" Mama cantik tak ? "
Dia berlari laju ke arah mamanya yang sedang menghidangkan makanan di meja makan. Tubuh si mama dipeluk erat dari belakang. Kertas lukisan yang mempunyai pelbagai contengan itu ditunjukkan kepada Datin Farah.
" Cantik sayang . Pandai Suha lukis " ubun-ubun Nur Nasuha diciumnya penuh kasih.
Nur Nasuha tergelak suka . Lukisan di angkat tinggi dan dia berlari mengelilingi ruang makan itu . Seolah-olah Datin Farah baru saja memberikan dia hadiah kerana berjaya menambat hati Datin Farah .
Tapi di sudut hati Datin Farah , dia berasa sayu mengenangkan anak nya itu . Nur Nasuha, berusia 23 tahun tapi pemikiran sama taraf dengan budak-budak kecil di luar sana . Dia mahu anaknya kembali normal sama seperti anak gadis lain di luar sana .
" Amboi gembiranya dia mama . Ada apa tu ? " tegur Nur Salwa turut gembira sama melihat gelagat si adik yang asyik berlari sana sini itu .
" Macam biasalah . Tak boleh orang puji lukisan dia , mulalah berlari sana sini " balas Datin Farah dengan senyuman tidak pernah pudar dari bibirnya .
Nur Salwa turut tersenyum sama . Dia suka melihat Nur Nasuha yang gembira dan sentiasa menceriakan suasana bahagia untuk mereka sekeluarga . Tidak ada tekanan dalam hidupnya. Namun Nur Salwa yakin adiknya akan kembali pulih seperti biasa .
" Adik sini ! Duduk dengan kakak ! " ajak Nur Salwa lalu kerusi kosong di sebelah ditepuk perlahan .
Mendengar suara ajakan dari Nur Salwa , dia berlari menuju ke sofa yang diduduki oleh si kakak . Dia melompat gembira .
" Mama nak ayam goreng dua ! " sempat dia membuat pesanan kepada Datin Farah yang tika itu ingin melangkah ke dapur .
Nur Salwa mengusap penuh sayang kepala si adik . Adik kesayangan dia . Lalu dia memimpin tangan Nur Nasuha ke ruangan makan . Mereka melabuh punggung sementara menunggu Datin Farah menyediakan makanan untuk mereka .
Mata dia bersinar apabila dua ketul ayam goreng peha sudah berada di dalam pinggan dia yang bergambar princess itu . Berwarna pink dan begitu juga dengan cawan minuman dia .
" Adik banyaknya ayam ! Abang nak satu boleh ? " seorang lelaki yang baru datang terus mencapai satu ayam goreng di dalam pinggan Nur Nasuha .
Maka bergemalah ruangan makan itu dengan suara tempikkan Nur Nasuha . Datin Farah sudah menjengil mata .
" Mama ! Ayam adik ! Abang ambil ! " raungnnya apabila ayam miliknya sudah digigit sedikit oleh lelaki muda itu .
Nur Nasuha sudah tercebik-cebik menahan airmata yang bakal jatuh tak lama lagi . Lelaki itu tertawa suka apabila dapat mengusik adiknya itu . Rasa seronok .
" Abang jangan lah usik adik macam tu ! " marah Nur Salwa seraya mencubit perlahan lengan lelaki itu . Geram ! Kasihan dia melihat adiknya yang tercebik-cebik itu .
Lelaki itu anak kedua dalam keluarga itu , Adrian Adham . Paling suka menyakat Nur Nasuha sehingga gadis itu menangis kerana diusik oleh Adrian Adham . Sampaikan mereka yang lain menjadi pening mahu melayan Adrian Adham yang versi nakal itu .
" Aloo ... dah nak nangis dah dia . Nah ambil balik .. " ayam itu kembali diletakkan ke dalam pinggan Nur Nasuha .
Adrian Adham mengambil tempat di sebelah Datin Farah . Tak lama itu , Dato' Farouk menyertai mereka semua . Nur Nasuha diam saja menjamah makanan dia .
" Adik nak ikut papa pergi kerja tak ? " tanya Dato' Farouk setelah semuanya selesai makan.
Kerja dia yang banyak di pejabat membuatkan dia mengambil keputusan mahu membawa Nur Nasuha bersama . Jika ada anak gadis nya itu , pasti tidak terlalu bosan . Lagi-lagi bila melayan kerenah Nur Nasuha yang bagai anak kecil itu .
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
General Fiction[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...