BAB 10

54.1K 2.5K 28
                                    

Ryan Zafran mengemaskan kot hitam di badannya . Hari ini dia menghadiri satu mesyuarat di Johor Bahru . Kemudian mata dia mengerling PA dia disebelah yang mengeletis tidak habis-habis . Mata Ryan Zafran seakan-akan mahu juling melihat pakaian Aina ; PA dia itu .

" Aina .. " panggilnya lembut . Sememang Ryan Zafran cukup terkenal dengan tutur kata yang lembut . Bercakap pun sopan saja .

" Ya bos .. " balas Aina manja . Mata dia bersinar-sinar memandang wajah kacak bos dia itu . Muka pun dah ala-ala cina boy . Memang kacak habis !

Ryan Zafran mengaru keningnya . Macam lain macam je minah tu . Senyuman miang pula !

" Tak ada baju lain ke nak pakai ? Kita nak pergi meeting bukan pergi pemilihan calon isteri . Tak cukup kain ke beli baju hari tu ? " cukup sinis Ryan Zafran bertanya .

Aina yang tadinya tersenyum kini berubah wajah . Panas rasanya apabila ditegur oleh bos kacak dia itu . Pekerja-pekerja RR Group semuanya menahan senyum . Kebetulan mereka berada di lobi utama .

Ryan Zafran terus berjalan meninggalkan Aina yang terkulat-kulat disitu . Setahu dia syarikat ini mewajibkan semua pekerja wanita memakai tudung kecuali non-muslims . Tapi Aina -- peliknya .

" Err .. bos tunggu lah " rengek Aina apabila kasut tinggi dia terasa mahu tercabut . Langkah bos dia bukan main besar lagi .

Dia mencebik bibir . Tak apa-apa . Dia akan guna cara lain untuk tarik perhatian lelaki itu .

" Cepat sikit ! " Tegas Ryan Zafran . Dia masuk ke dalam kereta yang sudah menunggu di pintu utama RR Group .

Seorang lelaki berusia dan berkopiah membukakan pintu kereta buat Ryan Zafran . Dia kenal dengan anak majikan dia itu . Sudah lama dia bekerja sebagai pemandu peribadi di bawah Tan Sri Razif .

" Terima kasih Pak Dollah " ucap Ryan Zafran sopan . Dia sempat melemparkan senyuman pada lelaki tua itu .

Aina pula menarik muka apabila Pak Dollah memandang dia . Senyuman Pak Dollah langsung tidak dilayan . Malah jelingan menusuk kalbu yang diberikan . Pak Dollah tak ambil hati . Lagi pun dia dah biasa dengan gelagat wanita itu . Gedik macam sotong ! Lembik sana sini !

Kereta mula bergerak meninggalkan RR Group . Satu syarikat gergasi di Malaysia . Menjadi ibu kepada anak-anak syarikat yang terdapat di dalam dan di luar negara . Malah RR Group cukup dikenali di seluruh dunia .

♧♧♧

Nur Nasuha meletakkan jari telunjuknya di bawah dagu . Mata dia ralit memandang pelbagai jenis coklat yang tersusun kemas di rak . Malah setiap coklat itu mampu membuatkan dia kecur air liur . Tertelan-telan sejak tadi .

" Errm .. cadburry or ferero ? " dia memandang dua coklat itu silih berganti . Nak yang mana satu erk ? Dua-dua pun sedap .

" Mama cakap kena ambil satu je .. " pesanan si mana tersemat di ingatan dia . Duit di tangan digenggam kemas .

Mata dia sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri . Cukup membuatkan dia keliru . Dan dengan muka terujanya dia mengambil kedua-dua sekali . Susah betul nak fikirnya ! Baik ambil dua-dua sekali !

Sampai di kaunter dia tersenyum manis kepada kakak cashier . Sudah faham dengan kaletah gadis itu . Pelanggan tetap 7 Eleven mereka . Setiap kali , pasti wajah gadis itu menghiasi kedai serbaneka itu . Beli cuma dua benda saja . Aiskrim dan coklat . Dua benda tu saja .

