BAB 20

52.1K 2.5K 82
                                    

Nur Nasuha menongkat dagu dengan kedua tangan dia diletakkan ke atas meja . Kedua kaki dia digoyangkan ke depan dan ke belakang . Wajah dia jelas menunjukkan yang dia sedang menahan bosan . Air sudah berbaki separuh .

" Mananya abang .. lambatnya .. " dia mengeluh . Tudung yang berkedut sana sini tidak dihiraukan dah .

Orang yang ditunggunya tetap tak munculkan diri . Hanya dirinya yang ditinggalkan keseorangan di meja dengan makan yang telah tinggal separuh . Muka dimonyokkan kerana tidak betah ditinggalkan bersendirian .

" Hai .. " tegur seseorang lalu tanpa segan kerusi kosong di hadapan gadis itu ditarik . Dia duduk tanpa disuruh .

Nur Nasuha memandang lelaki itu dengan wajah hairan . Siapa lelaki itu ? Dia sendiri tidak kenal . Malah pemakaian lelaki itu menunjukkan dia seorang lelaki korporat . Berjawatan tinggi .

" Awak siapa ? Kita kenal ke ? " soal Nur Nasuha menginginkan kepastian .

" Cepat betulkan kau lupakan aku ? Dah ada pengganti , tunang sendiri tolak tepi . Heh ! Dasar perempuan duitan ! " sinis lelaki itu .

Mata dia tajam merenung wajah putih bersih gadis di hadapannya itu . Cukup cantik . Membuatkan dia mahukan gadis itu kembali . Tapi dia tahu , banyak masalah yang bakal dia hadapi jika terus dekat dengan gadis itu .

" Kita tak kenal awaklah ! Hish ! " dengus Nur Nasuha geram . Hilang mood dia mahu melayan perasaan .

" Kau memang tak kenal aku , Nur . Tapi aku kenal kau dalam - dalam . Aku akan pastikan kau kembali pada aku . Itu janji aku ! " tekad Johari . Dia mahukan gadis itu kembali .

" Kau dengar tak budak ! Jangan jadi pekak dan bisu ! Aku tak suka ! " tangan dia sudah naik mencengkam lengan kanan Nur Nasuha .

Gadis itu sudah merengis kesakitan . Cukup buatkan airmata dia mahu mengalir . Johari tersenyum puas . Puas kerana dapat menyakitkan gadis itu .

Namun sia - sia saja , apabila satu tumbukan yang cukup padu melayang ke wajah dia . Johari jatuh dari kerusi . Pipi dia terasa kebas kerana tumbukan mengejut tadi . Meja yang diduduki Nur Nasuha menjadi perhatian .

" Aku baru tinggal sekejap , dah ada yang mengganggu . Kau memang tak serik kan ? " kata lelaki berpakaian serba hitam itu . Cap hitam yang menutupi separuh wajahnya membuatkan Johari tidak dapat mengecam lelaki itu .

" Kau siapa hah ? Kau dan dia bukan ada hubungan pun ! Jadi jangan nak berlagak hero sangat ! Bodoh ! " maki Johari kuat . Tidak peduli mata - mata yang memandang mereka .

Lelaki itu tergelak sinis . Siapa yang bodoh sekarang ni ? Dia atau Johari ? Tangan kecil milik Nur Nasuha ditarik lembut . Automatik badan kecil gadis itu terpeluk badannya .

" Soon she will be my wife , bro . Aku harap kau tak ganggu dia lagi . Kalau tak aku tak akan teragak - agak buat kau tak tengok dunia ni lagi ! " ugut lelaki itu .

Siapa lagi kalau bukan Ryan Zafran . Dia keluar sebentar kerana ada urusan bersama seseorang . Jadi di tinggalkan Nur Nasuha disitu sambil diperhatikan oleh dua orang anak buahnya . Sebaik saja menerima panggilan dari anak buahnya . Dia terus bergegas ke sini . Tak sangka lelaki itu kembali lagi menganggu gadis kesayangan dia .

" Kau fikir aku takut ? Kau siapa nak ugut aku macam tu ? Kuasa kau besar sangat ke ? Mandat dari siapa kau dapat ? " balas Johari berani .

Ryan Zafran mengetap gigi kuat . Kalau bukan disebabkan mereka di tempat awam sudah lama kepala Johari berkecai makan peluru dia .

" Baik kau blah sebelum kau betul - betul jadi arwah ! Aku tak main - main bodoh ! " keras dia bersuara . Urat - urat hijau timbul di lehernya .

Johari tersenyum . Dalam hati dia sudah kecut . Tanpa kata apa - apa dia meninggalkan pasangan itu . Sempat mereka berbalas pandangan .

HADIRNYA DIA | C | ARS •5•Where stories live. Discover now