Lucas menyeringai kesakitan apabila tubuhnya dihempas kuat ke dinding . Berkeriuk bunyi tulangnya . Kolar baju dicengkam kuat . Lucas memandang dengan wajah berkerut kesakitan .
" A-aku dah cuba detect location isteri kau dan anak kau . Location terakhir mereka di parking mall " jawab Lucas tersekat-sekat .
Nafas dia mula tidak teratur . Kuat betul cengkaman Ryan Zafran pada kolar bajunya . Buatkan dia tercekik . Kedua tangan dia memegang kuat lengan Ryan Zafran .
" Aku nak kau detect sekali lagi . Aku tak kisah kau tak tidur malam ni . Yang pasti , aku nak tahu koordinat terakhir isteri dan anak aku " ujarnya keras .
Cengkaman dilepaskan , Lucas terus terduduk . Lehernya diusap perlahan . Sakit . Ryan Zafran pula nampak tegang saja . Mereka masih lagi di China .
" Bro , aku rasa better kau rehat dulu . Emosi kau sekarang tak stabil . Pasal isteri dan anak kau , serahkan pada kami . Aku dah call Louis , dia akan pantau dari sana " celah Ian Zarif .
Baginya Ryan Zafran tidak mampu berfikir dengan waras . Lagi-lagi anak dan isteri kesayangan dia diculik oleh musuh mereka . Sebagai seorang adik , dia cuba menenangkan si abang .
" Ta-tak aku tak akan pergi mana-mana selagi aku belum tahu keadaan isteri dan anak aku . Kau expect apa ? Aku akan tidur , kemudian bangun dengan wajah tak ada apa-apa . Macam tu ? " sinis Ryan Zafran .
Mereka terdiam . Masalah sekarang ini lagi besar . Ryan Zafran adalah ketua . Ian Zarif senyum kelat lalu dia mengamit isterinya , Eyreen .
" Sekarang ni aku nak tahu koordinat terakhir isteri aku ! Itu je ! Kemudian bagitahu aku ! Esok kita semua akan pulang ke Malaysia ! " ujarnya tegas lalu masuk ke biliknya .
Ian Zarif diam . Tangan dia asyik menekan-nekan papan kekunci laptop . Tangan kiri pula menghirup kopi buatan Eyreen . Dia harus tenang . Jika dia sama-sama marah , mungkin mereka akan bawa balik jasad Nur Nasuha dan Zyan Zafrael saja .
" Kau ada dapat apa-apa ? Selain location di mall ? " soal Ian Zarif terus pada Lucas .
" Aku dah suruh budak-budak kita pergi siasat . Memang betul situ lokasi terakhir Suha dan Zafrael . Ada kesan tembakan dan kesan tayar . Mungkin musuh serang hendap " jelas Lucas .
Laptop kepunyaan dia , diberikan kepada lelaki itu . Ian Zarif . Second in command . Jadi lelaki itu juga harus mereka hormati selain Ryan Zafran . Lucas memerhati wajah lelaki itu . Serius saja .
Eyreen pula memerhati saja . Dalam diam , dia juga mengatur strategi bersama kumpulan dia . Ini kerana leader mereka yang diserang .
Harith :
Aku nk kau pergi ke markas . Ambil semua brg yg ada . Kita akn mulakan peperangan x lama lgi . Kau incharge !
Eyreen menutup telefonnya . Dia tahu , Harith seorang yang boleh diharapkan . Jika musuh ingin bermain dengan mereka . Permainan ini pasti menyeronokkan .
♧♧♧
" Hoi bangun ! " tubuh Nur Nasuha ditendang sedikit kuat . Mengejutkan wanita itu dari lena .
Dia memandang sinis wajah perempuan itu . 3 hari berlalu , tiada tanda-tanda mereka diserang . Nur Nasuha dan anaknya mula diseksa perlahan-perlahan . Mereka hanya diberikan segelas air dan nasi kosong . Itu pun pada waktu pagi .
Eyrica senyum sinis . Suka melihat wajah lemah musuhnya itu . Pipi Nur Nasuha dicengkam kuat . Berkerut dahi Nur Nasuha menahan sakit .
![](https://img.wattpad.com/cover/134503064-288-k975330.jpg)
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
Fiksi Umum[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...