PART 61

236 5 0
                                    


“Hahahahahaha!!!”
Berdekah Hanis ketawa.

Orang-orang sekeliling menoleh ke arah kami. Hanis melepaskan tanganku.

“I baru gurau macam tu pun you dah gabra hahahaha!” gelak Hanis lagi.

Kecut perut aku!
Aku cubit manja jari manis Hanis.
Hanis senyum.

“Hidup dalam KL ni… bukan you tak tahu, Sarah. Bebas. Boleh buat apa saja. Lelaki kalau nak hidup mewah, jual diri layan Sugarmom. Hardcore sikit… layan Sugardad yang gay, main judi, jadi gengster, kongsi gelap, jadi bonzer, tokan jual dadah, jadi bapak ayam jual perempuan. Macam-macam lagi lah lelaki boleh hidup kaya-raya dekat KL ni. Yang perempuan tak payah cakap lah. Lagi senang hidup dari lelaki. Dapat ‘jerung’ besar… tak payah kerja. Goyang kaki je dah masuk duit beribu-riban.  Hanya iman yang menjadi pendinding diri. Tak ada basic agama macam I… habis! Sedangkan lelaki berkopiah, berjubah pun boleh hanyut dengan nafsu walaupun tinggi ilmu agamanya… apatah lagi yang tak pandai agama macam I…” luah Hanis.

Aku diam.
Merenung tajam ke anak mata Hanis.
Seolah-olah gadis cantik di depan aku ini punya sejarah yang sama macam aku.

Hanis senyum pandang aku, lalu cepat-cepat dia mengalih pandangannya. Aku lihat mata Hanis berkaca dari sisi tepi.

“Apa yang dah jadi sebenarnya, Hanis?”
Aku cuba memujuk.

Dia memandang aku kembali.
Seolah-olah cuba menahan sesuatu yang maha dahsyat untuk ditelan. Gugur juga air matanya.

“Hanis…”
Panggilku.
Rasa nak peluk dia.

Dia senyum.
Ketawa kecil sambil mengelap air matanya sendiri.

“Malulah I orang tengok I nangis haha!”
Tawaan kecil Hanis buat aku tertanya-tanya.

“Sarah, sebelum kita jumpa… sebelum kita kenal… I ada kenal seorang lelaki yang berlatar belakangkan agama. I tahu agama itu tak salah. Agama itu sempurna. Agama itu membawa kebaikan cuma kadangnya manusia itu hilang pertimbangan bila berdepan dengan nafsu. Lelaki itu nampak baik, Sarah…” luahnya.

Aku khusyuk mendengar.

“Teruskan…”
Pintaku.

“I terima dia sebab penampilan dia yang nampak baik. Kopiah dikepala yang tak pernah lekang, jubah yang setia ditubuhnya dan bibirnya yang sentiasa bercakap perihal agama. I kalah dengan agama yang dia bawa. Ternyata dia seorang penunggang agama yang baik. Rupanya dia banyak hutang, sampai tak terbayar. Akhirnya dia cuba jual I…” menggigil tangan Hanis menghabiskan ayat terakhir.

Aku bangun, duduk disebelah Hanis lantas memeluknya erat!

“Cukup, Hanis… cukup.”
Pujukku.

“Bakhtiar namanya… Bakhtiar…”
Hanis menangis sambil menyebut nama itu.

Aku diam sambil menepuk-nepuk lembut belakang Hanis. Nampaknya bukan aku saja menjadi mangsa.

Aku tak nak Hanis menghabiskan ceritanya sebab aku tak nak ia mengeruhkan lagi suasana. Aku tak nak emosi Hanis terganggu. Aku nak Hanis tenang. Aku baru tahu, rupanya selama ini ada sejarah hitam yang disimpan rapat olehnya.

“Kita kenal di M.O.S Club. I tak kenal you siapa. Kita borak-borak, gelak-gelak, minum-minum. Kita jadi kawan. I pelawa you datang rumah. Kita jadi rapat sampaikan you tak nak balik rumah. Kita stay sama. Kita bercuti bersama. Bahagia yang I rasa tak sama dengan lelaki lain. I tahu hubungan kita salah tapi untuk melupakan sengsara lampau I hampir dijual oleh lelaki yang menunggang agama itu, I dah tak peduli dengan agama. I sayang you sangat-sangat. You tak kisah dengan banyak hal. Kita happy. Kita pergi SPA dan salun sama-sama, makan, mandi, tidur sama, overdose sama-sama, high sama-sama, tengok wayang, clubbing. Kita cipta banyak kenangan bersama sampai I lupa yang I pernah sakit dek kerana lelaki yang menunggang agama tu. I langsung tak ingat pasal mana-mana lelaki. Kenangan kita bersama itulah yang buat I lupa sejarah hitam yang pernah terpalit di sudut hati. Terima kasih, Sarah.” Ujar Hanis menceritakan tentang kenangan kami.

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now