BAB 55

44.9K 2.5K 63
                                    

Nur Nasuha tersenyum gembira melayan kanak - kanak yang hadir pada majlis hari itu . Sungguh meriah sekali . Tidak mewah , hanya biasa - biasa sahaja . Itu adalah kehendak pengantin perempuan sendiri . Mahu diraikan seperti pasangan yang lain .

Beberapa buah khemah di dirikan di halaman rumah agam Dato' Farouk . Biarkan nampak seperti biasa , namun bilangan tetamu yang hadir cukup ramai . Memenuhi ruang halaman rumah itu .

Dato' Farouk dan Datin Farah nampak berseri - seri wajah . Ini kerana mereka gembira menyambut menantu perempuan sulung mereka . Yang telah dinanti - nantikan sebelum ini .

Datin Farah nampak anggun dengan kurung moden bewarna kuning keemasan . Senyuman tidak pernah lekang diukir di bibirnya . Menyambut baik kehadiran tetamu yang meraikan majlis perkahwinan pada hari itu .

Nur Nasuha duduk di sofa . Rasa mengah berdiri lama - lama . Kaki pula mula terasa mahu membengkak . Maklumlah , semakin meningkat usia kandungannya semakin rasa penat .

Dia tidak boleh berdiri lama - lama . Boleh menyebabkan bengkak pada kaki . Itulah pengorbanan seorang ibu . Namun dia tidak pernah mengeluh . Tetap tersenyum . Terasa tendangan lembut pada perutnya .

" Hmm mesti sayang tak nak bagi mama berdiri lama - lama kan ? Bagus anak mama ni . Duduk baik - baik kat dalam tu ya " bisiknya perlahan .

Tanpa dia sedari , dirinya diperhati oleh sepasang mata yang tajam . Memerhatinya dengan penuh rasa amarah dan dendam . Gelas di tangan digenggam kemas . Gigi diketap kuat .

" Teruskan senyum sebeb lepas ni kau dah tak bole senyum lagi .. " perlahan - lahan bibirnta mengorak senyuman jahat .

Air diteguk pantas . Lalu gelas itu dihentak kasar . Tanpa mempedulikan orang yang memerhati kelakuannya dia melangkah pergi .

Nur Nasuha bangkit dari duduknya . Dia mahu pergi ke belakang rumah . Di mana terletak kolan renang dan gazebo . Teman mereka sekeluarga melepak pada waktu petang . Rumahnya terlalu sesak dengan orang ramai .

" Akak nak pergi mana ? " tegur seorang gadis muda . Salah seorang saudaranya .

" Kolam belakang " jawabnya ceria .

Gadis itu mengangguk dan kembali melayan kerenah budak - budak yang berada di ruang tamu . Padat dan sesak . Tetapi mereka semua gembira .

Nur Nasuha melangkah perlahan - lahan . Tanpa suaminya . Ryan Zafran sibuk berbual dengan rakan perniagaannya di bawah khemah VIP . Nampak segak dengan sepersalinan baju bewarna biru lembut .

Radya Zafia tersenyum manis sambil merangkul lengan Adrian Adham . Senyuman tak lekang dan naik pegal pipinya melemparkan senyuman . Lagi - lagi baju pengantin yang dipakai olehnya .

Adrian Adham senyum . Akhirnya dia dapat memiliki gadis itu . Gadis yan menjadi igauannya selama ini . Telatah gadis itu , garang gadis itu membuatkannya jatuh hati . Pada pandangan pertama ketika dulu . Ketegasan pada gadis itu juga .

" Cantik ! Kau bertuah dapat dia " kata rakan sekerjanya .

Memang Adrian Adham as the president but dia tidak mahu pekerjanya memandangnya seorang bos jika diluar pejabat . Jika diluar mereka akan melayannya umpama kawan . Tiada bahasa formal antaranya dan pekerjanya .

" Hmm , susah aku nak dapatkan dia . Banyak sangat halangan . Sekali dah dapat aku tak lepas dah . Kang merana hidup " katanya lalu tertawa besar bersama tiga lagi lelaki .

Radya Zafia hanya menunduk menahan rasa segan . Lagi - lagi tetamu mula tertumpu pada mereka . MasyaAllah ! Suaminya gelak memang kuat .

Malu tak payah cakap !

HADIRNYA DIA | C | ARS •5•Where stories live. Discover now