Bahasa Alam

83 6 1
                                    

Bersama matahari

aku rasa bahawa

jadilah seorang yang menerangi

dan terus setia hadir pada hari esok

kerana tidak mendustakan nikmat-Nya.


Bersama bulan

aku sedar bahawa

kita juga bisa bercahaya

di kala malam melimpahi

cakerawala yang menyelimuti

ruang angkasa ini.


Bersama gunung

aku lihat bahawa

seutuh mana pun kita bisa jadi

tanpa akar yang kuat

tanpa kudrat yang mengikat

akhirnya pasti runtuh menyembah bumi.


Bersama kamu

aku belajar bahawa

cinta dapat dilihat

cinta dapat disedari

cinta dapat dirasai.


Bersama kamu 

aku juga belajar bahawa

cinta dapat dikhianati. 

Sejarah Dari Mata PengalahWhere stories live. Discover now