Mama menyambut kad kahwin bersampul warna biru muda metallic yang dihulurkan Wafi. Nampak mewah kad kahwinnya. Aku masih diam membatu.“Okeylah. Saya minta diri dulu ya, Auntie Lina.” Kata Wafi.
Mama angguk.
“Bye Sarah.”
Katanya.Aku angguk, diam.
Aku menghampiri Mama sambil mengucapkan selamat jalan pada Wafi.“Sarah okey?”
Tanya Mama.“Okey.”
Jawabku.“Betul ini?”
Tanya Mama.Aku angguk.
“Sarah lapar…”
Jawabku.
Mama ketawa.“Dah lah. Jom…”
Ajak Mama.
Masuk kereta, Mama pandu, jalan.
Aku dan Mama tak banyak cakap dalam kereta. Mama buka radio. Lagu 'Hymn For The Weekend' berkumandang di corong radio.“Oh I, oh I, oh I…
Got me feeling drunk and high…
So high, so high…
Oh I, oh I, oh I…
I'm feeling drunk and high…
So high, so high…”Aku ikut nyanyian itu . Sesekali Mama toleh pandang aku, senyum.
“Kenapa Mama pandang Sarah macam tu? Haha!” aku ketawa.
Mama senyum jeling aku disebelahnya.
“Lain macam je lirik dia…”
Kata Mama.
Aku diam pandang depan.“Mama, Sarah nak kongsi satu cerita dengan Mama…” ujarku memulakan bicara.
“Ya, Sarah. Apa dia?”
Balas Mama.“Sarah pernah dengar Ustaz Zaim beritahu di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' yang berasal dari anak kala jengking. Saiz Huraisy ini besar sangat! Saiz dia dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya :
Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana
dan siapa yang kau cari?Huraisy pun menjawab :
Aku mahu mencari LIMA ORANG :1. Orang yang meninggalkan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
4. Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
5. Orang yang suka minum arak.”Mama khusyuk mendengar.
“Takutnya Mama…”
Sesekali Mama menoleh ke arahku.“Sarah ingat tak Surah Al-Muddassir, ayat 42?” tanya Mama.
“Ingat, Mama. Allah SWT berfirman : Mâ salakakum fî saqar.” Jawabku.
“Haaaa pandai pun! Maksudnya?” tanya Mama.
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar?” jawabku.
“Pandai anak Mama! Saqar itu apa, Sarah?” tanya Mama. Nak tergelak aku dibuatnya.
“Saqar itu adalah nama salah satu Neraka. Dalam Surah Al-Muddassir juga, ayat 29-30 disebutkan bahawa Neraka Saqar itu adalah Lawwahatul lil-basyar iaitu Neraka Pembakar Kulit Manusia. Di atasnya dijaga oleh malaikat sebanyak sembilan belas.”
Jawabku. Mama senyum.“Sarah ingat lagi apa yang membuatkan kita masuk ke Neraka Pembakar Kulit Manusia itu?” tanya Mama.
“Ingat, Mama. Qalu lam naku minal musallin, wa lam naku nut’imul miskin, wa kunna nakhudu ma’al-kho’idin, wa kunna nukazzibu bi yaumid din, hatta atanal yaqin.” Jawabku.
“Maksudnya, Sarah?”
Traffic Light merah.
Mama jeling pandang aku disebelah.“Apa yang membuatkan kita masuk ke Saqar ada EMPAT SEBAB. Yang pertama adalah sebab kita tak solat. Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab. Kalau kita lewat solat pun, kita dah masuk neraka, apatah lagi kalau kita tak solat. Nauzubillah min zalik. Berapa lama pula kita berada dalam Neraka. Kedua, sebab kita tak bersedekah atau tak beri makan pada orang miskin. Ketiga, kita berbicara hal bathil dan keempat adalah kita mendustakan hari kiamat sampai kita mati.” Jelasku.
“Sebab itu kita wajib bertaubat sebelum kedatangan ajal. Kita mati pun tak tahu bila, sebab tu kita wajib hidupkan persediaan untuk mati. Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zumar, ayat 53: Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Ujar Mama.
