"Sarah, ada betulnya mungkin Allah bagi kita lupa benda lama supaya kita dapat mulakan hidup baru tapi jangan sesekali kita ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Mentang-mentang Sarah dah tak ingat, senang-senang orang lain nak ambil kesempatan? Memberi alasan pada mangsa supaya kita dapat menutup salah sendiri, itu bukan pilihan terbaik. Sarah ada diari sebelum ni?" tanya Mira.Aku diam.
Tak tahu atau aku lupa."Sarah tak ingat." jawabku.
"Cuba Sarah selongkar bilik sendiri. Mana tahu kalau² Sarah terjumpa sesuatu yang boleh kembalikan ingatan Sarah. Mira kalau boleh tak nak masuk campur dalam hubungan Sarah tapi dalam masa yang sama Mira tak suka orang lain ambil kesempatan." jelas Mira.
Aku diam.
"Sarah, Mama Sarah mungkin tak tahu pasal ni. Yelah, orang tua kan? Dia hanya nampak kebaikan yang terzahir dalam diri seseorang itu saja. Manusia kalau nampak seseorang tu baik, terus berkenan. Terus suka. Dulu, Sarah tak rapat dengan Mama. Sarah keluar rumah sesuka hati tanpa pengetahuan Mama. Sarah keluar rumah tanpa izin Mama. Bila Mama tak izinkan, Sarah memberontak. Sarah tak banyak bercerita dengan Mama. Sarah banyak luang masa dengan kawan-kawan dekat luar. Yang banyak kenal Sarah adalah kawan-kawan, bukan Mama. Sarah berkawan dengan Wafi, Mama Sarah tahu sebab setiap kali Sarah keluar dengan Wafi, Wafi yang akan minta izin dari Mama untuk bawa Sarah keluar. Sarah kawan dengan Uwais, itu rahsia. Tak ramai yang tahu. Mama langsung tak tahu. Wafi pun tak tahu." jelas Mira panjang lebar.
Aku diam.
"Esok famili Uwais nak datang rumah kami. Nak tetapkan tarikh majlis kami." ujarku perlahan. Langsung tak semangat.
"Sarah dah bersedia untuk terima apa-apa kemungkinan?" soal Mira.
Aku diam lagi.
Blur. Aku rasa tak kuat."Sarah tak ingat apa-apa pasal Uwais?"
soal Mira lagi."Sarah tak ingat...."
aku mula menangis."Sarah. Sabarlah. Sementara Sarah ada masa, Sarah cari apa yang ada dalam bilik Sarah. Mira harap Sarah jumpa sesuatu yang mampu mengingatkan Sarah semula. Handphone Sarah yang lama dah tak ada kan?" soal Mira.
"Kata Mama dah tak ada. Tu yang Mama beli smartphone baru untuk Sarah." jawabku.
"Tak apa, tak apa. Apa yang ada dalam bilik Sarah tu yang sempat Sarah tengok? Ke Sarah tak sempat selongkar bilik lagi?" soal Mira.
"Ada laptop, ada kotak-kotak besar color pink, ungu, biru, kuning, hijau, merah. Setiap dalam kotak tu ada barang-barang dia, macam-macam, ada nama, ada tarikh, ada gambar-gambar, ada buku. Setiap kotak tu ada ceritanya dalam buku tu. Entahlah. Sarah tak sempat nak baca. Hanya sempat buka kotak dan selak sekejap." jawabku.
"Ok. Mira harap sedikit sebanyak semua tu dapat membantu Sarah sebelum terlewat. Sarah bertenang. Belajar untuk kawal emosi. Jangan terlalu tunjuk emosi pada Mama. Sarah diam-diam je. Buat biasa-biasa. Jangan buat keputusan melulu. Bertenang." nasihat Mira.
Aku rasa semakin okey dan semakin mengantuk. Mungkin kesan dari ubat hospital yang aku makan.
"... tapi Sarah mengantuk. Takut tak sempat nak tengok laptop dan kotak-kotak tu." ujarku.
"Tak apalah, Sarah. Sarah rehatlah dulu. Sarah tidur. Insya'Allah kalau ada rezeki Sarah, dapatlah Sarah tengok." pujuk Mira.
Aku diam.
Macam dah mamai.
Aku akhiri perbualan dengan Mira.
Setakat ni aku rasa Mira banyak membantu.Mama masuk bilik tengok aku.
Mama senyum."Bila anak Mama ni nak tidur?"
tanya Mama. Aku senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...