BAB 8

53.4K 2.6K 89
                                    

" Banyaknya .. " ternganga Adrian Adham melihat pinggan-pinggan yang terdapat pelbagai jenis makanan di atas meja .

Dia baru saja terlepas dari orang ramai . Bukan ramai lagi dekat bahagian ABC itu . Kalau tak sebab adik kesayangan dia yang dua orang tu , tak ingin dia merepuh orang ramai . Lagi-lagi bertolak-tolak . Dengan peluh dan panasnya lagi .

" Aku ambil kan tadi . Lagi pun aku tak tahu sangat selera adik kau ni "

Lelaki itu memandang Ryan Zafran . Dia tersengih kecil lalu menepuk bahu lelaki kacak itu .

" Bagus-bagus. Tak payah aku pergi beratur panjang-panjang " katanya lalu mengambil satu pinggan kosong . Masa untuk makan !

Ryan Zafran terkebil-kebil . Betul tak ni abang ? Macam tak matang je ? Fikir dia sendiri .

" Kau kenapa pandang aku cam nak telan ? Kau suka aku ke ? " selamba saja dia berkata . Dengan mulut penuh dengan makanan .

Ryan Zafran tersedak . Dada dia terasa perit dan sakit . Ada ke cakap macam tu ? Dia straight lagi k ! Adrian Adham dah bantai gelak . Sungguh dia terhibur kenakan lelaki itu .

" Jangan layan sangat abang Am ni . Otak dia sewel sikit . Suka kenakan orang " sampuk Nur Salwa . Kesian pula dia melihat Ryan Zafran yang dah merah muka .

" Nah air .. " Nur Nasuha hulurkan air kepunyaan dia . Mata dia bulat memandang Ryan Zafran yang asyik menepuk-nepuk dada dia .

Tanpa banyak tanya , Ryan Zafran terus teguk air sirap itu . Ahh leganya . Terasa makanan yang tersekat tadi mula hilang . Perit tekak dia . Tapi tak lama itu , muka dia berkerut .

" Uuu .. kau dik ! Kongsi air nampak ? Dengan abang kedekut gila .. " usik Adrian Adham . Dia memang tak boleh duduk diam . Ada saja benda yang dia nak usik .

" Zaf sakit .. adik bagilah air .. " balas Nur Nasuha polos . Kemudian mata dia kembali memandang Ryan Zafran yang nampak terkedu itu . " Kenapa ? Salah ke minum air tu ? " bibir dia sudah tercebik .

Wajah dia mula berubah muram . Niat dia mahu menolong . Ryan Zafran dah gelabah . Eii , tak nak nangis kot ?

" Tak salah pun . Tapi korang dah buat direct kiss kot " Adrian Adham tersengih sendiri . Sengih nakal !

" Apa tu ? Kiss ? " Nur Nasuha makin bingung . Tapi kiss tu dia tahu lah sebab mama asyik cakap .

Ryan Zafran membahang malu . Muka dia jelas merah . Mujur saja suasana malap . Tak ketara sangat . Tapi dia suka pula diusik macam tu . Macam ada rama-rama dalam perut .

" Makan dik . Jangan layan sangat abang sewel kau ni " Nur Salwa menyuap potongan daging ke dalam mulut Nur Nasuha .

Padu jelingan dia pada Adrian Adham yang dah terkekeh ketawa . Entah apa yang lawak ? Radya Zafia pula memandang Adrian Adham pelik . Mamat ni betul ke tak ?

" Bro , sorry lambat .. " sapa seorang lelaki . Nafas dia kedengaran megah saja .

Kini pandangan mereka beralih ke arah Syed Azrill yang baru tiba . Dia hanya mengenakan leather jacket dan kemaja biru lembut serta seluar jeans skinny .

" Kau memang selalu lambat .. " perli Ryan Zafran . Dia kembali menyambung makan . Hilang sikit rasa malu dia bila ada Syed Azrill .

Syed Azrill mengambil tempat bertentangan dengan Nur Salwa . Apabila pandangan mereka bertembuny , terus wajah Nur Salwa berubah . Berubah menjadi keruh . Syed Azrill menjadi pelik . Perempuan ni kenapa ? Hati dia menjadi tertanya-tanya .

" Aik ? Asal muka kau sama macam -- " belum habis Adrian Adham berkata , mulutnya ditekup oleh Nur Salwa .

