Angin menyapa lembut wajahnya . Cahaya mentari dipandang melalui balkoni biliknya . Eyreen meluaskan pemandangannya melalui pokok - pokok yang menghijau . Menunjukkan halaman rumah yang luas , dikelilingi hutan .
Eyreen melepaskan keluhan kecil . Fikiran dia kusut sejak dua menjak ini . Menjadikan dia banyak termenung dan suka menyendiri . Apatah lagi fakta yang baru dia ketahui mengenai seseorang .
" Maafkan kami Reen . Kami terlepas dia . Tapi kau perlu tahu sesuatu -- antara dia dan papa kau . Sesuatu yang menyebabkan bakal ada pihak lain diantara mereka berdua "
Dan perkara itu sering mengasak mindanya . Eyreen menjadi nanar seketika . Akal dia asyik memikirkan akan hal itu . Dia harus bertindak segera sebelum semuanya terlambat .
" Apa jadi ? Siapa pihak ketiga tu ? " pandangannya penuh resah . Penuh dengan tanda tanya . Matanya berubah redup .
" Anak . Dalam perut dia ada anak . Anak hubungan terlarang antara dia dan papa kau ! "
Ketika itu dia tidak merasai apa - apa . Umpama sebuah batu yang besar baru menghempap kepalanya . Eyreen menjadi kelu . Lidahnya mula mengeras .
Tidak sangka , hubungan antara Mr Kenny dan Eyrica telah mencambah benih . Bukan dia tidak tahu , Eyrica sanggup menghambakan diri di bawah telapak kaki Mr Kenny hanya kerana mahu terus bersama dengan lelaki itu .
Tidak seperti Eyreen . Yang awal - awal sudah menarik diri dari kumpulan itu dan pergi jauh dari mereka semua . Walaupun sebagai topeng kepada mereka . Menjadi seseorang yang berbeza perwatakan . Bukan mudah untuk Eyreen .
Tidak sedar , titisan airmata sudah membasahi pipinya . Tanpa dia sedar akan semua itu . Sehinggalah dia terasa deruan nafas hangat di lehernya . Terasa lingkaran tangan seseorang pada pinggangnya . Memeluknya erat .
" Kau ada masalah ke ? Aku tengok kau suka termenung ? " suara itu bersuara perlahan . Hangat menyentuh kulit lehernya .
Eyreen mengeleng perlahan . Menyapu airmata di pipi . Dia cuba bersikap tenang . Tidak mahu isi hatinya terbongkar . Cukup saja dia yang mengetahui . Kerana itu aib keluarganya .
Ian Zarif memalingkan tubuh Eyreen menghadap dirinya . Nampak seperti wanita itu menyorokkan sesuatu daripadanya . Ian Zarif tidak mahu mendesak . Biarlah Eyreen sendiri yang membuka mulutnya .
" Ta-tak ada apa pun . Just rasa bosan .. hmm bosan " Eyreen mati idea .
Bosan ? Ian Zarif hampir ketawa . Jawapan yang tidak munasabah baginya . Itu sekadar alasan sahaja .
Dagu Eyreen disentuh lembut . Mendongakkan wajah itu ke atas . Menatap terus mata penuh dengan rahsia itu . Eyreen meneguk air liur payah .
" Bosan ? What the hell , Eyreen ? Sebelum ni , kau tak pernah pun sebut perkataan bosan . Apatah lagi bosan duk dalam rumah ni " sinis Ian Zarif .
Membuatkan Eyreen makin tidak tentu arah .
" Never mind . Keep your time . Aku malas nak desak kau . Ikut kau lah nak berterus terang atau tak . Aku tak kisah . Asalkan -- " Ian Zarif diam seketika .
" Asalkan apa ? " Eyreen mengerutkan dahinya .
Satu ciuman dilabuhkan di ubun - ubunnya membuatkan Eyreen terkedu . Ian Zarif -- sikapnya lama - kelamaan menunjukkan kematangannya . Eyreen sedar akan itu .

YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
General Fiction[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...