarah rasa Wafi tak nak jawab..."
balasku sambil memeluk lengan Mama."Sarah tak ingat mana-mana lelaki yang Sarah kawan dulu selain Wafi?" soal Mama.
"Sarah tak ingat, Mama..." luahku.
Mama diam.
Aku tengok Mama.
Macam ada sesuatu yang tak kena."Mama ada sorok apa-apa dari Sarah?"
soalku.Mama lantas memelukku.
Tersentap.
Kedengaran suara tangisan Mama. Perlahan. Dalam kawalan."Mama! Kenapa ni?" soalku.
Mama kembali memelukku.
Kali ini pelukan Mama semakin erat.
Esakan tangisan Mama juga kedengaran kuat. Aku sedikit panik."Semasa kemalangan, Sarah disahkan keguguran..." luah Mama.
Tersentap!
Tangisan Mama semakin kuat.
Terasa seperti dipukul ombak ganas.
Terkedu.Wafi!!!
Aku menggigil tahan emosi. Aku capai phone. Tangan aku menggeletar. Aku cuba hubungi Wafi. Operator yang jawab. Hati panas. Mama peluk aku.
"Sarah, boleh Sarah kawen dengan Uwais?" pinta Mama.
Aku rasa nak pitam.
Rasa mual, pening.
Sakit kepala. Gelap dunia ni aku rasa.
Aku dah tak boleh nak bertahan.
Then aku tak tahu apa jadi........********************************
Aku celik mata. Aku tengok ada Mama, Dr. Haziq, Wafi, Mira, beberapa orang nurse yang bertugas, saudara-mara dan kenalan.
Apa pulak yang jadi dekat aku lagi ni...
monologku bagai melepaskan tekanan."Sarah..." panggil Mama.
Mama peluk aku.
Aku nampak Dr. Haziq senyum.
Wafi pandang aku....Aku benci Wafi!
Aku rasa aku dah banyak kali susahkan Mama. Kesian Mama.
Mama genggam erat tangan aku. Aku biarkan. Tak bermaya nak membalas genggaman Mama.
"Mama, suruh Wafi keluar dari sini. Sarah tak nak tengok muka dia lagi." tegasku.
Wafi terkejut. Jelas dari air mukanya.
Bagai ada sesuatu yang dia pendam."Sarah, bertenanglah sayang. Sarah rehat dulu." pujuk Mama.
"Masa melawat dah tamat."
ujar Dr. Haziq.Wafi akur.
Tak mampu berbuat apa.
Semua beredar.Wafi pandang aku seperti ada sesuatu yang dia nak cakap, seperti ada sesuatu yang dia nak ungkap tapi dia pendam. Dia diam. Aku nampak jelas mata Wafi berkaca menahan air mata. Aku dah tak peduli apa yang dia nak luah. Yang aku tahu, aku benci tengok muka dia!
Tinggal aku, Mama dan Dr. Haziq dalam bilik. Aku terbaring di atas katil wad. Mama dan Dr. Haziq minta izin untuk keluar sebentar memberi ruang untuk aku berehat. Aku cuba tenangkan diri sendiri. Cuba mengawal emosi sendiri. Cuba ubati luka sendiri. Aku akui, aku terlalu melulu membuat keputusan.
Malam tu aku hubungi Mira. Aku minta Mira berterus-terang segalanya tentang diri aku. Mira cakap pagi esok dia datang melawat aku di hospital.
Dr. Haziq masuk untuk checkup. Aku pandang Dr. Haziq, senyumannya tak macam selalu.
"Kenapa, Dr. Haziq?" tanyaku.
"Saya tumpang happy. Esok Sarah nak balik dah." jawab Dr. Haziq.
"Hah?! Balik?"
Dr. Haziq angguk.
Senyum kelat."Nak balik ke mana? Ni kan rumah Sarah?" aku masih dalam keadaan terkejut.
Dr. Haziq senyum, duduk disebelahku. Menarik nafas dan menghela perlahan.
Aku rasa lain. Macam ada yang tak best.
Dr. Haziq duduk sebelah aku pun, aku rasa lain.Dr. Haziq diam.
Aku pun turut sama diam.
Rasa macam banyak benda nak cakap, rasa macam banyak benda nak tanya, rasa macam banyak benda nak bual sembang macam selalu tapi lidah rasa kelu, tak terungkap. Lain macam rasanya malam ni.Dua-dua diam.
Aku dan Dr. Haziq.
Mata tak bertentang.
Dada terasa diasak-asak.Aku lantas memulakan bicara.
"Dr. Haziq tak sayang Sarah?"
(bersambung........)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
![](https://img.wattpad.com/cover/129864782-288-k596473.jpg)
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...