PART 29

282 3 0
                                    


Zaril pandang aku.
Aku senyum.

“Kita dekat mana ni?”
soalku.

“Kita dah sampai hospital. Jom, Sarah. Sarah buat check up dulu.” ajak Zaril.

“Tak payahlah Zaril. Sarah okey.”
ujarku.

“Eh, Sarah jangan macam ni. Apa-apa kita buat pemeriksaan doktor dulu.” ajak Zaril. Mungkin dia risau dengan keadaan aku tadi.

Aku senyum.

“Mama mana? Mama tahu apa yang jadi pada Sarah tadi?” soalku.

“Saya, Azreen dan Mira ditugaskan untuk mencari awak, Sarah. Kecoh satu kawasan rumah Auntie Lina yang awak hilang. Entah kena culik ke apa... Semua kelam kabut cari awak. Tak jumpa. Kami terpaksa berpecah cari Sarah. Kenapa Sarah lari?” soal Zaril.

Aku senyum.
Mengalihkan pandangan untuk cari jawapan yang sesuai untuk aku luahkan pada Zaril.

“Mana Azreen?”
soalku tanpa menjawab pertanyaan Zaril.

“Mulanya Azreen ada dengan kami tapi dia terpaksa jaga Aqeela sebab Aqeela nak ikut saya. Saya tak benarkan Aqeela ikut kami malam-malam macam ni. Daripada Aqeela menangis-nangis nak ikut kami, Azreen turun dari kereta, terus peluk Aqeela. Azreen kata biar dia yang jaga Aqeela. Sebab tu hanya ada saya dengan Mira je dalam kereta. Maafkan saya kalau Sarah tak selesa. Saya ingat Mira nak temankan awak sekali untuk check up. Sekarang kita dah sampai di hospital. Jom, Sarah.” ajak Zaril lagi.

Aku pandang Zaril, senyum.
Cepat-cepat Zaril mengalihkan pandangan. Segan agaknya.

“Bawa Sarah makan. Sarah lapar...”
pintaku.

Zaril pandang aku.
Blur.
Aku senyum.

“Err... lepas Sarah buat medical check up, kita pergi makan. Tapi kena beritahu Auntie Lina dulu sebab nanti Auntie Lina risaukan Sarah. Nak-nak pula saya yang bawa Sarah ni...” Zaril nampak panik. Mungkin takut terlibat dengan fitnah bila hanya kami berdua bersama.

Aku senyum.

“Saya tak nak check up.”
ujarku.

Zaril pandang aku tak keruan.
Mungkin dia serba-salah.

“Kalau Sarah tak nak, saya beritahu Auntie Lina dulu, ya.” kata Zaril.

“Tak apa. Kejap lagi kita beritahu Mama. Sekarang boleh awak bawa Sarah pergi makan?” soalku sambil tersenyum.

Zaril pandang aku sekejap.
Mati akal.

“Saya rasa bersalah ni, Sarah. Tugas saya mencari Sarah. Bila dah jumpa Sarah, saya kena bawa Sarah pergi check up. Kalau Sarah tak nak check up, okey. Tapi kita kena beritahu Mama Sarah dulu. Maklumkan pada Auntie Lina. Saya tak nak Auntie Lina risau sebab saya yang bawa Sarah ni.” ujar Zaril serba-salah.

Aku diam.
Kain selimut nipis Zaril masih membalut tubuhku. Selesa. Rasa seperti dipeluk.

“Tak apalah. Kalau awak nak bagitahu Mama juga, awak bagitahulah. Sarah boleh jalan kaki pergi cari kedai makan seorang diri.” tekadku. Aku mula melangkah.

“Sarah! Ya Allah... baiklah, baiklah. Kita pergi makan.” Kata Zaril. Nampak sangat dia terpaksa menurut kemahuanku.

“Tak apa. Sarah dah tawar hati nak ajak awak, Zaril. Sarah boleh pergi sendiri. Jangan ikut Sarah.” kataku sambil mula berjalan. Entah mana hala kaki aku nak melangkah pun aku tak tahu. Main jalan ke depan je ikut suka.

Zaril tergamam dengan kata-kata aku.
Dia kejar aku dari belakang.

“Sarah, jangan macam ni. Awak nak berjalan seorang diri macam mana? Bahaya. Tak semua lelaki itu baik.” ujar Zaril.

Langkahku terhenti.

Ya, tak semua lelaki itu baik tapi yang tak baik itulah yang aku sayang, yang aku rindu, yang aku cinta, yang aku kasih, yang aku setia, yang sanggup aku korbankan apa saja.

Tanpa sedar, aku menangis...
Zaril datang padaku, senyum.

“Sarah, ingat lagi Allah cakap apa dalam surah Ali Imran, ayat 139?” tanya Zaril. Dia senyum pandang aku.

Aku geleng kepala.
Perlahan aku kesat air mata sendiri.

“Wala tahinu wala tahzanu wa antumul a’launa in kuntum mu’minin. Maksudnya, Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman.” jelas Zaril sambil tersenyum.

Aku senyum.
Air mata dah mula kering dipipi.

“Awak pujuk saya dengan ayat Quran?”
soalku seakan berseloroh.

Zaril senyum pandang aku sekejap.
Manis air mukanya.

“Ini first time orang pujuk Sarah dengan ayat Quran.” ujarku.

Zaril senyum, tunduk.
Segan barangkali.

“Nak buat medical check up tak Sarah?”
soal Zaril mematikan perbualan kami tadi.

Aku geleng kepala.
“Tak nak.”
Jawabku sambil tersenyum.

“Kita balik rumah Sarah lah, ya? Sarah lapar, kan? Kita makan dekat rumah lagi sedap. Rumah Sarah ada kenduri. Lauk-pauk lagi sedap dari makanan dekat kedai.” Zaril cuba memujuk.

“Sarah tak nak balik, Zaril.”
ujarku.

Zaril terkedu pandang aku.

“Kenapa?”
sepatah dia bertanya.

“Sarah tak nak kahwin.”
jawabku.

Pandangan kami bersatu.
Mungkin dia terkejut.

“Saya tak tahu apa yang berlaku. Jom, masuk dalam kereta.” ajak Zaril.

Entah kenapa, dengan mudahnya aku ikut Zaril menuju ke kereta. Bukankah aku berdegil tidak mahu mengikutnya balik? Agaknya Zaril amalkan Surah Asy-Syuura, ayat 19 untuk lembutkan hati aku barangkali.

“Sarah nak duduk di seat depan.”
ujarku.

Zaril pandang aku, senyum dan angguk perlahan.

Dia bukakan pintu disebelah tempat duduknya, aku masuk, duduk dikerusi sebelah pemandu.

Aku tak tahu apa yang bermain difikiran Zaril tika ini.

(bersambung.....)

     AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now