" Baik kau diam ! " ugut Nur Salwa . Jantung dia bukan main laju bekerja . Gugup !

Adrian Adham menepis tangan adik dia . Tak bernafas rasanya . Bukan mulut saja ditekup tapi hidung sekali . Uhh , lemas !

" Sial lah kau ! Nak tutup pun , tutup mulut je ! Ni tak dengan hidung aku sekali . Kau nak aku mampus ke ? " jerkah Adrian Adham .

Tapi Nur Salwa hanya buat muka tak bersalah . Tak takut pun dengan jerkahan Adrian Adham itu . Dah biasa .

" Mampus kau bukan aku " balas dia selamba lalu menyambung makan .

Adrian Adham mendengus tidak puas hati . Mata-mata yang memandang gelagat mereka tidak dihiraukan. Lantak lah nak pandang ke apa ? Bukan dia ambil kisah pun .

" Abang ni nak marah pula . Sian kakak kena marah " Nur Nasuha bersuara . Nampak dia tidak puas hati .

" Eh-eh bela kakau kau ni pula .. " hidung Nur Nasuha dikepit dengan jarinya . " .. sepatutnya bela aku ni . Aku teraniaya tahu tak " katanya lagi . Kemudian dia tergelak .

Ryan Zafran dan Syed Azrill berpandangan . Lelaki tu ok tak ? Macam split emotion je ? Sekejap marah sekejap gelak . Gila !

♧♧♧

" Bahagia je kan mereka tu .. " kata Datin Farah .

Mereka dari jauh memandang gelagat anak-anak mereka . Sengaja tidak duduk sekali dengan mereka semua . Bagi ruang untuk mereka bermesra .

" Haah kan . Sukanya aku . Zaf pula macam berminat je dengan anak kau tu .. " ujar Puan Sri Ratna . Riak dia jelas teruja .

" Eii kalau betullah kan , aku suka . Lagi pun Suha tu comel je " sambung dia lagi . Kali ini melipat ganda teruja dia .

Datin Farah tergelak saja . Kahwin ? Nur Nasuha nak kahwin ? Hati dia mula timbul rasa gusar . Boleh ke anak dia jadi isteri yang solehah ?

" Bini-bini kita ni bila bersembang sampai lupa suami kat sebelah . Macam tak wujud pula kita ni " Tan sri Razif berkias . Dua wanita di hadapan dia dijeling .

" Hmm .. ni lah perempuan ! Bila ada geng , suami macam tak wujud je . Timbul niat nak cari bini baru " Dato' Farouk tersenyum miang . Ada niat tu .

" Setuju sangat " sahut Tan sri Razif . Lelaki ! Tak ada benda lain dah nak difikirkan .

" Ehem ! " deheman padu itu menyentakkan dua lelaki itu .

" Apa tadi ? Bini baru ? "

" Awak jangan nak pasang baru ye .. "

Kini dua wanita itu sudah bercekak pinggang . Mata bukan main tajam lagi menjeling . Panas rasa hati bila dengan ayat pasang baru tu ! Ni , rasa macam nak adakan acara westling ni !

" Eh ? Sedar pula ada laki . Ingatkan dah lupa .. " perli Tan sri Razif . Isterinya dipandang dengan riak mengusik .

" Tadi ingatkan macam tak berlaki " sambung Dato' Farouk . Seronok pula usik isteri dia . Dah lama tak rasa macam orang muda . Nak bermesra pun payah .

" Abang ! "

Meledak ketawa dua lelaki itu . Alahai isteri . Kalau usik muka merah . Kalau marah makin berseri . Tak senang hati .

____________________

Double update today 😘

P / S : Sis nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki , part yang tunang tu sis main-main je . Tak wujud pun tunang tu 😂😂 tapi kalau imaginasi tu mmg wujud  sangat-sangat 😁 maaf ya sekali lagi . Btw , sis nak jujur nih 😢 . Sis terhibur baca komen korang . Lagi-lagi part tunang tu . Sis gelak sorang-sorang tahu tak ! 😂😂 kuat pula tu ! And ada org cop sis gila ! 😪😪

Maaf ikhlas dari hati sis kpd readers 🙇🙇

In Sya Allah suatu hari nanti ! Bukan tunang dh , kahwin terus ! 😂😂

___________________

PROMOTE ;

Playboy itu first love aku by EyrazEddy

HADIRNYA DIA | C | ARS •5•Where stories live. Discover now