Aku menarik nafas panjang, menghela perlahan. Termenung sekejap. Teringat apa yang dah berlaku. Tapi tak pernah pula aku menyoalkan kenapa Allah aturkan hidup aku macam ini. Pernah aku terbaca satu artikel berkenaan komen seorang lelaki yang menyoalkan kenapa gadis yang pernah hidup dalam jahiliyah seperti aku diminati ramai lelaki. Ya, aku tahu diminati oleh ramai lelaki ajnabi itu adalah aib, namun tidakkah kalian tenang, diam dan berfikir mengapa Allah aturkan hidupnya begitu? Allah jualah yang mengatur dan menetapkan takdir dalam hidupnya. Andai manusia bisa memilih takdir, pastinya bukan ini pilihan hidupku.
Tanpa sedar…
Aku mengeluh perlahan. Manusia punya fahaman-fahaman agama mereka sendiri.“Sarah?”
Panggil Mama.
Aku pandang luar kereta.“Dah sampai.”
Kata Mama.“Jom.”
Aku ajak Mama.“Sarah okey?”
Tanya Mama.“Okey.”
Sepatah aku jawab.
Mama senyum.Lepas makan, kami singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan Solat Zohor. Lepas solat, kami balik. Mood aku ke laut. Banyak diam membatu. Mama pun layankan saja aku. Sampai di perkarangan rumah, Mama parkir kereta, matikan enjin. Aku nampak Mama seolah-olah mencari sesuatu yang hilang.
“Mama cari apa?”
Soalku.
Mata Mama pandang kiri dan kanan sisinya, depan, belakang dan bahagian bawah tempat duduk.“Sarah nampak kad kahwin yang Wafi bagi tu?” soal Mama.
“Ooh… tadi Mama letak Mama?”
Soalku pula.“Entah. Rasa ada dekat tempat duduk belakang.” Jawab Mama.
“Kalau Mama letak dekat seat belakang, mesti ada.” Ujarku.
Aku tolong Mama cari kad kahwin itu pun tak jumpa. Pelik. Kelakar pun iya. Takkan boleh hilang.
“Mana pula kad tu?”
Bebel Mama.
Nak tergelak aku tengok Mama. Kad je pun.“Tak apalah, Mama. Nanti Sarah minta kad yang lain dekat Wafi.” Ujarku.
“Ishh… takkan nak minta lagi. Tak payahlah.” Kata Mama.
“Habis itu?”
Soalku.“Kita masuk rumah dululah…”
Ajak Mama.Lega betul bila dah masuk rumah. Aku minta diri nak berehat dalam bilik. Mama pesan supaya jangan sampai terlelap sebab waktu Asar dah nak dekat. Masuk dalam bilik, aku hubungi salah seorang jemaah Masthurat, Zee.
“Assalamualaikum Zee.”
Aku beri salam. Rindu dekat Zee!“Waalaikumussalam Sarah. Allah, Sarah apa khabar? Sihat?” tanya Zee.
“Alhamdulillah, sihat Zee.”
Jawabku.“Sarah okey ke ni?”
Macam biasa, inilah soalan yang selalu Zee tanya aku bila dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan aku. Aura dia kuat!Aku diam sekejap. Serba salah aku nak cakap namun hati ini meronta-ronta untuk merungkap. Ya Allah, kuatkan aku Ya Allah. Hatiku sebak, mataku kabur, air mata kembali menitis. Aku kalah…
“Sarah, kenapa ni sayang?”
Lembut suara Zee bertanya. Aku tahu Zee sayang aku. Allah pertemukan kami di Facebook dan kami bertambah rapat bila kami sama-sama menyertai jemaah Masthurat.“Sarah, janganlah diam macam ini. Sarah ceritalah. Kongsi dengan Zee. Zee ada dengan Sarah…” pujuk Zee.
Nak telan air liur pun aku rasa payah. Allah…
“Zee…”
Panggilku bagaikan ingin memulakan bicara. Berat aku rasa. Tapi aku tekad!(…..bersambung)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...