PART 57

207 2 0
                                    

Aku buka laci, ada gambar-gambar aku dan Uwais. Gambar kami sedang bercuti bersama. Satu persatu gambar-gambar kami itu aku belek. Sedang aku membelek-belek kesemua gambar-gambar kami, terjumpa pula ‘Pregnancy Test’. Allahuakbar…

“Uwais…..”
Perlahanku seru namanya.
Air mataku berlinangan. Aku gagal kawal perasaan. Sampai terduduk aku menangis. Gambar-gambar kami itu aku tatap. Air mata tak terbendung lagi. Emosi semakin menggila. Aku tunggu Uwais. Berapa banyak pengorbanan sepanjang perhubungan, berapa banyak memori yang terlakar, aku bukan nakkan duit yang dah dilaburkan sepanjang hubungan kami itu, cuma aku mahu dirinya melunaskan segala janji-janji dia. Sukar untuk aku menghalalkan dan meredhai segala perbuatannya. Aku manusia biasa, biarlah aku dianggap kejam walaupun sebenarnya ada yang lebih kejam.

Ada tiga ratus enam puluh tujuh semua gambar-gambar aku dan Uwais. Gambar rahsia kami, mungkin. Bukan sahaja ada gambar-gambar percutian kami bersama, ada juga gambar-gambar kami sepanjang perkenalan. Aku tak berapa ingat selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan aku dan Wafi dulu. Gambar-gambar ini yang aku akan guna nanti. Aku ada ‘plan’ lain nak jumpa ibu Uwais seandainya Uwais tak muncul-muncul seperti apa yang dijanjikan.

“Uwais, get ready!”
Monologku.

Aku simpan semula gambar-gambar tersebut, tutup laci, kunci. Simpan semula kunci itu dalam kotak kecil. Kotak kecil itu aku sorokkan di bawah kain tingkat paling bawah. Tutup almari, termenung aku sekejap.

“Uwais nak lari mana?”
Monologku.

Aku teringat sabda Rasulullah SAW :
Tanda orang yang munafik ada TIGA,
1. Jika berkata dia dusta.
2. Jika berjanji dia ingkari.
3. Jika diamanahi dia khianati.

(Hadis Riwayat Sohih Al-Bukhari dan Muslim)

Aku tak kata diri Uwais saja yang dusta, ingkar, khianat, aku pun sama dimana aku terlalu jujur bercerita tentang kami pada bapa Uwais. Tapi mungkin Uwais hanya nampak salah aku dari nampak salah sendiri.

Demi Allah, aku tunggu Uwais.
Bukan lelaki lain.

Makan malam aku dan Mama macam biasa. Kami tak banyak cakap, cuma aku minta izin nak keluar petang esok. Bila Mama tanya aku nak ke mana, aku jawab nak jumpa kawan, nak bincang pasal kerja. Mama terkejut, sebab Mama tahu aku hanya selesa duduk dalam bilik saja.

“Kerja apa?”
Soal Mama.

“Ada ‘publisher’ berminat dengan hasil penulisan Sarah…” aku bohong Mama.

Mama senyum.

“Really?”
Tanya Mama.

Aku angguk, senyum.
Ya Allah… aku bohong Mama.

“Sarah nak pergi dengan siapa?”
Tanya Mama lagi.

“Tengoklah. Mungkin Sarah pergi seorang.” Jawabku.

Mama pandang aku dengan dahi berkerut.

“Sarah pergi seorang?”
Soal Mama.

Aku angguk, senyum.
Tak tahu nak jawab apa sebab aku bohong Mama.

“Mama jangan risau. Sarah kenal ‘Publisher’ tu. Sarah janji, Sarah balik awal. Apa-apa esok, sampai sana, Sarah hubungi Mama.” Pujukku.

“Jaga diri.”
Pesan Mama.

Aku senyum.
Rasa bersalah sebab bohong Mama. Takkan aku nak beritahu Mama yang aku nak jumpa Dato’ Zahari? Mama tahu Dato’ Zahari yang ikat jamin aku dan Doktor Haziq di Balai Polis dulu atas tuduhan khalwat. Ini tuduhan paling dahsyat pernah jadi dalam hidup aku.

Aku minta diri untuk berehat dalam bilik. Mama faham dah perangai aku. Memang aku jenis terperap je dalam bilik. Aku nak keluar dengan Mira hari Sabtu ini pun belum selesai. Mama terasa hati pula sebab aku tak teman Mama pergi ke rumah Wafi.

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now