"Sarah, bawa mengucap Sarah. Kawal diri. Istighfar." pujuk Zaril.
"Apa yang dah jadi sebenarnya ni?"
soalnya.Aku tetap sama, menangis.
"Sarah, lelaki tu ada buat apa² dekat Sarah?" soalnya lagi.
Terasa nak menangis kuat tapi aku tak nak orang lain dengar. Tempat aku dan Zaril berbual adalah tempat terbuka, kawasan laluan untuk lelaki dan sesekali ada saja orang lalu lalang depan kami.
"Sarah?"
panggilnya.Tangisanku sayup² kedengaran.
Aku pandang Zaril.Diam.
Aku tak tahu nak jawab macam mana.
Perasaan aku rapuh, hancur luluh. Sakit, perit, pedih aku rasa. Aku pendam seorang diri."Dia tinggalkan Sarah lepas kami bersama. Dia tak pedulikan Sarah lepas dapat Sarah. Mungkin sebab kami jauh. Dia di utara, Sarah di selatan. Dia lelaki yang pernah mengajar Sarah mengenal Tuhan dan dia jugalah yang menghancurkan harapan Sarah. Dia mungkir janji. Dia terus hilang membiarkan Sarah terkontang-kanting, terumbang-ambing seorang diri menanggung zuriatnya dalam perut Sarah. Sarah buntu tak tahu nak ke mana masa tu. Mana Sarah nak pergi lagi dalam keadaan Sarah macam tu...!" luahku dengan air mata yang berlinangan. Terungkap jua akhirnya segala yang tersimpan.
"‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’ "
(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).
Zaril beristighfar panjang, pandang sekeliling. Dia menarik nafas panjang dan menghela perlahan.
Aku pandang Zaril dengan mata yang berkaca. Aku tak mampu nak tanggung seorang diri. Aku penat. Lelahnya aku bila Uwais buat tak tahu.
"Sarah, kita ni manusia. Manusia tak boleh lari dari berbuat dosa walaupun orang tu cukup solat lima waktu sehari semalam, berperwatakan alim, warak, menutup aurat dan sebagainya. Kita tak boleh nilai seseorang itu baik orangnya melalui keperibadian luarannya. KENAPA ORANG YANG SOLAT TAPI MASIH BUAT MAKSIAT?" soalnya.
"Sebab tak khusyuk dalam solat. Tak faham solat." jawabku perlahan.
"Haaa! Pandai pun Sarah."
ujarnya.Zaril senyum pandang aku.
Aku diam, tunduk.
Air mata dah kering dipipi."Allah SWT dah bagitahu dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 : Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Zaman sekarang ini, ramai orang yang tak solat dan ramai juga orang Islam yang solat tapi tak khusyuk solatnya kepada Allah. Sebab itulah solat bagi orang yang tidak khusyuk tidak dapat menyelamatkannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Masih ramai orang Islam yang solat lima waktu, tapi masih berzina dan sebagainya. Manusia di zaman moden ini hanya melakukan solat untuk melepaskan kewajipan sahaja dan tidak menghiraukan perintah solat yang sebenarnya iaitu solat dengan khusyuk." jelas Zaril tentang orang yang solat tapi masih melakukan zina.
Aku diam.
Lama aku berdiam."Sarah tak sangka semua ni akan jadi macam ni. Sarah percayakan dia sebab dia yang didik Sarah mengenal Tuhan, ajar Sarah pasal agama. Dia janji dengan Sarah macam²..." aku menangis lagi. Aku rasa aku dah mula ingat apa yang Uwais dah pernah buat pada aku dulu. Allahurobbi...
"Sarah, tak hairanlah kalau orang yang mengajar kita agama, kuat sembahyang, kuat mengaji, pakai jubah, pakai kopiah, serban, perwatakan lembut, nampak baik tapi tetap melakukan dosa besar, kerana itu semua bukanlah ukuran bagi orang Islam. Ukurannya adalah orang yang ikhlas melaksanakan ibadah kepada Allah. Sebab itu dalam Islam ada tiga konsep asas dalam Islam iaitu Akidah (ilmu yang membincangkan keesaan Allah), Fiqh (ilmu yang membincangkan hal-hal yang berkaitan ibadah) dan Ihsan (ilmu ikhlas, tasawuf dan akhlak kita kepada Allah, manusia dan alam)." jelas Zaril lagi.
Aku diam.
Aku dapat ilmu hari ini."Sarah boleh faham setakat ini?"
tanya Zaril.Aku angguk.
Aku malu dengan Zaril sebenarnya tapi entah kenapa aku ceritakan pada dia.Zaril senyum pandang aku.
"Sarah bukan tak pandai. Sarah pandai cuma Sarah cepat sangat percaya pada orang. Sarah kata lelaki tu ajar Sarah mengenal Tuhan? Ajar Sarah pasal agama?" soalnya.
Aku angguk.
"Sarah, sebaik² didikan agama dan bimbingan untuk seorang perempuan adalah didikan dari suami, bukan dari lelaki ajnabi." pesan Zaril.
Ya Allah... terkesannya aku!
Allah.
Allah.
Allah.(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...