TRAVELOG

182 3 0
                                    

Dia seorang PEREMPUAN.
Allah pilih dia lalui zaman jahiliyah yg paling dahsyat sebelum ini. Hidayah itu milik Allah. Sekali lagi Allah pilih dia. Dia berhijrah & kembali pada Allah.

Kau LELAKI.
Kau nampak PEREMPUAN yang lalui zaman jahiliyah itu, tiba² kau suka pada PEREMPUAN tu. Kau tertarik padanya. Lalu, engkau cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Laa hawla wala khuwwata illa billah.

Kau dapati terlalu ramai lelaki yang meminati dia, suka dia, lamar dia. Kau dapati juga, dia kenal ramai lelaki lain sebelum dia kenal engkau.

Maka,
engkau nak salahkan dia sebab kenal ramai lelaki?

Adakah engkau lupa bahawa hidup dan mati itu milik Allah?

Tidakkah engkau tahu setiap aturan hidup ini telah diaturkan oleh Allah SWT?

Sedarlah...
Belajarlah, dalamilah...

Allah yang telah mengaturkan hidup dan matinya. Allah jualah yang menghadirkan lelaki² dalam kehidupan lampaunya. Allah jualah yang beri dia peluang merasai zaman jahiliyah itu. Allah jua yang kembali memimpin hatinya. Allah itu Maha Penyayang. Allah tak kejam menganiayakan hamba²Nya.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran Surah Aţ-Ţalāq, ayat 3 :

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan, sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Dalam Al-Quran Allah SWT dah jelaskan terang-terangan. Kau masih lagi tak nampak?

Kalau engkau rasa 'tak best' bila perempuan itu kenal ramai lelaki sebelum dia kenal engkau, mohon tinggalkan perempuan itu, jangan kacau dia dan pergilah engkau mencari perempuan² yang 'suci' dari pernah mengenali mana² lelaki.

:)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now