Setelah menyebut bayaran , Nur Nasuha mengucapkan terima kasih . Dia berjalan dengan gembiranya sambil memegang plastik putih yang terisi coklat kegemaran dia . Dia berjalan melewati lot-lot kedai lain .

" Erm .. bestnya .. " dia menjerit kecil . Plastik itu didakap erat ke dadanya . Tak sabar nak balik rumah ! Nak makan coklat !

Dia melintasi jalan raya apabila melihat tiada kenderaan di kiri dan kanan . Setelah itu , dia terus berjalan sambil bergerak sana sini . Badan pun ikut bergoyang sama . Orang-orang disitu yang melihat gelagat Nur Nasuha hanya ketawa kecil .

" Hai Suha .. gembira bebenor ? Beli apa tu ? " tegur Cik Wok , penjual makanan goreng di tepi jalan .

" Coklat " Nur Nasuha memandang Cik Wok sambil mengangkat plastik putih di tangan dia .

Cik Wok tersenyum . Dia kenal Nur Nasuha pun sebab satu kes pada hari itu . Gadis itu hampir saja dibuli oleh pelajar-pelajar sekolah berdekatan . Mujur dia perasan dan menyelamatkan gadis itu dari dibuli .

" Nah , keropok dan goreng pisang . Cik Wok belanja Suha hari ni " dia menghulurkan dua bungkusan plastik kepada gadis itu .

" Banyaknya . Berapa ? " Nur Nasuha bertanya polos . Cukup naif budak itu .

" Tak payah bayar . Cik Wok belanja hari ni .. "

" Terima kasih " ucapnya lalu menundukkan badan . Cik Wok tersenyum saja.  Cukup terhibur dengan keletah riang Nur Nasuha .

Nur Nasuha kembali berjalan . Dia menyusuri setiap lorong-lorong kecil . Kawasan itu sudah dia hafal . Sampai saja di satu lorong , dia singgah di pondok pengawal . Terpapar di hadapan mata , sebuah kawasan perumahan elit yang didiami orang-orang kaya .

" Abang Zam , kita dah balik . Boleh kita masuk ? " mata bulatnya memandang Zamri yang mendongak ke atas sambik menikmati aircond yang terpasang .

" Masuk laa .. esok keluar lagi ke ? " Zamri menyoal . Rakan dia seorang lagi bercakap dengan seorang penghuni .

" Tak tahu . Abang Zam kita masuk dululah . Nanti mana cari kita pula " pamit Nur Nasuha .

Zamri mengangguk . Memang begitulah tabiat Nur Nasuha . Sesiapa yang mengenali pasti akan senang dengan kesopanan gadis itu . Naif dan polos saja . Cukup membuatkan semua ingin berkawan dengan dia . Berkawan dengan seikhlas hati kerana Nur Nasuha tidak pernah membezakan mereka . Sentiasa merendah diri .

Tanpa diduga , kelibat Nur Nasuha diperhati oleh seorang lelaki yang berbicara dengan seorang pengawal . Lelaki itu memandang Nur Nasuha tidak berkelip sampaikan pengawal keselamatan yang bercakap dengan dia , tidak diendahkan .

" Baby ! Lambat lagi ke ? Panas lah ! " seorang perempuan menegur lelaki itu . Tangan dikipaskan ke muka . Terasa bahang .

" Err .. ok .. ok kejap " kata lelaki itu . Dia memandang Halim ; selaku pengawal keselamatan .

" Maaf encik . Kami tidak membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke perumahan ini . Jika encik berkeras juga , encik perlu berurusan dengan tuan rumah . Tetapi , jika encik ceroboh masuk , encik akan dikenakan tindakan undang-undang . Saya harap encik faham " Halim berkata satu persatu .

Lelaki itu mendengus tidak puas hati . Dia masuk ke dalam kereta lalu menghempas pintu dengan kuat . Teman wanita dia terkejut . Dia mengurut dadanya . Lelaki itu mengenggam stereng dengan wajah serius .

Aku akan kembali !

__________________

Maaf lambat update 🙇
Busy sgt lately ni .. tambah2 lagi mak sedara baru meninggal 😢 . Kesan masih terasa , harap korang faham 😪

HADIRNYA DIA | C | ARS •5•Where stories live. Discover now