Aku tak tahu nak menangis ke nak ketawa, tapi aku dah ketawa dulu dah wakakaka! Tak tahulah apa motif dia siap-siap tunggu aku dekat bawah ni haaa... lawak memang lawak tak tahulah apa nasib aku lepas ini. Kena maki hamun ke apa... aduih..."Sengetkan kaki turun tangga tu. Tengok bawah!"
katanya seolah-olah mengarahkan aku."Haaa lah... orang tengok bawahlah ini..."
balasku."Haaa... melawan!"
katanya."Hahahaha!"
akhirnya terhambur aku gelak.
Mana nak tahan, beb.
Dah lah perut aku lapar ni haha!Dia perhatikan je kaki aku turun tangga. Muka aku dia tak pandang langsung. Dia tengok kaki aku je turun tangga. Mungkin dia takut aku jatuh tangga lagi. Senyum tidak, muka kelat. Hawau betul, kata Orang Melaka haha!
Lepas aku turun bawah, dia terus berlalu pergi macam tu saja kahkah! Pertama kalilah aku jumpa lelaki 'keras' macam ini. Tak boleh jangka betul perangai dia. Kira okeylah itu. Nasib baik dia tak maki aku tadi. Rupanya setakat nak pastikan aku turun tangga dengan selamat dan dia terus blah haha!
Sampai di ruang legar depan masjid, aku nak pakai kasut, aku nampak dia dari jauh nun sedang hisap rokok di bawah pokok pinang. Dengan suasana bising disekeliling sebab kawasan persekitaran masjid masih dalam pembinaan bangunan-bangunan baru.
Sambil pandang dia, serba salah aku. Jaketnya dibuka. Dari jauh aku nampak tatu di kedua-dua belah lengan. Macam mana nak minta maaf dekat dia ini? Dah lah rupa gengster gitu. Kasar pula. Senyum jangan haraplah.Muka ketat. Suara keras. Silap-silap boleh kena tempik dekat situ juga.
Tak minta maaf karang, aku takut dia berdendam macam apa yang Mama cakap semalam. Tapi aku bukan berani sangat pun nak berdepan dengan dia. Karang buat-buat dia marah aku balik? Aku yang sakit. Tapi kalau aku dah pernah buat salah, menyakiti hati orang, memang kena minta maaflah. Lama pula aku berfikir sambil pakai kasut boots. Terkelip-kelip mata aku sambil berfikir. Macam mana nak ambil peluang minta maaf ini? Nak minta maaf atau terus balik?
Firman Allah SWT dalam Al-Quran :
"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."
(Surah At-Takwīr : Ayat 29)
Aku bangun dari pakai boots, tiba-tiba dia dah tunggu di luar tempat letak kasut jemaah. Berderah darah aku!
"Siapa nama kau?"
dia tanya.
Wahhh... dah tak ada 'lu-lu' dah."Adriana... Sarah Adriana."
tergagap-gagap aku kahkah!
Apa teruk sangat penakut aku ini...Lepas tanya nama aku, dia terus blah!
"Lah... itu je?"
monologku haha!
Misteri sungguhlah dia.
Tak sempat aku nak minta maaf.
Aaahh... lantak dialah.Aku melangkah melepasi perkarangan masjid Asy-syakirin. Sedang berjalan, telefonku berdering. Cepat-cepat aku selongkar dalam beg cari telefon, takut terputus. Tengok nama Mama di skrin telefon.
"Assalamualaikum, Mama."
cepat-cepat aku jawab panggilan telefon."Waalaikumussalam. Sarah dekat mana?"
soal Mama."Dekat masjid, baru habis solat. Kenapa Mama?"
soalku pula."Mama nak keluar ni. Nak ke Melawati Mall tengok-tengok barang dapur sikit. Sarah lambat lagi ke balik?"
tanya Mama.Aku dia sekejap.
"Tak pasti pulalah, Mama. Kenapa, Ma?"
soalku."Kalau Sarah nak temankan Mama, nak ikut Mama, Mama tunggu Sarah balik. Kalau Sarah tak nak ikut Mama, Mama pergi dululah. So, macam mana?"
tanya Mama lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualitéAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...