Dahi isterinya dikucup penuh kasih . Rambut panjang si isteri di belai lembut . Wajah yang menjadi igauan dia selama ini . Wajah yang sering membuat dia tidak tidur lena . Wajah yang sering menceriakan hari-harinya . Wajah yang menjadi pemilik hatinya .
Kemudian , matanya memandang si anak yang lena tidur di sebelah si isteri . Lena sambil memeluk si ibu sehingga tidak dilepaskan . Kepala elok terlentok di dada si ibu . Rambut tebal anaknya diusap lalu satu kucupan dilabuhkan ke dahi si anak .
" Abang pergi dulu " katanya lalu bangkit dari katil .
Long coat warna coklat gelap dibetulkan . Kakinya melangkah keluar dari bilik . Dia terpaksa terbang ke China . Kampung halamannya . Ada masalah yang memerlukan kehadirannya .
Dia tidak mahu melibatkan isteri dan anak-anaknya . Louis dan Freya diamanahkan untuk menjaga keluarga kecilnya itu .
" Dah ? " Lucas memerhati langkah Ryan Zafran yang mendekatinya .
Bagasi milik lelaki itu sudah dimasukkan ke dalam but kereta oleh anak buah mereka . Sengaja dia mengambil tiket penerbangan malam . Tidak adalah dia letih sangat .
Nur Nasuha sudah tahu mengenai pemergiannya . Wanita itu hanya diam dan membenarkan sahaja . Melihat wajah pucat dan tidak bermaya isterinya itu membuatkan dia tidak sanggup meninggalkan isteri kesayangannya itu .
Tetapi kerana masalah di China , dia harus meninggalkan isteri kesayangannya itu . Tidak mahu sebarang masalah besar berlaku di sana .
Ian Zarif sudah diarahkan untuk membuat tijauan di Shanghai , China . Salah satu markas terbesar mereka di sana selain Malaysia . Adiknya dihantar untuk memantau keadaan di sana . Bersama Eyreen .
" Jom " ujar Lucas lalu mereka beriringan menuju ke kereta BMW 8 series yang sudah lama menunggu di luar rumah .
Sebaik saja dia menutup pintu kereta , kereta itu meluncur laju . Hatinya menjadi tidak sedap tetapi dia cuba mengusir perasaan itu . Semoga keluarga kecilnya baik-baik sepanjang ketiadaannya .
♧♧♧
" Abang " Haisya merengek lalu lengan kekar Harith digoyangkan beberapa kali .
" No ! Kau tak dengar ! " suara Harith naik satu oktaf . Geram dengan sikap si adik yang keras kepala itu .
Haisya menarik muka . Lengan Harith dilepaskan dengan kasar .
" Apa ?! Salah ke Sya nak join abang dan lain-lain ? Salah ke ? Sya bukan budak lagi lah ! Sya dah besar ! Susah sangat ke abang nak lepaskan Sya buat semua tu ! " jerit Haisya kuat .
Geram dengan sikap over protektif abangnya itu . Dia cuma mahu menyertai mereka semua . Membuat penyamaran dan membantu menumpaskan kumpulan Nick .
Harith melepaskan keluhan kasar . Dia bukan apa , misi mereka kali ini sangat mencabar . Dia tidak mahu adiknya menjadi mangsa Nick . Lelaki kejam itu .
" Sya ! Please kali ini je , dengar cakap abang .. tolong .. " rayunya . Suara mula bertukar kendur .
Haisya menunduk memandang lantai . Sayu pula hatinya mendengar suara lembut abangnya itu . Ditambah lagi rayuan Harith .
" Tapi Sya nak tolong abang " balas Haisya dalam esakan .
Tidak peduli lagi pandangan orang terhadapnya . Dia peduli apa . Janji dia mahu lepaskan segalanya .
YOU ARE READING
HADIRNYA DIA | C | ARS •5•
Ficción General[ 5th BOOK = ARS ] COMPLETED ✔ _____________ Nur Nasuha , dia tidak seperti gadis normal yang lain . Hanya disebabkan satu peristiwa , dia berubah watak . Menjadi seperti 'budak-budak' bukanlah kehendak dia . Bahkan , dia menjadi seperti itu hanya k...