" Zaf ! " bahunya rakannya itu ditepuk bagi menyedarkan lamunan lelaki itu .
Ryan Zafran sedikit tersentak . Mati semua angan - angannya disebabkan tepukan itu . Mata dia mengerling tajam pada Syed Azrill yang duduk di hadapannya .
" Hmm kau nak apa ? " soalnya malas . Dia bersandar di kerusi . Dalam kepala asyik memikirkan perihal si isteri di rumah .
Wajah Nur Nasuha yang semakin tembam dan tubuh yang membulat membuatkan dia berasa mahu peluk isterinya 24 jam tanpa dilepaskan . Kandungan pula sudah bertambah . Lagi - lagi perut boyot itu membesar .
" Kau tu haa kenapa ? Asyik termenung je . Kerja pun tak jalan .. " Syed Azrill senyum senget .
Kertas kerja di meja kerja dibiarkan tanpa bersentuh . Laptop terbuka , tapi tiada apa - apa dibuat . Hanya terpapar skrin yang hitam saja . Ryan Zafran meraup wajahnya .
" Aku rindukan isteri aku " tanpa segan silu dia meluahkan rasa .
Syed Azrill sengih . " Aku dah agak ! Tak ada orang lain dah yang buat kau sasau macam ni sekali "
" Entah laa weh . Sejak kebelakangan aku asyik fikirkan isteri aku je . Hati aku rasa lain sangat . Tapi aku tak tahu apa -- " nafas dihembus kasar .
" Dah - dah ! Jangan fikirkan sangat . InsyaAllah Suha selamat saja kat rumah sana "
Ryan Zafran diam . Dia juga perasan . Sejak kebelakangan ini , kawasan rumahnya macam ada pengintip . Tapi dia tak dapat cam lagi . Seorang lelaki , berpakaian hitam .
Anak buah dia cuba cari maklumat lelaki itu namun tidak dapat . Lelaki itu cukup pandai menyembunyikan identitinya .
" Kau dah makan belum ? " Syed Azrill menyoal . Itu tujuan sebenar dia menjengah bilik Ryan Zafran .
Lelaki itu mengeleng perlahan . " Aku makan kat rumah " dan tersengih lebar .
Syed Azrill mengerti . Biasalah sejak ada isteri , mereka tidak lagi meluangkan masa macam dulu . Isteri diutamakan . Lepak pun tidak sampai tengah malam . Lagi - lagi mereka memiliki musuh .
Ryan Zafran menutup semua fail yang berselerak di atas meja . Disusun kemas di belah kiri . Belah kanan semua dia sudah tandatangan . Kot yang tersangkut di kerusi diambil dan diletakkan di atas lengan kanan .
" Aku gerak dulu . Kau tak nak balik ke ? " dia menegur Syed Azrill .
" Tak . Salwa kerja sampai petang . Aku lunch kat kafe je "
Mereka berpisah . Sempat juga dia menyampai pesanan kepada setiausahanya . Kerja - kerja ditinggalkan buat seketika .
♧♧♧
Nur Nasuha mengemas segala peralatan yang dia gunakan tadi . Tv yang memaparkan cerita kartun di pandang sekilas . Entah la kenapa , dia aktif sangat hari ini . Habis pelosok rumah agam itu dia mahu bersihkan . Penat ? Lelah ? Dia tak rasa pun . Malah dia nampak bertenaga .
Sesekali dia mengusap perutnya . Terasa tendangan kecil . Automatik bibirnya mengorak senyuman . Nur Nasuha kembali menyapu rumah . Sunyi saja rumah agam itu . Anak buah Ryan Zafran semua berkawal di luar rumah .
PRANG !
Bunyi kaca pecah menyentakkan Nur Nasuha . Dahi dia berkerut seribu . Penyapu disandarkan ke dinding . Perlahan - lahan dia menapak ke dapur .
Derap kakinya perlahan saja . Sempat juga dia menjenguk ke luar . Dilihat semua anak buah suaminya sedang melepak di gazebo . Menikmati minuman petang dan berbual kosong .
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
Ficção Geral[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...