Ryan Zafran serius membelek fail yang baru dihantar oleh setiausahanya tadi . Fail - fail yang bertimbun di atas meja membuatkan kepala dia terasa sakit . Pening memikirkan hal syarikat papa dia . Harta warisan keluarga dia banyak itu , membuatkan dia berasa pening . Sudahlah dia seorang saja anak lelaki dalam keluarga Tan Sri Razif .
" Zulin , masuk ke bilik saya sekarang ! " katanya sebaik saja dia menekan satu butang di telefon itu . Badan dia disandarkan ke kerusi .
Pening , dengan kewangan syarikat yang agak mengelirukan membuatkan dia berasa marah . Banyak duit yang lari dari nilai yang sebenarnya . Setahu dia , syarikat sudah memperuntukkan wang yang secukupnya untuk setiap projek yang dilaksanakan .
Dia harus cari tahu . Kesal dia kerana tidak menyedari perkara itu dari awal lagi . Mujur saja dia meminta fail itu dari ketua kewangan di syarikatnya . Jika tidak , sampai sekarang dia tidak akan tahu . Bunyi pintu dibuka membuatkan dia kembali menegak badan .
Seorang wanita bertubuh agak gempal melangkah masuk . Jelas sekali wanita itu kelihatan mengah . Maklum lah orang mengandung . Zulin berdiri tegak di hadapan bos dia .
" Siapa yang kendalikan projek di Pahang ? " soalnya terus . Malas mahu berbasa - basi saat genting macam ni .
" Erm .. kalu tak silap saya Encik Mokhtar " kata Zulin dengan kerutan di dahi . Dia juga tidak pasti kerana banyak projek yang dilakukan untuk tahun ini saja .
Ryan Zafran mengangguk . Encik Mokhtar ? Otak dia diperah untuk mengingati pekerja dia yang itu . Seketika matanya terbuntang luas . Wajah Zulin dipandang dengan wajah tidak percaya .
" Are you sure , Encik Mokhtar handle this project ? " soalnya dalam nada serius .
Lambat - lambat Zulin mengangguk . Dia juga berasa takut . Menang bos dia melayan dia baik , tapi bila datang angin monsun , satu syarikat ini terkena tempias sekali . Ryan Zafran mengetap gigu kuat . Kenapa lah dia terlepas pandang ?
" You may go now "
Zulin mengangguk lalu tergesa - gesa keluar dari bilik bos dia itu . Fuhh - boleh meletup dada dia hari ini . Walaupun bilik itu dingin , tapi kalau datang mood tidak elok Ryan Zafran , bahang panas memang terasa .
Encik Mokhtar . Nama itu diulang beberapa kali . Mata dipejam rapat . Siapa saja tidak kenal lelaki tua itu ? Lelaki yang banyak menipu dalam hal syarikat dan sudah beberapa kali pecah amanah . Namun kerana tiada bukti , dia terlepas .
"Mokhtar .. aku kena hapuskan dia dari sini " tekadnya . Jika dibiarkan harus lingkup syarikat warisan keluarga dia .
Selain itu , Encik Mokhtar merupakan adik kepada Puan Sri Ratna . Kerana kesian dengan adiknya , Puan Sri Ratna menawarkan kerja di syarikat suaminya . Namun , segalanya berubah apabila lelaki itu dapat pangkat yang tinggi . Sombong dan berlagak .
KLAK !
" Abang ! " teguran daripada seseorang membuatkan dia tersentak . Mata dia merenung tajam seorang gadis yang baru masuk ke biliknya .
Selamba saja gadis itu duduk di kerusi tanpa dipelawa . Wajah Ryan Zafran dipandang dengan sengihan di bibir .
" Kau buat apa kat sini ? Tak kerja ke ? Menyemak betul lah " Ryan Zafran membuat raut muka menyampah . Wajah Radya Zafia dipandang datar .
" Alaa .. kedekut betul orang tua ni ! Aku datang bukan nak ganggu kau pun " Radya Zafia memasamkan wajah dia .
Memang mereka tak sebulu , tapi ikatan antara mereka memang rapat . Sejak kecil lagi mereka membesar bersama - sama .
" Hmm .. kau nak apa ? "
" Hehehe .. aku nak kasi kau ni . Konfem kau suka punya " Radya Zafia mengagau beg tangan dia . Sebaik saja terjumpa , segera dia menghulurkan kepada Ryan Zafran .
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
Ficción General[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...