" Assalamualaikum ! Maaf lah lambat .. " Datin Farah menyapa tuan rumah yang berdiri tegak di hadapan pagar , pintu masuk villa yang tersergam indah itu .
Puan Sri Ratna dan Datin Farah berpelukan dan berlaga pipi . Well , typical woman ! Seterusnya , diikuti Nur Salwa dan Nur Nasuha . Mereka hanya bersalaman dan menyedahkan senyuman manis bak madu itu .
" Eh , takpe lambat pun . Majlis pun tak mula lagi . Ada 10 minit lagi .. " Puan Sri Ratna tersenyum lebar apabila rakan baik dia sudi datang ke majlis dia .
Dato' Farouk dan Tan Sri Rarif berbalas senyuman . Perempuan , kalau berjumpa ada je benda yang nak di sembangkan . Suami pula menjadi pendengar setia saja .
" Eh , berdiri kat sini buat apa . Mari lah masuk .. " ajak Tan Sri Razif lalu menunjukkan jalan menuju ke taman rumah itu .
" Sembang-sembang sampai lupa nak duduk .. " seloroh Datin Farah . Lalu dua wanita itu mula bertepuk tampar sambil ketawa riang .
Nur Salwa tersenyum saja dengan gelagat mama dia . Kalau berjumpa dengan kawan , anak-anak dan suami di lupakan . Nur Nasuha pula suda bersinar matanya melihat pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja .
" Sedapnya .. " dia mula menjilat bibir . Lagi bersinar apabila dia melihat ada ABC di sudut bawah pokok . Tertelan terus air liur dia .
" Abang nak tu .. " mulutnya dimuncungkan ke arah lelaki yang sedang menghidangkan ABC . Jari telunjuk dia digerak-gerakkan .
Adrian Adham mengaru kepalanya . Segan apabila banyak mata memandang mereka berdua . Lagi-lagi Nur Nasuha elok bergayut di lengan kekar dia .
" Err .. lepas ni abang ambil untuk adik ye .. " pujuk dia lembut . Kalau tak mulalah berangin si adik apabila kehendak dia tidak dituruti .
" Hmm .. yelah " pasrah saja nada dia . Dia menarik kerusi di sebelah Nur Salwa . Kemudian memandang Adrian Adham di sebelah . " Janji tau .. " katanya lagi . Risau kalau si abang memungkiri janji .
Adrian Adham hanya angguk . Meja mereka paling depan dan satu meja dengan Tan Sri Razif sekeluarga . Kini mata mereka menumpukan perhatian kepada dua pasangan itu .
" Assalamualaikum dan selamat malam . Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini . Sejujurnya , ini julung-julung kali kami buat majlis ulang tahun perkahwinan di rumah . Memberi kelainan sikit untuk majlis pada kali ini . Dan kepada Ryan , papa ucapkan terima kasih kerana telah bersusah payah menyediakan majlis untuk malam ini "
Ryan Zafran hanya tersenyum saja . Tapi mata dia kaku pada seseorang . Dia seolah-olah dalam dunia dia sendiri .
Ucapan seterusnya dari Puan Sri Ratna . Mereka amat gembira pada malam ini . Malah mereka kelihatan seperti pengantin baru . Tak segan-segan bermesra di khalayak ramai . Ada sesekali Tan Sri Razif membuat lawak . Tetamu yang dengar ketawa saja .
" Anda semua dijemput menjamu selera .. "
Kini semua berpusu-pusu bangun . Perut mula terasa bergetar dan berbunyi . Lagi-lagi makanan pada malam itu nampak mewah dan sedap .
" Mama dan papa nak ambil makanan . Adik duduk sini dengan kakak dan abang ya .. " pesan Datin Farah . Risau nak tinggal anak manja dia itu .
" Alaa , mama Am pun lapar gak .. " Adrian Adham dengan muka tak malunya mengusap perutnya .
" Eii kau ni kan ! Senonoh lah sikit " tegur Nur Salwa . Naik segan dia apabila ada dua tiga orang gadis tertawa dengan tingkah laku abang dia .
" Abang nak ABC .. " Nur Nasuha mengelip-gelipkan mata dia . Pipi pula dikembungkan .
" Hmm .. yelah-yelah . Abang pergi ambil kan .. " Adrian Adham berdiri dan merungkaikan pelukan si adik pada lengan dia .
" Nak ikut .. " Nur Salwa berdiri juga . Beg tangan diletakkan di atas kerusi . Bukan ada yang mencuri pun .
" Adik sapa nak jaga ? " dia bercekak pinggang . Ada saja nak bergayut dengan dia . Payah jadi abang ni .
" Tak apa . Aku boleh tengokkan dia " tawar Ryan Zafran . Peluang jangan dilepaskan .
" Boleh percaya ke ? " dia mengecilkan matanya . Nur Salwa sudah rasa meluat dengan sikap over protective Adrian Adham .
" Dah lah jom . Nanti habis pula " lengan Adrian Adham ditarik . Mereka bersama-sama menuju ke tempat ABC itu .
Nur Nasuha bermain-main dengan jari dia . Malu ! Dia mana pernah bercakap dengan lelaki . Lagi-lagi orang tak kenal . Bisu terus jadinya .
" Aku Ryan Zafran . Panggil Zaf je .. " lelaki itu tersenyum . Wajah Nur Nasuha ditilik penuh teliti . Cantik ! Comel je !
" Err.. nama kita , Nur Nasuha .. " jawabnya perlahan . Pipinya sudah merah kerana malu . " ..panggil kita Suha je .. " sambung dia . Kali ini dengar tak dengar je suara dia .
" Ohh .. " Ryan Zafran tersenyum lebar . Entah kenapa hati dia tercuit dengan gelagat budak-budak gadis di hadapan dia .
" Suha nak makan tak ? Zaf tolong ambilkan .. " Badan dia sengaja dirapatkan . Lengan kanan diletakkan di atas penyandar kerusi .
Nur Nasuha terkebil-kebil . Makan ? Perut dia diusap dari luar baju . Kemudian dia tersenyum lebar . Muka Ryan Zafran dipandang . Kepala dia mengangguk laju .
" Nak ! Nak ! Suha nak makan ayam .. " bibir dia dijilat . Memang itu tabiat dia apabila dia menyebut nama makanan kegemaran dia .
Tapi lain di pandangan Ryan Zafran . Tindakan Nur Nasuha itu umpama menggoda dia . Rasa nak cium-cium je bibir pink yang nipis itu .
" .. pastu kita nak air , kek erm -- " petah dia menyebut satu-satu makan . Bibir dia bergerak-gerak .
Ryan Zafran seakan terpukau saja . Tidak berkelip mata dia memandang Nur Nasuha . Tak boleh jadi ni ! Ada juga yang kena terkam nanti !
" Amboi kau! Pandang macam nak terkam je .. " Radya Zafia menepuk bahu abang sepupu dia . Bibir dia sudah tersengih-sengih .
Kening diangkat-angkat . Saja mahu mengusik abang sepupu dia itu . Ryan Zafran buat tak layan . Makin layan makin menjadi pula .
" Kau jaga dia . Aku nak pergi ambil makanan " arah Ryan Zafran lalu dia berjalan menuju ke meja buffet .
Radya Zafia tersengih saja . Dia duduk di sebelah Nur Nasuha . Ada orang jatuh cinta ke ? Kalau ya , kena bagitahu mummy dan daddy cepat-cepat . Radya Zafia makin teruja .
__________________
Finally , jumpa jugak 😍😍
Hoho , happy February guys 😂😂
Esok , sis tunang auu 😙😂
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
Fiction générale[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...