" Mana bangsat tu ? "
Matanya mencerlung tajam memandang wajah - wajah ketakutan anak buahnya . Raut wajahnya menegang sedari tadi , apabila menerima khabar mengenai isteri kesayangannya .
Sungguh , lelaki itu akan menyesal kerana memperlakukan isterinya sebegitu sekali . Bukan setakat menyesal , dia akan menyeksa lelaki itu habis - habisan .
" Dalam bilik bos . Aku ikat dia di kerusi " jawab salah seorang daripada mereka .
Ryan Zafran diam . Dia melangkah menuju ke bilik di tepi dapur itu . Wajah yang tegang membuatkan semua kecut perut . Ian Zarif pula berjalan santai di belakang abangnya sambil bersiul kecil .
Jika ikutkan hati panasnya tadi , sudah lunyai lelaki itu dikerjakan olehnya . Tapi sayang , Eyreen terlebih dahulu menghalangnya . Kalau tidak , lelaki itu sudah lama mampus dikerjakannya .
BAM !
Pintu ditendang kasar dari luar . Dua lelaki yang mengawal di dalam bilik itu terus menunduk hormat . Ryan Zafran memerhati tajam lelaki yang terikat di kerusi kayu itu . Wajah lelaki itu dibasahi dengan darah pekat .
" Keluar ! " arahnya tegas . Dua pengawal itu langsung keluar .
Pintu dikunci dari luar . Di bilik itu hanya tinggal Ryan Zafran , Ian Zarif dan lelaki itu . Dia mencangkung di hadapan lelaki itu . Dagu milik lelaki itu disentuh dengan hujung jari telunjuknya .
Lelaki itu membuka mata perlahan - lahan . Pandangan agar kabur dek kerana kepalanya yang pening itu . Hentaman dan tumbukan yang diterima olehnya membuatkan kepalanya memberat .
" Tak sangka kau lelaki bangsat tu . Aku ingatkan malauan mana ? " sinis Ryan Zafran . Dia menampar perlahan pipi lelaki itu .
JOHARI .
Dia masih ingat akan lelaki itu . Lelaki yang pernah berjumpa dengan Nur Nasuha sebelum mereka sah menjadi suami isteri . Wajah lelaki itu tersemat kuat dalam ingatan dia . Dan tidak menjangka lelaki itu kembali lagi . Dalam keadaan begini .
" Hmm tak sangka Nur akan pilih kau jadi suami dia . So bad .. " Johari masih mampu bertutur . Juga menyinis sama .
Dia tidak puas hati . Sepatutnya Nur Nasuha menjadi miliknya . Bukan milik Ryan Zafran ! Jika dulu dia tidak buat kesilapan dengan meninggalkan Nur Nasuha , sudah pasti dia kaya dengan harta kekayaan wanita itu .
BUK !
Rahang kanan Johari ditumbuk kuat oleh Ryan Zafran . Darah menyembur keluar . Gigi diketap menahan rasa sakit yang amat .
" Bangsat ! Apasal kau buat bini aku camtu hah ?! " pekik Ryan Zafran . Kolar baju Johari dicengkam kuat .
Membuatkan badan Johari tertarik ke atas . Ketinggian mereka jelas sekali berbeza . Ryan Zafran yang sememangnya tinggi bak model itu mampu membuatkan Johari medongak memandangnya .
" Aku buat apa ? Kau rasa -- " sengaja Johari berkata begitu . Dia mahu membakar hati lelaki Ryan Zafran .
" Tak guna ! " tidak cukup dengan tumbukan , badan Johari dihentam kuat dari belakang dengan sikunya .
Johari tertunduk kesakitan . Tepi bibirnya dilap kasar . Dia memandang Ryan Zafran dengan senyuman mengejek .
" Kau buat lah apa - apa pun pada aku . Yang penting aku dah dapat rasa badan bini kau tu . Hmm -- aku tak akan lupakan dia punya bentuk badan . So sexy ! Make me turn on ! Her smell .. her moan .. -- " Johari membuat muka kesedapan .
Dia terbayang akan badan Nur Nasuha . Sungguh badan wanita itu saja membuatkan adiknya naik . Ryan Zafran yang mendengar sudah mengetap gigi . Kedua tangan digenggam kuat . Hatinya rasa panas .

YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
Ficção Geral[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...